Tuesday, March 31, 2009

Joget Melaka


Bateri aku sudah ter'caj semula. Aku memang kena rasa angin tempat lain. Angin Wangsa Maju, angin office buat aku lemau. Aku bukan setakat joget kat Melaka, shuffle bagai. Aku main mak yong pulak minggu ni. 

Siapa kata dalam filem Yasmin aje ada wajah Malaysia, dalam program Mighty Mind pun ada.

Tuesday, March 24, 2009

New Slang

Minggu ni aku start travel seluruh Malaysia untuk Mighty Mind kuiz Math & Science dalam english utk pelajar sekolah menengah. Sebab ia tajaan RHB dan The Star, maka ia merupakan program dalam bahasa inggeris. Takpelah, aku pun bukan pejuang bahasa yang kental. Penutup kuiz dijangka bulan ogos tahun ni. Program ini akan ke udara di TV9 dan TV3. Masuk post-production, bulan september atau oktober baru habis. Aku dah mula hitung-hitung tahap kesibukan. Bukan sahaja Mighty Mind, ada beberapa projek production yang sedang dan akan berlangsung. Hidup banyak di ofis aje. Balik Bangi pun kena curi-curi. Pillow talk dengan ajune pun dah takde. Bila aku ada kesempatan jumpa ajune atau hantar dia balik Shah Alam, dia akan membebel dari start hidup enjin kereta sampai dia mengusung barang keluar dari kereta. Dia kumpul dan simpan semua cerita. Sekali jumpa, habis diluahkan. Rumah kat wangsa maju pula setakat mandi dan tidur. Kadang-kadang tidur di bilik editing. Oh, heaven nya hidup.

Minggu lepas abang Ryo ajak tengok Talentime, preview kat Ceneileisure, Curve. Semalam Ameen yang menganjurkan Art For Gaza called aku. Invite baca puisi untuk event sabtu ni. Sabtu lepas Epul ajak tengok teater Ibu Zain, siap dah booked. Tadi Azri called untuk terlibat dalam film baru UITM arahan faliq. Teater arahan Kak Lenny jumaat malam minggu ni. Skrip filem panjang aku koloborasi dengan Kopitiam Production terbantut. Semuanya terpaksa aku tolak ke tepi. Aku standby untuk ke Melaka minggu ni shooting Mighty Mind dan kerja-kerja lain yang bertimbun. Semuanya kerana komitmen kerja. Aku dah mula rindu sangat zaman freelance dulu. Kocek kering tapi hati gembira. Abah cakap hidup ini kita akan selalu berhadapan dengan pengorbanan.  Tapi apa lagi yang paling bermakna dalam hidup ini bila kita tak dapat merasai dan berbuat apa yang kita mahu dan perlu. Rasanya, aku tak sanggup berkorban untuk semua itu. Cuma aku sedang cuba adaptasi dan toleransi dengan keadaan. Juga dengan diri sendiri. Itu juga pengorbanan kan Abah? 

Dalam keadaan macam ni, aku akan dengar lagu ini berkali-kali. Dia buat aku rasa OK. Seorang teman baik pernah memperkenalkan aku dengan lagu ini. Pertama kali aku dengar, aku jatuh cinta. Aku juga tak pernah jemu menonton Garden State. Filem kecil itu beri erti yang besar. Tapi teman itu kini semakin menyepi. Dia pernah beritahu aku, dalam hidupnya dia tak pernah berhenti berlari. Tapi sejak aku-dia menyepi, dia seolah-olah berhenti. Aku harap dia tak pernah berhenti. Sebab kita sebenarnya sama-sama sedang berlari.

