Semalam ada sessi minum-minum santai dengan encik Vovin. Macam-macam cerita yang dibualkan. Perancangan tahun depannya yang paling menarik dikongsikan. Mahu backpacking menjelajah dunia bersama Pipiyapong. Katanya dia hampir bersedia sepenuhnya dalam beberapa tahun kebelakangan ni dengan research, persediaan ketahanan minda dan jiwa, bagaimana survive dalam perjalanan. Juga bersedia untuk mencipta rindu dengan insan-insan tersayang kat bumi Malaysia ini.
Aku kata pada Vovin - Setiap tempat you pergi, ambik gambar kemudian you mesti hantar poskad yang ada gambar tu pada I. Sekurang-kurangnya I boleh rasa I pun sedang backpacking melihat dunia. Dan Vovin kata itu satu idea yang baik dan sweet barangkali. Kalau dia jadi pergi, aku harap dia tak lupa kata-kata dia dalam sessi minum-minum kami semalam.
Kata Vovin, sebenarnya bila kita menjelajah ke tempat orang kita semakin kenal dan sayang negara kita sendiri. Kita selalu rasa negara kita tak best, boring - itu semua kerana kita tak pernah keluar ke negara orang untuk explore dan rasa macam mana keadaan di sana. Seluas dan sejauh mana pun kita pergi, akhirnya kita akan kembali kat sini. Sebab cinta kita ada di sini.
***Untuk vovin - kalau PP tak jadi pergi bacpacking, tolonglah ajak saya. Saya wanita kental. Cuma awak kena tahan nyanyian nangis saya di malam hari akibat rindu Mummy saya. hehe
jangan merancang. pergi je.
ReplyDeletetul ckp mohammad pegi jer..muda hanya sekali tp tua byk kali..hehe
ReplyDeletehariry,
ReplyDeleteyeah. pergi je. gamble.
anon,
tua berkali-kali. :)
faz,
ReplyDeleteselalunya kita kurang menghargai apa yang kita miliki, tetapi sebaliknya kita akan terasa amat berharga sekali apabila kita kehilangannya
kita pi masjid nak tak...?
ReplyDeletetry dulu backpaking kat malaysia dulu..start dari johor ke perlis..patah blk kl lps tu g sabah n srwk..
ReplyDeletehmm sy pun ade merancang nak backpacking,, tp bila sy ckp tido kat motel murahan.. mereka gelak. diaorg kate tido kat tepi jalan baru real.. ohh sy kn jadi lagi kental.. kalau nak ikut,,chiss
ReplyDeleteedolah,
ReplyDeleteyeah.
uncle vovin,
boleh je.
daud,
ye, akan di lakukan. nanti.
dot,
hehe. saya pun begitu. belum kental lagi. :)
Mahu Teleport tapi langkah dulu
ReplyDelete