Wednesday, June 22, 2011
Dialog Teater Kontemporari
Jemput datang semua orang-orang yang lapang. Ada persembahan diakhir sesi dialog nanti. Dan ada makan-makan serta teh tarik percuma. Tak ada konsep tiket. Siapa cepat dapat duduk tempat sedap sikit, yang lambat mungkin duduk atas lantai (tapi ada tikar, jangan risau). It's FREE. Cuma perlukan hati yang ikhlas dan jiwa yang sentiasa panas. Kawan-kawan yang nak letak buku untuk dijual juga boleh. Asyik tengok teater je, kali ni kita sembang-sembang pulak la ye. Baru Chillax!
Thursday, June 16, 2011
Agen Perisikan Cinta
Kalau sempat di print Zine ini boleh didapati di Kuala Lumpur Alternative BookFest (KLAB)di Annexe CM hujung minggu ini. I ada tulis satu cerita dalam tu. Ini pertama kali menyumbang dalam zine. Tq abang Sufian sebab sudi ajak I sekali tulis dalam ni. Insyaallah I akan ada di sana sabtu ini sebab ada banyak acara seperti pelancaran buku Zahiril Adzim, buku baru M.Jayzuan, buku petak, buku Aloy Paradoks, zine Vovin dan Pipi, pelancaran majalah Rokes dan mungkin I akan jadi emcee untuk slot pelancaran adik Petak kita. Insyaallah. Jumpa di sana, sana, sanaaa.
Monday, June 13, 2011
Tujuh
Di atas pentas itu cuma dia seorang. Sunyi. Tiada audience.
Dari hadapan pentas, kelihatan bentuk tubuhnya sahaja. Dia melunjurkan kakinya dan membontotkan audience (jika ada audience). Transparent. Dia memakai Dress Silk warna coklat cair. Rambut ikal bergulung-gulung hingga paras dada dan dibahagian bawahnya yang obviously di curl-kan.
Permainan lampu belum bermula. Lampu yang tidak punya warna. Tetapi punya emosi. Ada 7 kesemuanya. Marah, sedih, kecewa, gembira, terkejut, keliru dan malu. 7 lampu itu bersilih ganti memancarkan emosinya.
Audio memulai persembahan. Minit pertama bunyi angin dan diikuti bunyi burung kelicap diminit seterusnya. Angin dan burung kelicap saling berlaga bunyi. Lampu masih belum dibuka sepenuhnya.
Dia mula bangun selepas audio angin dan burung kelicap terlalu annoying. Dalam minit ke 4. Apabila dia mula bangun dan berpusing ke arah audience (jika ada), lampu gembira disuluhkan pada dia. Spot pada tubuh langsing yang transparent. Effect angin dari kipas kiri dan kanan tiba-tiba terpasang. Deras. Baju silk-nya mula melayang-layang. Dia berdiri tegak.
Lampu yang menyinarkan emosi gembira masih dipasang. Spot pada dia.
Dia menangis. Pentas perlahan-lahan banjir.
* Saya rindu ber-teater.

Friday, June 3, 2011
Memujuk lara Ibunda dan Anarki KL
Walaupun mendapat review awal yang filem Nur Kasih the movie macam sampah oleh ramai orang, saya pergi juga demi Mummy saya yang merupakan peminat setia drama bersiri yang dikatakan mempunyai 19 juta penonton. Wow, 19 juta? Ye kew? Pada pendapat saya selepas menonton, lebih molek drama itu kekal menjadi drama bersiri. Dan saya rasa kita tidak perlulah seorang lagi Rashid Sibir. Dalam cerita ini yang saya kesan, tak seorang pun pelakonnya tak mengeluarkan air mata. Pertandingan menangis ke apa ni? Ok cukuplah. Ini pendapat peribadi. Tak suka, lantaklah. Nampaknya cinematography yang cantik, hampir semua scene guna dolly dan crane tidak membantu menarik minat saya terhadap jalan ceritanya. Bosan. Tapi Mummy kata : Best! Saya rasa 'Best' Mummy tu sebab saya dah lama tak bawa dia keluar agaknya. Pujuk hati.
Lately saya banyak menghabiskan masa kat Tumblr (a'ah baru belajar guna dan sangat seronok) dan juga menonton dvd (ada juga yang di download). Boleh kira 1 hari 1 movie (nampak sangat saya kurang job lately). Ini tidaklah bermakna saya nak jadi pen-review filem. Atau nak lawan pembikin-pembikin filem sedia ada. Cuma saya rasa bila kita terlibat dalam scene pembuatan filem tak kisahlah sebagai crew yang buat tugas-tugas runcit atau sampai kepada pelakon dan pengarah, saya rasa tontonlah sebanyak mana movie pun kalau boleh untuk belajar. Belajar untuk improve. Belajar untuk ambil tahu. Belajar untuk kenal. Belajar untuk tidak syok sendiri. Ye ada banyak benda kita boleh buat untuk belajar. Cuma saya lihat pendekatan paling mudah dan murah ialah tengok movie. Kalau takde duit pergi cinema, boleh pinjam orang. No excuses. Begitu juga dengan scene teater saya kira. Macam mana nak bikin play yang bagus kalau malas tengok show orang? Menulis pun macam tulah. Kalau malas baca buku, macam mana nak jadi macam Sufian Abas? hehe.
Bawah ini buku terbaru Mohd Jayzuan. Saya tak boleh nak review buku Jay sebab belum baca. Tapi saya suka memberitahu anda semua bahawa ramai yang telah memberikan good review tentang bukunya itu. Saya suka dengan semangat Jay. Sebab dia jenis tak peduli apa orang kata. Ada yang kata "Apahal dia sibuk2 nak jadi penulis pulak? Main je la muzik tu!!" Adalah yang orang kata macam tu. Kalau dia memang berbakat dalam 5 cabang seni sekalipun, kenapa nak sebok. Explore je lah selagi boleh. Bakat bukan benda terhad. Tapi Jay peduli apa. Rezeki dia bukan mereka-mereka bermulut longkang ni bagi pun. Dah ada 3 buku dah termasuk buku ini. Tak lama lagi Jay akan buat 4, 5, 6, 7 sehinggalah dia boleh berumah di tepi pantai dan hidup membahagiakan orang-orang tersayang dengan apa yang dia buat. Semoga buku ini laris. Sekiranya anda ingin menempah bolehlah lakukannya dengan cara ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Dia kata; Hijau bukan warnanya Sebab dia perlu maju ke hadapan itu dia tidak setuju Kuning juga bukan pilihan kerna dia harus bersedia unt...