Friday, March 20, 2009

Tarian Penghapus Depresi

2 bulan lepas semasa sambutan harijadi bos aku, kami ke Bora Ombak Ampang. Sambil makan-makan kami disajikan dengan live band. Depan stage di biarkan kosong untuk tetamu mencuba tarian poco-poco. Lagu-lagu yang dinyayikan oleh geng live band semuanya dangdut belaka. Kalau pun ia lagu Inggeris yang popular atau lagu melayu, arrangementnya harus ada eleman dangdut. Dan mereka yang hadir ke situ apabila ditanya, menghadirkan  diri hampir setiap malam. Mungkin pesan fresh orange segelas dan kemudian menari sampai ke pagi. Dan kebanyakkannya yang enjoy menari adalah wanita yang umur lingkungan 30 dan 40-an ke atas. Yang lebih dari itu pun ada.

Mummy sekarang ni kalau aku balik, ajak pergi jogging kat Taman Tasik di Bangi. Mummy cakap jogging satu round kemudian di panggil layan poco-poco. Mummy siap minta belikan CD nak belajar menari. Katanya - Seronok Ngah. Step dia simple je. Sambil bercerita, sambil beria menunjukkan step kiri kanan yang berterabur. Tapi aku belum sempat pergi. Ada aku ajak Ajune pergi temani Mummy. Tapi akhirnya kami poco-poco atas tilam. 

Minggu lepas kami dipanggil satu company perabut yang nak buat soft launching. Kena dengan sambutan hari wanita baru-baru ni, CEO company itu menjemput hanya wanita untuk hadir ke launch tersebut sebagai marketing strategi dan promosi perabutnya. Kebanyakkannya terdiri daripada mak-mak datin. Perabutnya boleh dikatakan agak mahal dan ekslusif. Tidak macam IKEA, harganya murah dengan design yang menawan. Memang sukar nak tandingi IKEA yang dah establish, tapi itu yang sedang diusahakan. Majlis memang santai dengan membuka ruang untuk tetamu datang dan merasa sendiri perabut-perabut tersebut. Maksudnya, ketika speech dan launching event tetamu boleh duduk bersepah di atas sofa-sofa di situ. Memang selesa dan santai. Itu yang dicadangkan pihak kami. Dan mereka bersetuju. Makanya ada satu sesi akustik untuk para tetamu sebagai hawa telinga sambil-sambil melihat perabut dan masa majlis jamuan. Tiba-tiba ada seorang Mak datin menjerit : Poco-poco satu! Yang lain menjerit. Yeahhh...Poco-poco. Dan band terus aje mendendangkan lagu poco-poco yang merupakan lagu wajib untuk tarian itu. Daripada seorang yang lead, terus jadi 2,3 barisan. Dah jadi macam pesta dangdut kat situ. Geng-geng kami kat belakang ni cuba-cuba tiru step mereka. Berterabur tak ingat. Tapi saja untuk menyokong dan konon-konon menghangatkan lagi suasana. Memang comel mak-mak datin ni menari. Step mereka sekata. Mungkin training tiap-tiap hari. 

Dah hujung-hujung acara, aku duduk di luar. Seorang daripada mak datin yang menari tadi duduk sebelah aku. Tunggu driver katanya. Sambil tu bual-bual tanya itu dan ini dan sampai kepada perbualan ini.

Aku               : Dashatlah you menari. (gaya test market sikit)
Mak Datin   : Yelah. Hari-hari practise. Dah jadi senaman. (bangga)
Aku               : Yelah. Boleh kuruskan badan juga kan? 
Mak Datin  : Boleh hilangkan stress! Itu yang paling penting. Yelah, kita perempuan ni kena layan laki, kerenah anak-anak. Bussines lagi. Ada poco-poco ni boleh jugaklah hilangkan stress. You takpe. Muda lagi. Tak banyak problem. Hidup pun enjoy je. 

Mak datin itu mengambil kotak rokok dalam tas tangan. Perbualan itu semakin emosional bentuknya. Seperti biasa, telinga aku selalu ada untuk mereka-mereka ini.


