Cerita-cerita yang
saya tulis selalu bermula dengan pemasalahan. Keresahan terhadap sesuatu
perkara, benda, kejadian, manusia, persekitaran akan mencetuskan idea untuk
dicurahkan menjadi dongeng dalam tulisan. Premis lokasi atau tempat menjadi
pasangannya. Tanpa dua perkara ini, saya tak mampu untuk melukiskan penceritaan
yang baik.
Kembara bukan saja sebagai terapi setelah penat bekerja, tetapi ia adalah inspirasi terbesar saya untuk mencipta imaginasi. Husband saya tahu benar sikap dan tabiat saya yang memang tak boleh duduk diam di rumah. Bontot ni sentiasa gatal nak berjalan. Terpuruk di rumah adalah perkara terakhir yang akan saya buat kalau diberi pilihan. Melainkan saya sakit dan perlu berehat. Pernah saya shooting selama sebulan, 2-3 hari saja berehat di rumah saya mula resah. Bawalah saya keluar dan berjalan. Pergi kedai mamak pun tak apa. Asalkan dapat keluar menghirup udara dan melihat orang.
Tak mampu nak kembara jauh-jauh lagi, walaupun saya teringin sekali melawat Mekah, India, Jepun dan Turki. Saya cuma sempat berjalan ke beberapa negara tetangga sepanjang hidup. Selainnya, saya cuma berjalan dalam negara. Hujung minggu saya pastikan terisi dengan aktiviti melawat galeri, muzium, acara seni-budaya dan juga bersosial bersama teman-teman. Ia penting kerana melaluinya saya mencuri ilham untuk dipinjamkan ke dalam tulisan. Mungkin teman penulis lain boleh duduk di rumah dan menulis, tetapi saya tidak. Sepanjang menyiapkan manuskrip Tari Pasar Perempuan, hampir setiap hari saya menumpang di kafe-kafe, order secawan teh/kopi dan menulis. Ada kalanya ke library. Rumah terlalu selesa untuk menulis. Saya perlu nampak orang lalu-lalang, saya mahu lihat senyuman barista yang melayan pelanggan, saya suka diganggu dengan perbualan-perbualan manusia yang ada di sekeliling.
Circa 2016, saya menjalani penggambaran sebuah dokumentasi tentang tokoh-tokoh sejarah yang menyumbang kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Saya diberi tanggungjawab menjadi pengacara. Kami berkelana selama lebih kurang sebulan ke seluruh pelusok Semenanjung, Sabah Sarawak dan juga Singapura.
Pulau Gaya merupakan lokasi terakhir sebelum kami menutup kembara itu. Sebuah perkampungan air di Sabah, yang terpencil mencetuskan inspirasi yang besar kepada saya untuk menulis sebuah cerita yang termuat dalam kumpulan cerpen Tari Pasar Perempuan. Perbualan saya bersama sekumpulan anak-anak yang berumah di lautan, mencetuskan kegelisahan sehingga ketika pulang meninggalkan perkampungan itu dada sebal dan jiwa saya resah bergelora.Hanya dengan menuangkannya dalam bentuk tulisan, saya sedang berusaha melepaskan segala yang terbuku. Sebuah dongeng tentang buih-buih harapan, tentang keadilan, tentang kemiskinan, pendidikan, kekuasaan, kedamaian dan cinta. Proses menulis dongeng ini panjang sekali. Sehingga saat-saat akhir saya masih kekal menyunting dan menyusunnya. Semoga ketika buku ini tiba pada awak nanti, kita semua mampu menyerap semangat dan kekuatan anak-anak terpencil dan terpinggir. Mudah-mudahan.
Di dalam Tari Pasar Perempuan, premis lokasi merupakan perkara yang sangat saya titik-beratkan. Saya cuba berada di setiap lokasi itu untuk merasakan perasaan dan sikap watak yang saya hidupkan. Ia mungkin cuma di dalam sebuah rumah atau ruang makan malam sebuah keluarga, tetapi saya berusaha untuk tenggelam ke dalamnya. Saya harap anda dapat melihat premis-premis ini sedang berteriak meluahkan isi hatinya. Semoga.

No comments:
Post a Comment