Friday, August 5, 2011

Promosi Pertandingan Teater 10 Minit







Aku dah lama nak organized event pertandingan yang melibatkan teater. Seisi perkenalan dengan geng-geng Majlis belia Putrajaya dan orang-orang penting Kementerian Belia dan Sukan 2-3 bulan lepas, akhirnya dapat jugalah merealisasikan pertandingan ini. Masa aku pitch idea ni, diorang memang terus salam aku dan kata 'yes'. Cuma selepas beberapa sesi meeting (nak job memang selalu kena meeting), maka pertandingan ini akan dilaksanakan secara berkala iaitu ada 3 volume (volume I, II dan III). Volume terakhir nanti adalah grand final. Kiranya sistem pemarkahannya terkumpul dari volume 1 sampailah ke volume III.

Jadi untuk menghebahkan pertandingan ini, kami membuat satu persembahan sebagai promosi kepada acara besar ini. 3 persembahan teater setiap satunya yang berdurasi 10 minit. Aku panggil rakan-rakan yang selalu berteater bersama untuk jayakan promosi ini. Ini gambar-gambar sekitar majlis promosi pertandingan teater yang baru berlangsung minggu lepas. Waktu promosi ini juga kami memberitahu perlaksanaan dan tatacara/syarat kepada sesiapa yang berminat menghantar penyertaan mereka.

Alhamdulilah, ramai juga yang datang walaupun pada peringkat awalnya aku cuak takda orang. Dan setakat ini sudah hampir 10 kumpulan yang menyatakan hajat untuk sama-sama bertanding. Yeay!

p/s : Terima kasih semua orang kuat yang berada dibelakang event ini. Aloy, Fasyali, Adam, Syai, Amylia, Azhar, Ajune, Fira, Ariff dan Rayza. Designer unggul yang efisyen-Sufian Abas dan My Sweetie Pie Amar A.

6 comments:

  1. pegawai khalwat,

    mesti ada geng2 warga putrajaya. yurun takde. its free! :)

    ReplyDelete
  2. Alamak, tak ada geng. Insyaallah kalau ada rezeki boleh la kot turun tengok.

    ReplyDelete
  3. Be the Change you want to see ...


    :) All the best Faz.

    I'm always there.

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...