Friday, June 3, 2011

Memujuk lara Ibunda dan Anarki KL

Walaupun mendapat review awal yang filem Nur Kasih the movie macam sampah oleh ramai orang, saya pergi juga demi Mummy saya yang merupakan peminat setia drama bersiri yang dikatakan mempunyai 19 juta penonton. Wow, 19 juta? Ye kew? Pada pendapat saya selepas menonton, lebih molek drama itu kekal menjadi drama bersiri. Dan saya rasa kita tidak perlulah seorang lagi Rashid Sibir. Dalam cerita ini yang saya kesan, tak seorang pun pelakonnya tak mengeluarkan air mata. Pertandingan menangis ke apa ni? Ok cukuplah. Ini pendapat peribadi. Tak suka, lantaklah. Nampaknya cinematography yang cantik, hampir semua scene guna dolly dan crane tidak membantu menarik minat saya terhadap jalan ceritanya. Bosan. Tapi Mummy kata : Best! Saya rasa 'Best' Mummy tu sebab saya dah lama tak bawa dia keluar agaknya. Pujuk hati.

Lately saya banyak menghabiskan masa kat Tumblr (a'ah baru belajar guna dan sangat seronok) dan juga menonton dvd (ada juga yang di download). Boleh kira 1 hari 1 movie (nampak sangat saya kurang job lately). Ini tidaklah bermakna saya nak jadi pen-review filem. Atau nak lawan pembikin-pembikin filem sedia ada. Cuma saya rasa bila kita terlibat dalam scene pembuatan filem tak kisahlah sebagai crew yang buat tugas-tugas runcit atau sampai kepada pelakon dan pengarah, saya rasa tontonlah sebanyak mana movie pun kalau boleh untuk belajar. Belajar untuk improve. Belajar untuk ambil tahu. Belajar untuk kenal. Belajar untuk tidak syok sendiri. Ye ada banyak benda kita boleh buat untuk belajar. Cuma saya lihat pendekatan paling mudah dan murah ialah tengok movie. Kalau takde duit pergi cinema, boleh pinjam orang. No excuses. Begitu juga dengan scene teater saya kira. Macam mana nak bikin play yang bagus kalau malas tengok show orang? Menulis pun macam tulah. Kalau malas baca buku, macam mana nak jadi macam Sufian Abas? hehe.

Bawah ini buku terbaru Mohd Jayzuan. Saya tak boleh nak review buku Jay sebab belum baca. Tapi saya suka memberitahu anda semua bahawa ramai yang telah memberikan good review tentang bukunya itu. Saya suka dengan semangat Jay. Sebab dia jenis tak peduli apa orang kata. Ada yang kata "Apahal dia sibuk2 nak jadi penulis pulak? Main je la muzik tu!!" Adalah yang orang kata macam tu. Kalau dia memang berbakat dalam 5 cabang seni sekalipun, kenapa nak sebok. Explore je lah selagi boleh. Bakat bukan benda terhad. Tapi Jay peduli apa. Rezeki dia bukan mereka-mereka bermulut longkang ni bagi pun. Dah ada 3 buku dah termasuk buku ini. Tak lama lagi Jay akan buat 4, 5, 6, 7 sehinggalah dia boleh berumah di tepi pantai dan hidup membahagiakan orang-orang tersayang dengan apa yang dia buat. Semoga buku ini laris. Sekiranya anda ingin menempah bolehlah lakukannya dengan cara ini.

4 comments:

  1. nak beli buku niiiiiiii!

    ReplyDelete
  2. Hai, Saya Sufian Abas. Saya suka penulisan awak. Dan rupa paras awak pun boleh tahan juga. Jom kita ke Kelantan naik bas.

    ReplyDelete
  3. Thank qaseh tolong promosikan! :D

    ReplyDelete