Monday, May 18, 2009

Hari-hari kita


Waktu pagi kita;

Kopi dan tea
Creamer dan gula
French toast bersama
Jem strawberry juga marjerin
Baked bean
Sosej bergolekkan
Membaca akhbar anti kerajaan
Mengekek mengilai belek blog dengan broad band
Sesekali kaki menguis betis dan jemari berpautan

Waktu tengahari kita;

Berkejaran di sudut terminal
Sesekali main aci sembunyi di celah tombol
Menjadi seperti kanak-kanak yang hilang akal
Cuba mengira gerabak keretapi
Menyentuh landasan dengan kaki
Pabila hon berbunyi, kita sama-sama lari
Sesekali berduet puisi tentang keamanan
Sesekali sekuriti senyum, orang lalu lalang jeling perhatikan
Dan kita tak pernah pedulikan setiap andaian
Terus merakam setiap adegan
dalam diri, hati dan fikiran

Waktu malam hari kita;

Kau berperan seperti tokoh dalam Beautiful Mind
Aku pula menterjermahkan method acting persis Nicole Kidman
Lampu-lampu kita biarkan kelam
Props dan costume habis jadi experiment
Tersergam setting seolah mahligai di alam lain
Dan audio iringan kita biarkan kosong
Teater itu kita namakan 'monolog telanjang'
Dan klimaksnya kita bergelut dalam selimut dengan nyanyian dondang sayang

Waktu esok hari kita;

Kita sama-sama pulang
Ke daerah insan-insan tersayang
Dan semua kenangan semalam habis kita buang
Serta janji untuk tidak lagi melakukan yang terlarang

Waktu beberapa hari selepas pertemuan itu;

Kita bertemu lagi
Membisik rindu yang tidak terperi
Kemudian melakukannya untuk entah yang ke berapa kali
Dan berjanji ini adalah yang terakhir kali...

16 May 2009
Ipoh-Railway Station

**Tika berbual-bual bersama pengawal-pengawal di railway station Ipoh sambil makan burger.

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. pengawal tu bg kakdek idea ye,,,
    :P

    ReplyDelete
  3. resamnya...melakukan yang terlarang itu adalah suatu kenikmatan!

    ReplyDelete
  4. Huhu, saya baru ambil gambar platform keretapi. Tapi di Wakaf Baru dan Kuala Lipis.

    Koleksi gambar railway station di Ipoh juga banyak, tapi kecewa.

    Railway station Ipoh sudah banyak berubah. Nostalgia zaman belum bersunat saya sudah pudar. Gerai-gerai makan tepi stesen sudah tiada, air pancut entah ada entah tidak pada waktu malam.

    Tapi Majestic Hotel itu masih nostalgik.

    ReplyDelete
  5. Adikku,

    Puisi kamu ...

    mengingatkan aku ...

    akan stesen anak bukitku yang dah lama sangat
    tidak aku singgah...

    kacang kuda dengan saggon...




    Memories are there to remind us of who we are...
    and
    where we are going.




    Thanks dear :)

    ReplyDelete
  6. dot,
    pengawal tu mintak no hp saya..hehe

    edolah,
    nikmat sementara kot. :)

    nazri,
    air pancut masih ada. lif lama yg kena tolak sendiri pintunya, pos box lama. masih classic. tambah ada rumah urut kat hujung hotel. makin classic. hehe

    ryo,
    kena pergi tu. bw si aiman, bf saya tu. :)

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...