Sharing is loving!
Sharing is caring!
Aku selalu dengar ayat ni dan aku juga ada kalanya selalu laungkan. Tak kisah masa tu aku sedang kongsi makan, kongsi dengar lagu, kongsi membaca, kongsi cerita, kongsi kasut, kongsi seluar, kongsi barang, kongsi ilmu, kongsi pemikiran. Apa sahaja. Idea aku terhadap istilah 'berkongsi' itu aku rasa istilah paling tepat untuk istilah cinta aku. Ada 2 kisah di sini tentang itu. Yang aku mahu kongsikan.
Masa aku ke Pahang, aku beritahu Epul aku ada shooting di sana memandangkan dia mengajar di Kuantan. Sebelum aku bertemu Epul, ada berlaku pertengkaran antara kami. Besar juga. Kita tak bertegur dan bertanya khabar agak lama juga. Sedangkan aku dan Epul, boleh dikatakan berkongsi apa saja sejak beberapa tahun lepas. Kita boleh berbicara apa saja. Kami berhenti berkongsi akibat pertengkaran itu. Ternyata ikatan itu kuat, kami mula berkawan semula baru-baru ini. Masa aku ke Pahang, kami seolah terlupa yang kami pernah bertengkar sebelumnya. Atau aku dan Epul nak beritahu, persahabatan kami lebih mahal daripada apa yang pernah berlaku sebelum ini. Malam tu Epul bawa aku ke Teluk Cempedak. Kami duduk di celah-celah couple yang memenuhi sepanjang persisiran pantai. Mahu merakam gambar, camera epul terlupa nak bawa. Aku punya handphone pula bateri kong. Aku rasa Tuhan mahu kami rakam dan tampal dalam hati detik itu. Dan perkongsian pun berlaku. Hampir semua perkara kita kongsi. Seolah update apa yang pernah tertinggal dalam tempoh pertengkaran. Ternyata kita masih boleh berkongsi. Itu cinta kan. Malam tu aku nampak bintang-bintang kenyit mata sambil tepuk tangan. Bulan main violin dan pokok kelapa menari-nari.
Kisah kedua ada bagai-bagai rasa. Untuk pertama kalinya aku bertemu dengan dua orang yang aku tak pernah expect untuk berkongsi. Itu masalah buruk dengan expectation aku kira. Sebab dengan expectation kita sebenarnya telah menghukum sebelum berdepan dengan sesuatu itu. Kita akan sedih dan kecewa kalau ianya di luar jangkauan kita. Kita akan marah diri kita kerana telah menjangkakan sesuatu sedang kita tak tahu apa sebenarnya yang akan berlaku. Kita seharusnya bersedia sahaja. Dengan kemungkinan-kemungkinan yang Tuhan telah tulis untuk hidup kita. Dengan satu tragedi, aku akhirnya bertemu dengan 2 insan ini. Pertemuan itu menghapuskan semua jangkauan ngeri yang pernah terbit. Ternyata kita mampu berkongsi. Yang paling tersentuh, kita tahu yang kita pernah ada jangkauan tentang hidup dan diri masing-masing, tapi kita tak sentuh langsung untuk kita raikan apa yang ada di hadapan kita. Pelukan dan ciuman itu aku rasa sehingga sekarang. Masih panas mengalir. Kata Kak Yong dalam sms dia waktu aku pulang - We will meet again, definitely! I love u. Itu sangat-sangat tersentuh. Aku kini ada 2 orang adik perempuan lagi. Satu kenyataan. Yang dulu aku tak mampu dan tak kuat untuk terima. Pertemuan itu menghapuskan prejudis dan expectation yang aku bina dengan kejam, aku kira. Maafkan aku. Kak Yong dan Adik, terima kasih. Kita bukan sahaja berkongsi seorang lelaki yang kita panggil abah, kita juga berkongsi cinta. Dalam sms abah selepas pertemuan itu - I'm glad and proud to have daughter like u. I love u. Perasan tak apabila perkongsiaan itu berlaku, cinta seolah-olah mudah untuk di lihat, sentuh dan rasa.
Masa tu aku percaya bahawa cinta itu ialah apabila kita boleh berkongsi.


As deep ...
ReplyDeleteas the sea goes...
deeper is...
the depth of love.
To experience and to know...
is being human.
To feel and to share...
is an angel.
Cantik gambar :)
tapi ada perkongsian yang tak membahagiakan bagi wanita..berkongsi kasih! kalau itu membahagiakan dah tentu aman dunia.
ReplyDeleteBe brave when ppl commet abt this hope both of you are happy and brave like pic.Do not listen wat other ppl chat.Take a good chat not a bad one.most importand honest..caring..loving in muslim
ReplyDeleteryo,
ReplyDeleteTo feel and to share...
is an angel.
*thanks. u my guardian angel.
edolah,
dunia aman dgn perkongsian cinta.
anon,
be brave and be honest. thanks. :)
cantik pic bdk kecil tu lawa mcm jepun,utk kenal seorang kita kena berani bertemu dr situ kita akan tau hati naluri mereka yg ikhlas.jauhi bfikiran kuno mcm org tua2 dulu kala.happy 4 u ina..
ReplyDeletemgkin kita lupa kerana gulai lemak kita selalu sedap sehingga terlupa ada tawarnya.. bila gulai lemak kita mula tawar, kita lari... akhirnya kita makan kari.. sbenarnya aku rindu gulai lemak itu..
ReplyDeleteterima kasih kerana kau bawa kembali gulai lemak itu, wpin ia sedikit tawar..aku tetap terima dan xsanggup makan kari je setiap masa...
love u!
darl, jgn lupa apa yg student i ckp pasl u..
ReplyDelete"cikgu, awek cikgu macam artis"
hahaha..
saya berkongsi seorang wanita paling hebat di atmosfera dengan 5 manusia lain. Tapi wanita ni macam lebih ke arah seorang guy ni nama Mohd Annuar. :P
ReplyDeleteDean,
ReplyDeletethanks. i am happy too. :)
epul,
falsafah gulai u i suka. masa ni u tengah lapar kan? hehe
**i selalu lupa pujian mcm tu. sebab dah biasa. hehe. kim slm anak2 murid u yg cute2 tu.
nazri,
mohd anuar tu istimewa barangkali. :)
**jom travel.
hello angah!!
ReplyDeletetumpang lalu...lari...
lari...cepat lari...!!~~
ReplyDeleteazri,
ReplyDeleteelo yang. lalu je....jgn la lari. :)
tok ngah,
mana nak pi?
pi kat mak ngah..nak ikut ke..?
ReplyDeletetok ngah,
ReplyDeletetak nak la. tq
Lagu baru Liyana Jasmay
ReplyDeletezaki,
ReplyDeletesaya tak suka lagu dia.