Filem Once melakar banyak sejarah dan nostalgia peribadi buat aku. Kapal Kertas filem pendek yang aku bikin pada tahun 2008 banyak terpengaruh dengan filem Once. Aku jatuh cinta dengan dialog-dialog spontan, jujur, visual yang raw dan pengisiaan tentang perjuangan dalam seni. Juga bagaimana muzik menjadi penghubung dalam sebuah perhubungan, juga bagaimana ia membantu memperbaiki kehidupan seseorang. Filem Once akan terus menjadi filem kegemaran mereka-mereka yang terlibat dalam dunia seni. Gubahan lagu-lagu dalam filem ini akan terus hidup subur dalam jiwa setiap seorang dari mereka. Tak terkecuali aku. Lagu-lagu dalam filem Once, seperti Falling Slowly, If you want me, Lies akan jadi lagu yang evergreen. Confirm.
Apabila pengarahnya John Carney membikin filem selepas Once, iaitu Begin After, ramai yang merasakan ia tak mampu menandingi Once. Pertama selalu dilabelkan sebagai terbaik. Yang pertama juga selalu dilihat sebagai permulaan seseorang untuk memperbaiki yang seterusnya. Sebagai penganut mazhab 'menyanggah nostalgia' aku suka dan gembira dengan adanya Begin After. Itu tidak bermakna aku lupakan kemantapan filem Once. Cuma terlalu lama bernostalgia juga tak sihat untuk kesihatan jiwa. Biarlah ia menjadi sebuah filem yang akan terus dikenang. Move on itu kan selalu lebih baik? Hihi.. Begin After bagi aku lebih kompleks dan tersusun. Ia jelas menunjukkan sisi kematangan pengarahnya. Jalan ceritanya kemas. Watak-wataknya memberikan energy yang baik untuk keseluruhan filem ini. Mark Ruffalo tampil cemerlang dan aku jatuh cinta dengan kekuatan watak Keira Knightly yang sebelum ini jarang aku endahkan ketrampilannya. Lagu-lagunya takperlu dipertikaikan. Itulah kekuatan filem-filem John Carney. Dia tahu macam mana meletakkan muzik dan melodi yang sesuai untuk setiap babak dalam filemnya. Latarbelakang John Carney yang memang dari kecil terdedah dengan dunia muzik, juga pernah menjadi pemain bass untuk kugiran Irish, no wonder taste muziknya memang power. Lakonan Adam Levine agak kaku. Keira Knightley bukanlah seorang penyanyi atau terlibat dalam bidang muzik, jadi kita boleh dengar suaranya bukanlah milik penyanyi pro. Tapi effort dia untuk belajar bermain gitar dan menyanyi, harus dipuji. Walaupun John Carney sedikit tidak berpuas hati dengan persembahan Keira secara keseluruhan, tapi bagi aku emosi dan jalan ceritanya sampai. Itu sudah cukup.
Kelmarin aku menonton Sing Street, buah tangan terbaru John Carney. Sedikit berbeza dengan kedua filemnya yang lepas. Ia lebih kompleks dan agak personal. John membawa kisah kehidupan masa remajanya ke dalam visual. Semacam memoir hidupnya. Sejenis tribute filem kepada keluarga, rakan-rakan serta kisah zaman mudanya. Latar tahun 1985, kisah seorang remaja lelaki (Conor) jatuh hati pada seorang gadis, dan buat keputusan untuk menubuhkan band bagi memikat gadis itu. Selain berdepan dengan masalah ibu bapanya yang mahu bercerai, Conor juga berdepan dengan situasi di sekolah yang penuh dengan disiplin yang mengarut & aktiviti pembulian. Raphina gadis idaman Conor diajak berlakon dalam video muzik kumpulan mereka yang diberi nama Sing Street. Namun jatuh cinta bukanlah perkara yang mudah. Raphina mempunyai impiannya sendiri, mahu bergelar model. Conor tidak putus asa dalam percubaannya untuk memikat Raphina. Walaupun ada ketika Raphina meninggalkannya untuk mengejar cita-cita. Abang kandung Conor yang sering memberikan kata-kata semangat untuk bangun memperjuangkan impian, akhirnya membawa Conor membuat keputusan paling besar demi cinta & cita-citanya. Sing Street menunjukkan bahawa, di mana
muzik mempunyai kuasa untuk membawa kita jauh daripada kemelut kehidupan
sehari-hari dan mengubah kita kepada sesuatu yang lebih besar. Peminat David Bowie dan The Cure dan mereka yang lahir tahun 70-an, akan suka dan cinta dengan filem ini. Dan seperti kebiasaan filem-filem Carney, muzik menjadi faktor utama yang memandu emosi pada keseluruhan filem ini. Soundtrack-nya memikat dan sungguh menghiburkan.
Seperti cinta, penyatuan rasa perlukan 2 individu. Perlukan 2 perkara - memberi dan menerima. Sama seperti lirik dan melodi. Pincanglah lagu tanpa melodi. Kosonglah nada tanpa kata-kata.
Music expresses that which cannot be said and on which it is
impossible to be silent. -Victor Hugo
muzik tu jiwanya datang,
ReplyDeletebila emosi bergoncang,
sedap di dendang,
tanpa dirancang.