Monday, April 20, 2009

Dia-Geraham






Minggu ni gigi aku sakit

Aku cuma beli ubat penahan sakit

Abah dengan mummy bising suruh pergi klinik

Tapi aku degil dan cakap nanti dia akan baik


Berdenyut dia malam-malam

Aku kumur dengan air garam

Konon nak redhakan...haram!

Rasa geram, geram

 

Mummy kata kena cabut tu

Aku cakap nanti dulu

Mummy tambah, kenapa macam tu?

Kata aku – entah, tak tahu

 

Kadang-kadang konsep bertahan itu indah

Walaupunpun nyata bangang dan bodoh

Dia dah tak boleh mengunyah

Harus menahan perit dan hanyir malah

 

Aku tahu kita dah tak boleh bersama

Aku tahu kita ini sementara sahaja

Aku tahu kau sudah beri hint padaku

Cuma aku yang buntu dan buat tak tahu

 

Malam tadi azam kuat

Tidak mahu terus sakit

Atau makin perit

Aku cabut

 

Good bye kekasih hati

Cinta kau sampai mati

Cuma aku harus berhenti

Kalau tidak aku mati

 

p/s :  Dia geraham paling hujung

Dia yang  aku pernah sanjung.


18 comments:

  1. yang paling sayang laa yang kita kn lepaskan?? hmm batul ker?

    ReplyDelete
  2. Sakit gigi.
    Level no 6-7 dlm pain level chart.
    Sakit gigi sakit yg boleh kita rasa dgn yakin dan tahu dgn tepat yg itu sakit gigi.
    Sakit hati lagi susah.xde rasa yg tepat.

    ReplyDelete
  3. All we hear is ...

    Radio GAGA! Radio GIGI!

    If I sakit gigi...
    I will listen to ROCK Music!!!

    it doesn't help to cure...
    but it does helps the screaming!

    :)

    Let go of the ones that's leaving.
    cherish the ones which is staying.

    ReplyDelete
  4. ramat,
    burung kakak tua, hinggap di jendela. :)

    daud,
    rasa yang tak boleh rasa.

    ryo,
    Let go of the ones that's leaving.
    cherish the ones which is staying.

    *love it.

    azri,
    saya tak sabar. hehe

    dot,
    tanya awak balik..betul ke? :)

    ReplyDelete
  5. geraham itu pasti rindukan air liur kamu.

    ReplyDelete
  6. anonymous,
    rindu atau tidak, apa bezanya?

    ReplyDelete
  7. ITU LA..
    SUH G KLINIK TAK NAK.
    ngah, jangan lupa invite dak2 rwepublic tau.
    ke nak aku invite ?
    k.yani, ramat dengan hazwan aku keh invite

    ReplyDelete
  8. cik ajune,
    oh minta kamu uruskan ye cik ajune. urusan invite meng'invite ini. kwn2 kita aja ye. thanks

    ReplyDelete
  9. dah cabut ke..?

    ReplyDelete
  10. ermmm...tak cabut lagi...right ?!

    ReplyDelete
  11. gigi susu,
    buat pe takut. gigi aje.

    ReplyDelete
  12. Doktor Gigi @ DentistApril 28, 2009 at 12:22 AM

    uhuhu...adakah itu bermakna gigi geraham fazleena telah dicabut...?

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...