Monday, June 13, 2011

Tujuh

Di atas pentas itu cuma dia seorang. Sunyi. Tiada audience.

Dari hadapan pentas, kelihatan bentuk tubuhnya sahaja. Dia melunjurkan kakinya dan membontotkan audience (jika ada audience). Transparent. Dia memakai Dress Silk warna coklat cair. Rambut ikal bergulung-gulung hingga paras dada dan dibahagian bawahnya yang obviously di curl-kan.

Permainan lampu belum bermula. Lampu yang tidak punya warna. Tetapi punya emosi. Ada 7 kesemuanya. Marah, sedih, kecewa, gembira, terkejut, keliru dan malu. 7 lampu itu bersilih ganti memancarkan emosinya.

Audio memulai persembahan. Minit pertama bunyi angin dan diikuti bunyi burung kelicap diminit seterusnya. Angin dan burung kelicap saling berlaga bunyi. Lampu masih belum dibuka sepenuhnya.

Dia mula bangun selepas audio angin dan burung kelicap terlalu annoying. Dalam minit ke 4. Apabila dia mula bangun dan berpusing ke arah audience (jika ada), lampu gembira disuluhkan pada dia. Spot pada tubuh langsing yang transparent. Effect angin dari kipas kiri dan kanan tiba-tiba terpasang. Deras. Baju silk-nya mula melayang-layang. Dia berdiri tegak.

Lampu yang menyinarkan emosi gembira masih dipasang. Spot pada dia.

Dia menangis. Pentas perlahan-lahan banjir.



* Saya rindu ber-teater.

5 comments:

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...