Monday, January 10, 2011

Deklamasi Puisi


Lama betul tak jumpa Wak Khalid. Ada dekat 2 tahun kot. Alih-alih jumpa dalam facebook. Dan terjumpa pula di malam baca puisi pena sempena meraikan Zaen kasturi yang dianugerahkan SEA Write Award baru-baru ini. Wak Khalid menjadi penyeri majlis penutup malam itu. Dia nyanyi lagu "Biarlan Bulan Bicara" sebelum membaca puisinya. Sedap juga suara Wak Khalid. Ramai performer yang membaca puisi malam itu. Semuanya didedikasikan khas untuk Zaen Kasturi. Pak Samad pun ada. Antara yang terkesan ialah Zakaria Amataya, penyair dari Thailand yang membaca puisi dalam bahasa Thailand. Sedap betul bacaannya. Tak faham bahasanya, tapi sedap sungguh intonasi dan cara pembacaannya. Zakaria juga merupakan penyair yang memenangi SEA Write Award tahun lalu. Kata Zakaria - bahasa bukan sekatan untuk kita saling belajar memahami. I love that quote.

Sebelum Wak Khalid membaca puisinya, ada seorang performer (terlupa daripada mana dan siapa) dia membaca puisinya dengan movement yang agak berlebihan. Tangannya di hayun secara besar-besaran. Dan penekanan certain-certain word yang sengaja dibuat-buat. Macam orang nak berdebat pun ada. Entah. Aku rasa semua orang punya cara dan corak ekspresi pembacaan puisi masing-masing. Cuma ada kalanya pemahaman terhadap isi kandungannya tidak benar-benar sampai pada maksudnya. Ada satu point dia menjerit "aku menggeletarrrr" tapi yang digerakkan ialah kedua belah tangannya seolah-olah berlari atau mengayuh basikal barangkali. Tidak sinkronis dengan apa yang dikatakan. Wak yang seolah-olah faham bisik kat telinga aku - Itu berlari, bukan menggeletar. Kemudian dia membuat aksi menggeletar. Haha. Wak sangat cute. Kemudian dia menambah, kita orang teaterlah. Tak payahlah tipu kita. Kita tahu! Kadang-kadang unsur exaggerate (movement yang dibesar-besarkan) tak sesuai digunakan dalam mendeklamasikan puisi. Ada kalanya aku menonton pembacaan puisi yang try to hard seperti menggunakan air mata dan pemuisi kelihatan sebak-sebak ketika membaca puisi. Juga menjerit-jerit macam kena histeria. Perlu ke semua tu? Kenapa tidak jujur sahaja? Jangan tipu khalayak. Apa yang dibaca itu harus sampai ke hati kita dulu, kemudian barulah ia akan terpancar pada khalayak. Sepatutnya bila puisi itu dibaca, audience yang nangis, bukan kita. :P

Aku teringat ketika bertemu dengan penyair Indonesia Fatin Hamama, yang sangat anggun dan manis semasa Kongres Sebudaya Serumpun beberapa tahun yang lalu. Teringat lagi susuk tubuh punya alis lentik, hidung mancung, putih gebu dan punya senyuman paling manis sekali dan paling penting Fatin Hamamah sangat wangi orangnya. Setiap kali dia melintas, bau wangi menusuk-nusuk hidung aku. Paling terharu dia menghadiahkan buku himpunan puisinya sebagai cenderamata kenang-kenangan untuk aku. Masa kami menonton bersama-sama persembahan di rumah Pena, sebelum dia naik ke pentas membaca puisnya, ada seseorang yang sedang membaca puisi. Aku lupa dari mana dan siapa orangnya. Biasanya persembahan yang baik bersifat 'memorable'. Dia membaca dengan gaya over acting habis. Tangan bersimpang siur. Tak tahu apa yang cuba dibuktikan. Fatin yang wangi itu bisik di telinga aku : Sayang sekali, puisnya bagus tapi dia tidak faham maksud puisinya sendiri.

Seperti pelaku diatas pentas teater, diatas layar, jika kita tidak faham apa yang kita perankan kita bukan sahaja menipu audience, tetapi paling penting kita menipu diri kita sendiri. Act and react harus sejajar. Kata-kata dan perbuatan harus sinkronis. Dan paling penting ia sampai dalam bentuk yang'convincing'.


Al-Hadid (Fatin Hamama)

Ketika sepotong besi menjadi tombak
Besi tak pernah tahu
Untuk apa ia jadi tombak

Ketika sepotong besi menjadi pisau
Besi tak pernah tahu
Untuk apa ia jadi pisau

Ketika sepotong besi menjadi peniti
Besi tidak pernah tahu
Untuk apa ia jadi peniti

Kecuali suatu hari tombak dijadikan alat pembunuh
Dan bersarang di jantung kiri
Tombak mengeluh
Aku tak ingin jadi seperti ini

Demikian pisau
Ketika menemukan dirinya
Di leher sebagai penebas
Pisau mengaduh
Aku tak bercita-cita jadi pembunuh

Ketika besi-besi yang menjadi senjata berubah fungsi
Diam-diam peniti mensyukuri
"Aku menjadi penyemat baju seorang sufi, setiap hari aku dibawa
rukuk, sujud, dan mensyukuri nikmat Tuhan yang diberi
aku tidak ingin patah, biar berkarat aku kini."

** Al-hadid adalah satu nama surah dalam Al-Quran yang bererti 'besi'

15 comments:

  1. suke nye Al-Hadid nie!

    suka sangat! =]

    ReplyDelete
  2. Seperti pelaku diatas pentas teater, diatas layar, jika kita tidak faham apa yang kita perankan kita bukan sahaja menipu audience, tetapi paling penting kita menipu diri kita sendiri. Act and react harus sejajar. Kata-kata dan perbuatan harus sinkronis. Dan paling penting ia sampai dalam bentuk yang'convincing'.

    this it trueeeeeeee!! :)

    ReplyDelete
  3. ade karok br buka, ayuih

    ReplyDelete
  4. rindu tgk u baca puisi sis. :)

    ReplyDelete
  5. adik,
    ok lu belanja!

    adi,
    i pun rindu. :)

    ReplyDelete
  6. faz: rasanya i tahu siapa yg u maksudkan..dia memang mcm tu, 'over' sejak azali...hahaha
    tapi yg sedikit sayu..ada org tu dah tak kenal i...huhuhu

    ReplyDelete
  7. edolah,
    mana ada lupa. ingatlah. kan saya tegur ari tu. :)

    ReplyDelete
  8. oh kakak, bila dapat ketemu kamu lagi agaknya~



    pernah dengar seorang gadis membaca puisi dengan terlalu bersungguh-sungguh di frinjan. sedang ayatnya indah, emosinya terlampau. err, tak pandai pula menilai. cuma jadinya, puisi kurang 'sampai'. sayang kan?

    ReplyDelete
  9. aishah,
    nanti kita jumpa ye syg. tak pernah bual panjang sama kamu. jaga diri. :)

    ReplyDelete
  10. kak,mohon saya paste puisinya bikin notes d fb saya~hehe

    ReplyDelete
  11. Sedapnya puisi... Menusuk kalbu.

    ReplyDelete