Wednesday, March 18, 2009

Nyanyian bidadari

Mummy aku tak pandai bercerita. Apatah lagi minta dia lagukan puisi. Tapi malam itu masa aku dan Ajune tidur disamping Mummy. Aku dengar ada puisi yang dia cuba nyanyikan. Mata Mummy tertutup tapi bisikkan dia aku dengar walau bibir tidak bergerak. Ajune sudah berlayar dalam mimpi. Aku bangun dan rapatkan tubuh kami bertiga. Aku cantumkan tangan Mummy dengan Ajune. Ajune dengan tanganku. Terasa dingin dan panas berganti-ganti. Terasa kami di tengah lautan luas, atas permaidani ajaib yang terapung. Di temani cuma bulan. Beroleng-oleng di tiup angin malam. Melodi suara Mummy jelas. Macam bidadari sedang menyanyi.

"Tuhan kirimkan anak ku
Kekasih yang baik hati
Yang mencintai dia
Apa adanya...." 

Oh rupanya Mummy risau. Dia mengidam cucu. Pagi esok bangun dari tidur, aku peluk Mummy yang masih lagukan puisinya. 

"Jangan risau Mummy. Angah akan hapuskan juga status sekarang ni. Dan percaya dengan institusi perkahwinan. Cuma nak cari kekasih yang baik hati itu sukar sekali. Sebab angah pun tak baik hati mana."

Baru aku tahu, Mummy belajar puisi dengan Ahmad Dhani. Rupanya Mummy pun Baladewa. 

Tuesday, March 17, 2009

Donna Donna


Masa majlis berakhir-sesi minum petang, Dr. Zul timbulkan persoalan, agaknya kalau Riri Riza tinggal kat Malaysia selama sebulan, mesti dia mati kutu kan? Interpretasi aku terhadap pertanyaan itu, mungkin tiada apa yang menarik di malaysia ini untuk di filemkan atau negara kita terlalu comfortable sehingga tiada isu yang boleh divisualkan. Otak tak berkembang. Mungkin. 

Entah-entah, bila dia duduk kat Malaysia ni, dia boleh pukul semua filem-filem kat Malaysia ini pejam mata aje. Sebab tu dia masih di Indonesia. Ada banyak lagi khazanah negara dia untuk diceritakan pada khalayak luar. 

Pengarah Malaysia ni pecah-pecah kepala nak fikirkan khazanah apa agaknya nak diceritakan. Seolah-olah khazanah yang kita ada boleh di kira dengan jari.

Tapi, pengarah Malaysia lebih suka pecah kepala fikirkan tajuk filem. Sebab pengaruh tajuk filem besar untuk menarik khalayak ke panggung. Contoh yang terbaru, Anu Dalam botol. 


**Aku mendengar album soundtrack filem ini berkali-kali dan tak pernah jemu. Lagu-lagu dalam filem ini nampak sempurna di setiap scene filem ini. Thanks Riri. Perkongsiaan kamu penting amat untuk merangsang anak-anak muda Malaysia membikin filem. Kamu tak mahu jadi lecturer filem di Malaysia ke? 

Thanks Norman, Azmir dan organizer kerana menjemput hamba. Terima kasih daun keladi.

Monday, March 16, 2009

Tanah baru

Ajune confirm gelakkan aku sebab bertukar ke blogspot. Dari dulu lagi dia bising suruh tukar. Tak banyak function katanya. Nak upload itu dan ini payah. Tapi dia tahu kakak dia degil. Konon-konon nak jadi rare. Lain dari orang lain. Dan Ajune akan cakap : Poyo la lu.

Manusia berubah setiap saat Ajune. (jawapan klise dan back-up diri sendiri)

Akibat blog lama tidak boleh meng'upload video, aku jadi geram. Kadang-kadang visual/video boleh mengekspresi suara aku, tulisan tak boleh. Sebab itu aku tukar ke blogspot. Dan lain antaranya ialah menjadi minoriti itu terasa sangat kerdil dan menjadi majoriti itu lebih comfortable sifatnya. Rare tak jawapan aku? hehe

Selamat pijak dan bau tanah hamba kawan-kawan dan kekasih. Kalau bau wangi, senyum. Kalau bau masam, senyum juga ye. Ahmad Dhani kata - Hadapi dengan senyuman.

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...