Monday, March 21, 2011

Sejuta Impian

Masa tu hujan lebat. Jalan jammed tak hingat. Boyfriend lambat. Jadi on the way ke TV3, aku buat muka ketat. Turun dari kereta, sebab marah yang belum reda aku redah hujan yang sedang menggila. Boyfriend kelam-kabut, cepat-cepat ambil scarf dan tutup kepala girlfriend dia yang emo. Betullah marah ni emosi yang paling jahat dalam banyak-banyak emosi. Dengan langkah laju, dengan perasaan tak puas hati, dengan tinggalkan boyfriend yang baik hati di belakang, borang pun tiba-tiba tergelincir dari tangan dan jatuh. Lantai yang aku pijak waktu tu pulak basah. Aku jerit. Sedikit carut. Meroyan yang baru fasa 1. Borang tu lekas-lekas boyfriend ambil, angkat tshirt-nya dan letak atas badan. Teknik pemindahan haba barangkali. Dia pujuk, pegang bahu dan borang envelope masih ada di sebalik tshirtnya. Ok. Marah sedikit turun 10%. A'ah. Boyfriend aku memang baik.

Sampai depan post guard, kami tak dibenarkan naik. Waktu kerja dah habis, orang kat atas pun dah balik semuanya. Aku memang ada perangai kena benda yang aku hantar sampai tepat pada orangnya. Sebab tu kalau sekitar KL atau Selangor, aku mesti hantar by hand. Jadi alang-alang sampai aku nak tahu benda yang aku buat tu worth it dan sampai dalam keadaan yang selamat. Boyfriend bercakap-cakap dengan seorang pak guard ni. Dia cakap, lebih baik letak aje kat sini, nanti hari Isnin ada orang yang akan bawa naik ke atas. Disebabkan hari aku agak kacau hari tu. Aku tanya berkali-kali. Selamat ke letak sini? Siapa yang akan ambil borang-borang ni nanti? Aku rasa aku ada hak nak tahu semua tu. Tiba-tiba ada seorang pak guard ni berpusing, dan pandang kami dengan sinis dan cakap : Awak sibuk-sibuk sangat ni, awak rasa awak boleh dapat ke duit tu? Awak boleh menang ke? Aku jawab serta-merta, ni bukan pasal boleh menang ke tak pokcik! Amar dah tarik aku ke tepi. Tak nak bagi girlfriend dia kurang ajar. Pakcik bengong tu pusing balik buat kerja dia dengan muka selamba lepas bagi aku sedas tadi. Brother yang bernegosiasi dengan kami awal-awal tu cakap molek-molek akan hantar borang kami dengan selamat dan akhirnya kami pasrah dan tinggal aje di post guard tu. Ada juga terdetik kat hati, kalau pakcik tu dengki sebab aku jerit atas muka dia tadi, mungkin dia akan buang borang aku. heh.

There you go, kisah pak guard poyo yang takkan pernah berhenti. Aku pernah jumpa seorang pak guard yang baik hati, lepak hisap rokok dan borak cerita pasal zaman hippies. The best pak guard ever.

p/s : aku harap aku dapat dana sejuta impian tu.

7 comments:

  1. May your dream be granted, O dreamer. :)

    ReplyDelete
  2. dari pakguard kampus sampai pakguard jage kedai kosong...majoriti semue kerek....

    ade rezeki ade la tu kak..

    ReplyDelete
  3. i wish u the very best, dear..insyaAllah, kalau dah rezeki, xkan kemana..yeah, sometimes kita lupa yg kita ada significant other yg sgt baik..kadang2 kita lupa benda tu..same here..kadang2 terfikir, he is really a good guy..but, am i good enough for him??mudah2n kita jadi pelengkap pada diri masing2..

    p/s lama dh x komen2 kat sini.. :)

    ReplyDelete
  4. kak faz syg, nurul doa akak dpt dana tu..wish u all da best ;)

    ReplyDelete
  5. semoga ada rezeki Kak Faz utk sejuta impian tu,doakan yg baik2 :)

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...