Tuesday, March 17, 2009

Donna Donna


Masa majlis berakhir-sesi minum petang, Dr. Zul timbulkan persoalan, agaknya kalau Riri Riza tinggal kat Malaysia selama sebulan, mesti dia mati kutu kan? Interpretasi aku terhadap pertanyaan itu, mungkin tiada apa yang menarik di malaysia ini untuk di filemkan atau negara kita terlalu comfortable sehingga tiada isu yang boleh divisualkan. Otak tak berkembang. Mungkin. 

Entah-entah, bila dia duduk kat Malaysia ni, dia boleh pukul semua filem-filem kat Malaysia ini pejam mata aje. Sebab tu dia masih di Indonesia. Ada banyak lagi khazanah negara dia untuk diceritakan pada khalayak luar. 

Pengarah Malaysia ni pecah-pecah kepala nak fikirkan khazanah apa agaknya nak diceritakan. Seolah-olah khazanah yang kita ada boleh di kira dengan jari.

Tapi, pengarah Malaysia lebih suka pecah kepala fikirkan tajuk filem. Sebab pengaruh tajuk filem besar untuk menarik khalayak ke panggung. Contoh yang terbaru, Anu Dalam botol. 


**Aku mendengar album soundtrack filem ini berkali-kali dan tak pernah jemu. Lagu-lagu dalam filem ini nampak sempurna di setiap scene filem ini. Thanks Riri. Perkongsiaan kamu penting amat untuk merangsang anak-anak muda Malaysia membikin filem. Kamu tak mahu jadi lecturer filem di Malaysia ke? 

Thanks Norman, Azmir dan organizer kerana menjemput hamba. Terima kasih daun keladi.

6 comments:

  1. Kak FAz, lagu donna-donna ini pun saya suka juga.

    Tetapi yang paling saya suka part Nicholas baca puisi


    "Semua akan tiba pada suatu hari yang biasa, pada satu ketika yang lama kita ketahui"

    dan

    "Kita berbeda dalam semua kecuali dalam cinta"


    wah~

    ReplyDelete
  2. ainul,
    oh part tu saya menangis.emosional sikit. hehe

    ReplyDelete
  3. hari tu, masa pegi kelas. ada orang ajak pegi meRirikan diri pada hujung minggu. tapi tidak bersempat. rasa sesal juga ada. (ada assignment maha urgent kena buat)

    mana mahu dapat ini cerita? laskar pelangi kah tajuk dia?

    ReplyDelete
  4. namanya GIE. saya pun pinjam kwn saya. tapi mungkin ada kat jalan chow kit. selalu ada movie2 indonesia yg rare di sana. try cari.

    ReplyDelete
  5. donna donna donna donna......


    :)

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...