Tuesday, March 8, 2011

Hanya di Radio Online




Inilah kerja yang konon-konon surprise aku cerita awal tahun hari tu. Yang tak boleh beritahu lagi tu. Bukan apa, takut tak jadi. Buat malu je. So, bila dah confirm dah betul-betul set up dan ada official launch barulah boleh share. Aku kini menjadi salah seorang DJ di Durianfm.com iaitu sebuah radio online. Semalam satu pengalaman baru bagi aku. Berada di conti, belajar edit suara sendiri, pilih lagu dan buat seisi rakaman memang satu pengalaman yang superb. Terima kasih producer aku Mr Bonai sebab berjaya mengajar aku set up program sendiri. Maaflah saya ni lembab sikit. Semalam juga sudah berjaya record untuk dua segmen sekaligus. Oh ya, aku kendalikan 3 slot untuk radio ini iaitu Polaroid, Cup ABC dan The Ugly Truth.

Segmen polaroid adalah tempat untuk penggiat seni Indie berkongsi apa sahaja yang berlaku di persekitaran mereka juga mengenai event-event seni yang berlangsung. Ini sebagai tempat promosi dan peluang untuk mereka beritahu karya mereka pada khalayak luar. Bagi Cup ABC, aku mengupas isu-isu wanita yang berlegar di sekitarnya. Ini lebih intimate aku kira. Ada banyak perkara yang boleh dibualkan dan dikongsi tentang wanita. Aku harap ia lebih berani dan terbuka. The ugly truth pula aku bergandingan dengan rakan dj Bonai yang akan mengupas isu tentang gender : Lelaki dan wanita. Ini bukanlah tempat berperang seperti debat mempertahankan jantina mana lebih best dalam rancangan Tanya Linda Onn dulu, ini cuma satu ruang untuk diskusi dan bersikap sungguh balance. I hope so. :)

Alhamdulilah, aku dah interview Nazri M. Annuar @ Vovin, penulis hot dan sexy Karipap2 Cinta untuk slot Polaroid dan akan disiarkan 8 malam rabu 9hb. Ya, Vovin akan bercerita mengenai penglibatan dalam dunia seni, karya dan projek-projek akan datang beliau. Dan sudah pun berduet dengan Bonai untuk Ugly Truth bercerita soal Driving dikalangan wanita dan lelaki. Untuk Cup ABC, aku akan kupas isu wanita dan education. Dengan tajuk Muda dan Bijak. Tentang wanita2 yang belajar sampai peringkat tinggi dalam usia masih muda tidak sampai umur 30 lagi. Aku akan panggil tetamu untuk segmen ini. Tetamu itu dirahsiakan untuk saat ini dan jika mahu dengar boleh lah masuk website durianfm dan dengar sendiri siapa tetamu rahsia itu. Cup ABC boleh didengari hari jumaat ni jam 8pm.

Kawan-kawan, yang mahu dan sudi di temuramah aku untuk segmen-segmen ini bolehlah hubungi aku. Jangan segan-segan ok. Kepada penggiat seni indie tu amatlah aku galakkan. Insyaallah ia boleh jadi satu platform. Siapa-siapa boleh bagi idea topik untuk diperbincangkan pun bagus. Sangat di alu-alukan. Boleh email di : Fazleenz@gmail.com

Radio ni punya mission yang besar. Harapnya satu hari nanti, kita semua boleh dengar durianfm dalam radio masa bawa kereta. :)

p/s : Geli juga dengar suara sendiri dalam radio.

13 comments:

  1. wow!
    sangat cool la kakak!
    all the best!!! =p

    haa interview la anith!
    eh? hahaha kidding! =p

    ReplyDelete
  2. anith, tunggu awak dtg KL. saya interview ok. :)

    thx laling.

    ReplyDelete
  3. good luck and all the best Kak Faz :)

    ReplyDelete
  4. tahniah angah jadi DJ durian fm abah beritahu untie semlm and abah d/load kan everything suh untie dengar..teruskan minat apa yg ada didepan mata dari situ kita ramai kenalan tidak rugi mencuba apa saja dalam usia muda...tahniah sekali lagi

    ReplyDelete
  5. along,
    tq so much laling. :)

    auntie,
    selamat mendengar celoteh saya. :)

    ReplyDelete
  6. kakak, nak ikut pergi konti. :)

    all the best sis!

    ReplyDelete
  7. nisha,
    jommmmmmmmmmmmmmmmmmm. tepi kena tlg buat kopi. :)

    azreen,
    thanks. :)

    ReplyDelete
  8. beeha,
    tgk la gf siapa. :P

    dya,
    thanks. :)

    *kena belajar byk lagi supaya tak jadi dj ala2 mak bedah. :P

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...