Friday, August 19, 2011

Ramadhan 2011

Ramadhan tahun ni paling sibuk. Alhamdulilah, takdelah dok melepek aje kat rumah membesarkan badan. Teater 10 minit putrajaya 2011 mengejutkan. Ada 12 penyertaan yang diterima. Potensi yang baik untuk diteruskan ditahun hadapan dan tahun-tahun akan datang. Selain sibuk menguruskan penyertaan untuk pertandingan itu, bulan puasa ni juga aku menguruskan produksi short filem Kasturi dengan directornya Ridhwan Saidi aka Bin Filem. Alhamdulilah, shooting berjalan lancar cuma ada sehari lagi shoot didalam studio dan kemudian akan menunggu untuk diedit. Dan aku percaya end product dia memang selalunya bagus. Just wait and see yeah!

Lepas raya aku start buat travelogue programe untuk satu production ni as a host. Travel satu malaya cari guru2 martial art. Selain lepak dan bual-bual pasal martial art yang diajar, kami juga kena terlibat mempelajari basic tendangan, pukulan atau cara fighting. Disebabkan producernya sendiri adalah pemilik bengkung hitam silat gayung, maka aku dan co-host perlu ada basic silat supaya kitaorang berdua tidak nampak kaku dan fake bila disuruh buka langkah didepan camera. At least form silat tu ada dan badan nampak fit la sikit. Itu telahpun membuat pembakaran lemak sebab setiap kali training aku macam mandi kat sungai. Lencun. Aku rasa ini antara programe yang sangat interesting. Selain aku rasa macam Hillary Swank dalam Million dollar baby setiap kali training tumbuk punch bag, produksi ni sangat-sangatlah macam family. Fun working with. Insyaallah start shoot second week after raya for first episode. Untuk TV mana? Tu kena tunggu. :)

Lepas raya juga ada pementasan teater juta-juta. Kali ni aku, aloy dan seorang teman anas akan digandingkan di atas pentas dengan director dan penulis skrip kami Fasyali Fazli. Ada 3 orang saja pelakonnya, tapi setiap seorang pegang 4-5 watak. Sound interesting bukan? Producer kami bukan calang-calang dan kali ini promosi akan dijalankan secara beria-ia dan bersungguh sebab nak ramai orang datang menyaksikannya. Serious aku rasa ini skrip bagus sangat. Kalau tak datang amatlah rugi. Jadi siap-siapkanlah diri kita semua pada 21-25september untuk teater hebat ini. Punyalah hebat sampai sesi brainstorm kami pun dibuat di tepi pantai PD. Ye Yeahhh!

Aku atas dorongan dan sokongan Sufian Abas yang hip itu telah pun mendaftar Siluet Books untuk company penerbitan buku. Last week aku mendaftar. Insyaallah buku pertama yang akan dilancarkan ialah novel pertama Aloy Paradoks yang belum ada judul dan akan dirasmikan di Annnexe CM pada 17hb september sempena Art For Grabs. Novel aloy ini penting untuk perkembangan kerjaya dia dalam industri seni. Aku harap ramai yang akan menyokong dia dengan membeli buku ini bila dah siap nanti. Ada beberapa nama lagi yang akan menulis didalam penerbitan Siluet Books iaitu Marlennny Irwan pensyarah, penulis, pelakon teater yang prolifik. Dia antara pengkarya yang aku kagumi. Insyaallah buku dia akan mengandungi semua skrip2 pentas yang pernah dia buat. Menerbitkan buku dia macam bulan jatuh ke riba. Jika ada kawan-kawan dan taulan yang mahu boleh menulis dan suka menulis bolehlah menghantar ke siluetbooks@gmail.com. Kalau best, kami terbitkan. Tq sufian for the opportunity.

Projek Polaroid under dana sejuta impian akan mula shoot selepas hari raya juga. Aku dah start susun siapa-siapa yang patut untuk jadi crew, talent-talentnya, siapa nak buat post production dan sebagainya untuk siapkan pilot episod 1 ni dan kemudian akan menjual idea program ini kepada sesiapa (tv channel) yang sudi dan mahu. Jadi pilot ni memang kena best dan power. Dan aku percaya team yang dipilih memang akan buat benda ni jadi best. Hopefully.

Kat bawah ni trailer Lari sayang Lari yang aku ada ceritakan dulu tu. Pengalaman shoot dengan directornya yang berasal dari Jepun memang lain. Insyaallah akan dijadikan 13 episod cerita ini. Dalam cerita ini aku jadi kakak kepada Erin. Producer dah suruh standby untuk shoot somewhere on october.

Alhamdulilah. I had a great Ramadhan this year. Alhamdulilah.



9 comments:

  1. selamat meneruskan Ramadhan Kak Faz,baca entri ni buatkan semangat nak kerja bersungguh2 di bulan puasa dtg balik :)

    ReplyDelete
  2. rezeki bulan puasa murah. :)

    ReplyDelete
  3. saya suka cara awak cakap "itu mungkin dia!" best sangat.

    ReplyDelete
  4. good luck kakdek tuk semuaaa sekali.. :)

    ReplyDelete
  5. along,
    tq along. jaga diri. :)

    asmara,
    alhamdulilah. :)

    sisuka,
    in character 'jahat'. hehe

    midot,
    tq yangggggg. miss u!

    ReplyDelete
  6. "Busy little bee ..."

    Sama-samalah kita berjuang di persada kejayaan.

    Insyaalah,

    Everything will be just fine.

    :)

    ReplyDelete
  7. abg ryo,
    sama-sama ye abg. :)

    IMY.

    aloy,
    TQ. :)

    ReplyDelete
  8. Sdr Fazleena: Saya suka caption blog Sdr "Nice dream, if you think that you're strong enough"

    Sungguh mengilhamkan.
    MARSLI N.O

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...