Sunday, March 27, 2011

Kadang-kadang kita harus berhenti, dan beri peluang pada priority



Sepanjang perjalanan 5 jam aku tidur beria-ia macam Shusi (kucing aku) bila dah kenyang dapat makan ikan rebus, Mummy buat. Ada 3 kali aku bangun sebab nak terkucil. Sisa period pain hari pertama dibawa ke hari aku travel ke Pulau Linting. Biasa aku kalau period pain mesti cukup 2 hari. Itulah, Tuhan memang nak uji. Setiap kali aku period pain, mesti waktu berdepan dengan perkara-perkara besar. Contohnya bulan lepas, aku kena attacked waktu buat Teater Merocok-rocok. Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu. Tapi seperti juga hidup susah atau sakit sekalipun, the show must go on.

Kami harus menaiki bot untuk ke Pulau Linting yang didiami lebih kurang 400 orang penduduk yang rata-ratanya ada talian persaudaraan. Kami pergi berempat. Director, producer dan co-producer. Aku merangkap Assistant Director. Sepatutnya Ajune pergi sekali, dia bertindak sebagai Production Manager. Sebab Ajune pun sedang travel untuk job dia sekarang ni, aku yang menjalankan kerja-kerja Ajune untuk hari tu. Mengambil nama-nama penduduk kampong dan orang yang terlibat, melihat-lihat kemudahan yang disediakan dan mencari accommodation untuk stay waktu shoot nanti. Rasanya inilah antara opportunity yang besar aku dapat tahun ini. Thanks to my team yang beri peluang. Yeah, documentary ini akan ditayangkan di Discovery Channel.

Docu ini melihat bagaimana kerisauan masyarakat Pulau Linting terhadap permainan rakyat iaitu Jong. Ia merupakan satu permainan sukan air dengan membuat sendiri kapal atau perahu layar yang dinamakan jong dan dimainkan secara individu atau beramai-ramai. Tanpa menggunakan mesin atau remote control, Jong boleh pergi lebih laju dari yang kita sangkakan bila melihat dan memegang sendiri Jong yang siap sedia dibuat.

Ini video yang aku buat menggunakan movie maker. Shoot guna camera digital aje. Kami sampai untuk minum sebelum ke pulau, ternampak ada seekor burung tiung mati terpenyek di enjin kereta sebelah plat kereta. Pakcik yang buat teh kat kami terus bersihkan burung tu, tanam dan ambil no plat kereta kami. Nak beli nombor ni. Ada untung. Haha. So cute pakcik tu! Budak-budak kecil kat Pulau Linting takut dengan orang baru yang mereka jumpa. Mereka jarang keluar. Tapi ada seorang budak kecil perempuan yang aku suka sangat. Tapi bila panggil dekat, dia lari. Aishah namanya. Masa kami pergi ke jeti Pulau Linting yang sangat cantik, macam boleh shoot iklan, satu team usik nak tinggalkan aku kat pulau tu. Dan co-producer aku petik “nanti boleh buat filem tajuknya Airmata Gadis di Linting.” Heh. Sebelum pulang, kami makan di Desaru selepas cari beberapa penginapan untuk crews dan team bila nak shoot nanti. Tempat yang kami makan tu tempat orang naik bot untuk tengok kunang-kunang waktu malam. Masa makan, aku nampak seekor kera cute yang dijaga macam anak angkat pada tuan kedai tu. Diberikan makan dengan suap, susu dibotolkan, disikatkan rambut, pakaikan bedak dan di beri pakai pampers.

Dan aku pulang seperti mana aku pergi. Tidur macam kucing dapat ikan rebus.

4 comments:

  1. suka la gaya kakak bercerita! =]

    teringin nk cakap live!

    ReplyDelete
  2. anith,
    nanti dah ada sini, kita mesti jumpa tau. mesti. :)

    ReplyDelete
  3. mengiau tak kucing tu..bila dah kekenyangan? :)

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...