Thursday, July 21, 2011

Rantai Berbetuk Hati

Mata dia asyik ke situ. Ke situ mata dia asyik. Dibuah rantai aku yang baru. Yang terletak bergantungan diantara pusat dan buah dada. Buah rantai berbentuk love.

"Boleh letak gambar?" Tanya dia.

Aku terus buka celah-sisi buah rantai bentuk love itu. Love itu kembung dan berisi. Jelas dan pasti ada ruang tengah didalamnya. Tapi kosong.

"Boleh." Sambil menyuakan buah rantai itu dekat pada dia. Dia ambil dan membelek-belek.

"Tak nak letak gambar saya?" Tanya dia sambil buka dan tutup, buka dan tutup buah rantai berbentuk love itu.

Aku tarik buah rantai itu kembali. Pegang tangannya dan katakan "Tak perlu. Awakkan selalu ada disini." Sambil menekan jari telunjuk betul-betul pada hati. Kali ini pada hati sebenar bukannya buah rantai berbentuk hati.

"Sweet!" Mata dan bibirnya sama-sama senyum.

Kami sama-sama hirup teh tarik yang masih berbuih tebal. Buah rantai berbentuk love aku pegang. Mengusap-usap halus. Kalaulah dia tahu, apa yang tiada didalam buah rantai berbentuk hati itu sama seperti yang ada dihati ni, bagaimana rasanya agaknya?




Jemput datang awak-awak semua jika kelapangan. Saya sendiri belum tengok Epal Hijau DiLuar Pagar. Sungguh excited rasanya. Saya terlibat sebagai pengarah produksi untuk filem ini dan harapan saya sungguh besar filem ini dapat terbang lebih jauh dari yang saya sangkakan. Amin.

p/s : cacatatan diatas saja-saja ditulis lepas beli buah rantai baru hari tu kat uptown Bangi. Ini ambil feels menulis untuk novel baru dan pertama saya dengan selut press. Kalau saya betul-betul komited novel itu akan boleh dibaca hujung tahun ini. Insyaallah. Doakan saya ye kawan-kawan. Ye, novel ini pasal cinta. Apa lagi kalau bukan cinta. :)

5 comments:

  1. suka gaya duduk awak, macam huruf L.

    ReplyDelete
  2. bila nak berlakon lagi? rindu tgk awak atas pentas. :)

    ReplyDelete
  3. jemput datang ke blog saya. Saya ada menjual buah rantai batu permata asli yang diikat dengan perak. koleksiperhiasanperak.blogspot.com . tq

    ReplyDelete
  4. kat mana beli rantai mcm tu yer..?

    ReplyDelete