Wednesday, December 15, 2010

Magical Scar





Last time aku jumpa Wazir masa show bangsawan Pancha Delima di Panggung Bandaraya, dia jadi acting coach. Jerit sakan bila dia bisik kat aku yang dia terpilih menjadi peserta program pilih kasih musim kedua. Aku tanya pada dia : jika dia sekarang berada di level 5 dalam kiraan 10 point paling tinggi, dia tak patut pergi 3 atau 4. Dia patut move forward, bukan undur. Aku beritahu macam tu sebab aku sayang gila dengan Wazir. Aku tahu dia akan jadi somebody satu hari nanti. Aku tahu Wazir passion dengan dunia lakonan dan hanya dengan berlakon dia rasa hidup. Bila aku dah melompat-lompat terkejut dan bising-bising cakap dengan dia, dia perlahan-lahan beritahu aku : I kena build nama I Faz. Setiap kali I pergi casting, orang tak kenal I. At least, ini sebagai platform. Ermm, masa ni aku jadi sedih. Satu sebab aku tahu Wazir betul-betul nak jadi pelakon dan dia boleh jadi big. Dua, sebab aku juga tahu reality tv program akan membina impian dan sekaligus membunuh impian tersebut. What we expect on reality program? Nothing actually.

2, 3 hari lepas aku tengok episod rakaman pilih kasih musim kedua malam pertama peserta semua beraksi. Macam-macam reaksi aku rasa. Sedih ada, gembira ada, kagum, bangga. Aku nampak sangat kesungguhan Wazir. Dia menari sungguh-sungguh, dia miming beria-ia, dia paling menonjol walaupun dia tak dapat watak utama. Aku tengok dia macam dapat watak yang kecil-kecil aje. Hmmm. Anyway, aku pun tak boleh nak judge lagi sebab baru minggu pertama. Aku harap Wazir akan grow. Dia kena prove yang dia buat pilihan tepat. Bukan untuk orang lain, untuk diri dia.

Aku tak pernah bekerja dengan Wazir sehinggalah aku lamar dia berlakon bersama dalam short film aku - Lost Communication. Aku cuma nampak dia sesekali di pentas teater. Aku rasa geram-geram nak approach dan beritahu kat dia yang dia sangat berbakat. Tapi akhirnya aku dapat juga guna Wazir untuk short film itu. Walaupun dia tak kenal aku pada waktu tu, aku tak ada masalah langsung bekerja dengan dia. Dia memang ada aura. Lakonannya natural. Dia faham cepat bila kita bagi arahan. Oh, kami juga menang anugerah khas juri di malam karyawan muda. Juri kata aku menang atas skrip yang baik dan pengolahan isu masyarakat. Aku personally rasa aku menang sebab aku ada team yang superb dan pelakon yang hebat. :) Selepas penggambaran, kami jadi rapat. Macam adik beradik. Mummy aku pun sayang Wazir. Adik-beradik aku juga. Wazir memang hormat orang, penyayang, passionate, baik hati dan tak berkira. Aku selalu usik Wazir kat kawan-kawan bila aku kenalkan dia : Mamat ni kalau ada profile/biodata dia akan letak cita-cita nak jadi pelakon terkenal. Kerjaya : full time actor. Selalu aku usik dia macam tu. Dia sengih aje.

Wazir, I harap satu hari nanti you akan capai impian you. You memang Harry Potter Malaysia. Ada kuasa sakti. Scar you tu nanti akan beri tuah. Make us proud. Love you.

4 comments:

  1. all the best wazirrrrrrrrrrrr!!

    ReplyDelete
  2. lost communication antara short yang best pernah saya tonton. wazir memang bagus, harap dia menang nanti. :)

    tapi nak tonton live jauh pulakk.

    ReplyDelete
  3. didi,
    tq so much. lost com byk sentimental value. :)

    *mmg jauh pun. byk2 auditorium kat kl ni, dia pi buat kat seremban tu. heh

    ReplyDelete