Monday, March 16, 2009

Tanah baru

Ajune confirm gelakkan aku sebab bertukar ke blogspot. Dari dulu lagi dia bising suruh tukar. Tak banyak function katanya. Nak upload itu dan ini payah. Tapi dia tahu kakak dia degil. Konon-konon nak jadi rare. Lain dari orang lain. Dan Ajune akan cakap : Poyo la lu.

Manusia berubah setiap saat Ajune. (jawapan klise dan back-up diri sendiri)

Akibat blog lama tidak boleh meng'upload video, aku jadi geram. Kadang-kadang visual/video boleh mengekspresi suara aku, tulisan tak boleh. Sebab itu aku tukar ke blogspot. Dan lain antaranya ialah menjadi minoriti itu terasa sangat kerdil dan menjadi majoriti itu lebih comfortable sifatnya. Rare tak jawapan aku? hehe

Selamat pijak dan bau tanah hamba kawan-kawan dan kekasih. Kalau bau wangi, senyum. Kalau bau masam, senyum juga ye. Ahmad Dhani kata - Hadapi dengan senyuman.

2 comments:

  1. Semoga pemimpi akan terjaga dari mimpi-mimpinya...

    kerana dirinya tidak mungkin jadi benar-benar dirinya...

    dan kekasihnya nanti juga tidak mungkin benar - benar kekasihnya...

    dan apa yang paling aku bimbangkan...

    apabila dia mati...

    kerana kelak matinya itu nanti tidak akan benar - benar mati...

    lalu terapunglah jiwanya...

    bergelandangan bermain-main

    di antara mimpi dan realiti...

    kerana dia tidak mungkin lagi hidup di kedua - dua daerah...

    melainkan di lohongan hitam itu...

    tanpa ruang dan masa...

    tanpa cinta dan cahaya...

    maka bangunlah...

    wahai sang pemimpi...

    bergegaslah engkau ke sana...

    nantikan mereka di hujung kegelapan...

    semoga pemimpi akan terus menafikan mimpinya...

    ReplyDelete
  2. hi angah...angah mmg rare..ramat pn rare..sebab nama pn dh ade RRR!!!!aummm..hahaha

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...