Tuesday, April 28, 2009

Hujan rintik-rintik, angin bergelora

Lokasi : Pejabat Cari Rezeki, Wangsa Maju
Masa   : 4.30pm

Masa Dol mengemaskan barang-barang dia dalam kotak, serentak itu hujan turun setitik demi setitik. Aku dan Denny buat-buat buta. Dol teriak : selamat tinggal kawan-kawan. Sambil sengih-sengih depan kami. Aku ambik gitar dan aku cakap, lagu in ditujukan pada Dol. Aku main chords C kemudian A. Tapi aku sedar sebenarnya aku tak mainkan lagu apa-apa. Aku tak tahu lagu apa yang harus aku mainkan. Dol senyum. Aku nampak Denny di sebelah. Tapi Denny buat bodoh. 

Dol ucap selamat tinggal. Aku cakap bye-bye babe. Good Luck kata aku. Denny masih buat tak tahu. Masa Dol dah blah, Denny tiba-tiba pakai spec hitam. Aku pandang dia, kenapa babe? Nanti i sms u. I turun bawah jap. Ok jawab aku.

Sms masuk. Dari Denny.

"I Sedih."

Hujan masih turun rintik-rintik. Aku jadi sayu.

Ever has it been that love knows not its own depth until the hour of separation - Gibran

*Bodyguard gue dah tinggal sorang





8 comments:

  1. Biar aku la ganti jadi bodyguard.

    ReplyDelete
  2. faz, office u dekat wangsa maju ka? sudah melanggar jajahan takluk saya. tapi kalau u ingat, u masih berhutang janji untuk minum dan date dengan saya waktu di pena. bila mau tunai janji?

    ReplyDelete
  3. edolah,
    sorry ramai sgt di pena tu ajak dating. kamu yg mana satu? :)

    ReplyDelete
  4. faz,
    tahu u ramai peminat.. i pun seorang drpnya. kita bertemu sewaktu malam genta puisi aswara-pena dahulu. i seorang drp deklamator malam itu. kemudian sekejap kita berbicara seusai Festival Teater 10 minit di stor dbp pada malam kedua..ingat tak lagi?

    ReplyDelete
  5. edolah,
    kamu ni en syukri ke? okaylah, nanti saya belanja chapati ngan tandori. meh dtg wangsa maju. :)

    ReplyDelete
  6. faz,
    alhamdulillah...masih ingat saya lagi. tak sempat berbicara lama hari tu. membaca blog u rupanya dah banyak perkembangan diri u yang memberangsangkan. tahniah.

    ReplyDelete