Saturday, December 31, 2011

Hello 2012




Selamat tinggal 2011 yang banyak kenangan. Pahit, manis, duka, gembira semua aku telan. Aku masih boleh berteater, buat production, mempunyai masa yang flexible, dikelilingi kawan-kawan yang super awesome dan family yang sentiasa menyokong apa sahaja yang aku buat. Tahun 2011 antara tahun yang paling banyak kejutan. Ada perkara yang aku plan dan berhasrat untuk buat, tak berjaya dan ada pula perkara yang tiba-tiba datang tanpa diundang. Dan perkara-perkara itu kebanyakkannya menggembirakan. Syukur!

Permulaan tahun baru 2012 yang indah ialah aku dapat direct satu travelogue program tv 13 episod iaitu 'Kaki Kampung' untuk sebuah production. Ini memang rezeki yang datang tiba-tiba. Mungkin tahun 2012 ini aku perlu memikirkan untuk serius dalam bidang pengarahan. Mungkin?! Kaki Kampung akan mulakan penggambarannya pada pertengahan January. Aku sedang sibuk dalam period pre-pro sekarang ini. Start minggu depan dah mula travel recce location dan sebagainya untuk persediaan shooting. Aku boleh memilih team production aku sendiri, jadinya travelling ini nanti akan lebih fun. Insyaallah.

Shooting Kombat pula (aku sebagai host) akan disambung juga pada bulan January nanti kerana ada masalah produksi. Jadi aku terpaksa re-arrange jadual aku untuk memudahkan urusan dua-dua produksi ini nanti. Aku dah rasa tahun depan (2012) akan menjadi tahun yang sangat sibuk.

Sibuk itu bermakna murah rezeki. Alhamdulilah.

4 comments:

  1. Selamat Tahun Baru Kak Faz...semoga segala urusan dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  2. its 5th jan 2012 today..wishing ur mom, HAPPY BIRTHDAY..ur mom's bday is the same as my mom's... :)

    ReplyDelete
  3. semoga terus suksess! :)

    leanaa-

    ReplyDelete
  4. have a great year ahead kakak! =]

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...