Wednesday, December 14, 2011

Bekerja seperti keluarga










Selesai sudah pementasan teater 1 plastik hitam. Satu lagi memori best yang terpahat tahun 2011 ini. Mungkin rata-ratanya daripada mereka yang bersama dalam projek teater juta-juta, maka kimia yang tercipta memudahkan segala-galanya. Alhamdulilah setiap malam stor penuh dan mendapat sambutan hangat. Komen juga bermacam-macam. Ada yang suka, ada yang tak suka. Semuanya kami terima. Ada juga yang compare dengan pementasan teater juta-juta. Mungkin kerana gap antara dua pementasan ini cuma beza satu bulan, maka ramai audience yang masih kuat melekat apa yang mereka lihat pada teater juta-juta. Bagi aku tak fair jika mereka membuat perbandingan dengan teater juta-juta. Ini kerana penulis dan director-nya orang yang berbeza. Konsep, skrip, content dan cara bekerja juga berbeza. Tapi itu semua tak penting, yang penting terus bikin teater. Kritikan dan pujian sepatutnya seiring dengan pembuatan. Kalau kritik sahaja, tapi tak berbuat, tiada gunanya. Insyaallah mask team akan terus buat teater selagi terdaya. Mungkin tahun depan bulan 2 atau bulan 3 ada satu lagi produk baru. Kasi rindu sikit. :)

Terima kasih pada semua yang hadir. Harap anda boleh membuat review untuk kami jadikan renungan. Seperti produksi teater juta-juta, produksi 1 plastik hitam ini juga bekerja seperti keluarga. Setiap malam penuh gelak tawa. I miss them already.

4 comments:

  1. congratulation!!! next teater bila? im ur fan!

    -Jimmy-

    ReplyDelete
  2. akuu minatt glerr dgn teater.. akuu nak belakon teater gkk tapi blom ada rzeki lagi :(

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...