Saturday, December 3, 2011
Teater penutup 2011
Inilah yang ditunggu-tunggu. Pementasan 1 Plastik Hitam yang akan berlangsung tak lama saja lagi iaitu pada 7-11 December 2011 (rabu sampai ahad) iaitu jam 8.30malam di Stor teater DBP serta ada pementasan matinee (waktu petang jam 3pm) pada hari ahad. Anda semua dialu-alukan untuk hadir dan berhibur dengan pementasan ini yang aku akui agak rare berbanding teater-teater yang ada di tanahair kita. Eceh! Sebab apa aku berkata begitu adalah kerana, teater ini yang menggunakan pendekatan 'play within the play' yang menggabungkan eleman reality show didalam pementasannya. Ini bermakna anda sebagai audience yang hadir boleh berinteraksi dengan pelakon-pelakon melalui cara undian. Bermakna anda juga merupakan penentu kepada ending cerita ini. Menarik kan? Pada awalnya aku sendiri masa dengar Syahrul (pengarah dan penulis skrip 1 plastik hitam) pitching idea kat aku tertanya-tanya, macam mana nak realisasikan benda ni? Aku tak dapat nak bayangkan yang audience boleh menjadi sebahagian daripada penentu kepada keseluruhan pementasan. Adakah khalayak kita boleh membuat pilihan mereka? Apa garis panduannya? Bagaimana melihat interaksi antara sebuah play dan audience yang menonton? Semuanya nampak complicated. Tapi apabila 1 plastik hitam dipentaskan sempena diploma showcase untuk pelajar UITM awal tahun lalu, baru aku nampak clear picture bagaimana ia berlangsung. Masa aku tonton tu, meremang bulu roma aku. Dan berkali-kali aku cakap pada Syahrul, kalau dipentaskan lagi : Please, aku nak sangat berlakon!!! Dan apabila akhirnya seluruh produksi Mask Team bersetuju mementaskannya, maka cita-cita aku nak berlakon dibawah arahan Syahrul Fitri termakbul. Dan kini aku menjadi salah seorang pelakon untuk 1 Plastik Hitam. Pehhh, tak tergambar dengan kata-kata. Excited gile okay!
Menurut Syahrul Fitri, pementasan kali ini lebih 'dark' sifatnya. Kata dia lagi, kali ini permainannya lebih matang dan dia mahu pelakon 'faham' dan tahu kenapa, apa, bagaimana mahu menyampaikan maksud setiap bait-bait dalam skrip 1 plastik hitam. Mungkin kali ini para pelakonnya bukan lagi pelakon yang dinilai untuk lulus dalam exam, jadi corak bermain harus lebih 'deep'. hehe. Dalam 1 plastik hitam aku memegang watak Budak perempuan beruniform sekolah' yang mana merupakan watak yang paling banyak skrip. Maka fokus aku mungkin lebih daripada pelakon yang lain. Dialog aku juga ada banyak pengulangan yang mana aku harus peka dan tidak termakan dialog yang lain. Dan pergerakkan dalam teater ini juga memerlukan stamina yang bersungguh. Setiap malam training berpeluh-peluh. Berpeluh yang beria ok. Tapi kami bermain dengan fun. Syahrul bukan sahaja suruh kami explore watak kami sendiri, malah dia biarkan sahaja kami bermain-bermain-bermain-bermain sampai kami puas. Dia tak menyekat idea atau pergerakan pelakon. Dia suruh kami cari dan gali sampai jumpa. Tetapi dia akan tekan break bila kami pandu tersasar. Dia masih lagi bimbing dan guide kami untuk berada di gelanggang yang betul. Syahrul memang pengarah yang cool dan chill. Untuk mengetahui senarai pelakon-pelakonnya boleh klik disini.
Aku berharap ramai yang akan turun untuk menonton teater 1 plastik hitam ini. Jangan terlepas peluang menyaksikan sesuatu yang berbeza dari apa yang anda selalu 'makan'. Makan benda yang sama sahaja pun boring juga kan? Aku berani bertaruh yang anda semua akan suka persembahan ini. Harga cuma RM20. Kalau datang berkumpulan akan dapat diskuan. Senang sahaja caranya cuma call Hilal ditalian 019-3572093 dan tempahlah tiket anda sekarang. Cara mengundinya akan diberitahu pada hari pementasan. Anda cuma pastikan telefon bimbit anda mempunyai kredit, top up siap-siap sebelum menonton dan bersedialah dengan pelbagai kejutan yang ditampilkan. Kalau rajin datanglah dengan membawa sepanduk dan tulislah nama aku besar-besar dan undilah aku banyak-banyak. Haha.
Jumpa nanti dan selamat berhibur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Dia kata; Hijau bukan warnanya Sebab dia perlu maju ke hadapan itu dia tidak setuju Kuning juga bukan pilihan kerna dia harus bersedia unt...
izinkan untuk copy apa yang patut bagi tujuan bantu promosi..
ReplyDeletetq malau. :)
ReplyDeletexsabar nk tgk..
ReplyDeletebest tak teater ni? how's the plot?
ReplyDeletesukur,
ReplyDeletenanti kita jumpa kay! :)
fifiey,
boleh layari disini : http://www.facebook.com/events/225781367489516/
Salam!
ReplyDeleteGud job guys!!!
Cuma....tak paham sangan endingnya... Overall sangat menghiburkan.