Tuesday, June 16, 2009

Anyone who keeps the ability to see beauty never grows old - Franz Kafka

Dia kata, suka dengar cerita aku. Kata dia lagi, cerita aku tak pernah membosankan. Dia tak tahu, aku blend semua cerita-cerita tu dengan semua movie yang pernah aku tonton. Tapi biasanya aku tak blend cerita tu dengan movie-movie tempatan, takut kantoi, manalah tahu dia pengikut filem Razak Mohideen ke. Dan biasanya cerita yang bakal aku sembahkan takkan jadi interesting. Aku blend dengan movie dari French, Russian atau dari German. Movienya unconventional. Lari dari kebiasaan. Dan isunya lebih luas dan mencabar. Macam makan nasi lemak sambalnya ganti dengan mayonis. Dia suka.

Setiap kali bertemu, bila hanya angin yang berbual antara kami dia akan bersuara. Sayang…cerita! Comel bunyinya. Dan biasanya aku ambil 30 second untuk diam kemudian cerita keluar lebih laju dari peluru kaliber 38 saat. Dia bersungguh menadah telinga. Tidak sesekali mencantas cerita aku. Dia menongkat dagu. Pandang tepat mata aku. Sesekali matanya ke bibir aku. Kemudian ke mata semula. Dia pendengar yang bagus. Itu criteria teratas dalam carta lelaki yang boleh duduk sebelah aku. Dia tak pernah menjawab sms atau call sekiranya alat telekomunikasi itu berbunyi. Selalunya aku yang suruh jawab. Mungkin urgent siapa tahu. Dan selepasnya setiap kali bertemu dia akan tukarkan mode kepada silent. Lebih peaceful katanya.

Setiap kali mahu berpenglipur lara, kami ke tempat yang berbeza. Ambience penting katanya. Malam itu dia cadangkan untuk duduk di pondok tempat mat-mat motor berhenti kalau hujan atau mahu berehat. Di Highway penchala link selepas tol dan  ada sebuah terowong berdekatan. Di depannya hutan-hutan dan dibelakangnya juga ada bukit tinggi dan hutan rimba. Pondok tu macam bus stop. Cuma lebih besar. Tempat duduk dibinakan palang besi. Kami duduk di situ. Sesekali high bimp daripada kereta-kereta yang lalu selepas tol, maybe mereka ingat kami buat project khas di situ. Kami buat bodoh aje. Mat-motor ada juga singgah. Tapi blah bila nampak kami di situ. Line tak clear, mungkin. Aku baring kat palang tu. Dia duduk depan aku. Membelakangkan pembaringan aku. Aku tengok tangan aku. Cat palang warna kelabu melekat-lekat atas tapak tangan aku. Aku tunjuk dia. Dia kopek dan buangkan. Satu-persatu. Kemudian dia balikkan tangan aku. Letak atas dagu dia. Kemudian hidungnya singgah di situ. Lama dibiarkan. Ada bibir atas tangan aku. Tiba-tiba terasa rembesan hormon estrogen macam air paip terpercik dalam badan aku.

“Sampai sekarang I tak percaya You 18 tahun.”

Aku tak nampak reaksi muka dia. Aku masih baring di belakang. Kami tidak mengadap. Tapi bibir dia bergerak. Aku terasa sebab tangan aku di bibir dia. Instinct aku kata – dia sedang senyum.

“Napa you 18 ek?”

Kali ni dia ketawa. Sikit sahaja. Aku bangun. Tangan aku masih dipegang. Aku pegang bahu dia. Duduk mengadap muka dia. “Kenapalah you 18.” Kata aku sinis. Aku memang bermaksud bergurau. Mungkin gurau campur curious juga kot. Curious campur terasa unrational. Unrational campur tak percaya. Tak percaya, atau mahu tahu reaction dia. Semualah.

I like you sayang. I’m 18 and I like you. Age it’s just a number kan?”

Pepatah tu klise la sayang! Kata aku. Dia senyum. Bulan kat atas tu pun macam ada lesung pipit. Senyum juga.

Dia tak pernah mahu tahu apa akan jadi akan datang. Dia cuma appreciate present time. Dia tak pernah ingin kaji tentang setiap kedutan yang mula jelas di hujung-hujung mata aku yang mungkin mengandungi seribu satu kisah lampau. Dia tak nampak garis mereput di jari kaki dan tangan yang dah tidak dapat disembunyikan walaupun satu tong cream Nivea aku letak setiap malam. Dia cuma mahu belajar menerima aku seadanya.

“I boleh jadi lelaki 30 tahun kalau you nak. Atau lebih. I can be everything. I just want this.” Kata dia sambil genggam tangan aku dan tunjukkan genggaman itu pada aku dengan wajah serius Sean Penn dalam Mystic River. Nak beritahu ‘this’ itu ialah aku. Dan this juga ialah aku-dia. This itu kita.

Aku senyum aje. Jantung aku macam kena tumbuk. Kuat dan laju. Tapi tak berdarah. Rasanya tak sakit tapi sedap. Perut aku terasa macam ada air-cond 28 darjah celcius. Angin bersiul-siul aje bila kita sama-sama diam. Dia pandang aku. Aku senyum. Matanya ke mata aku. Ke bibir semula. Mata, bibir, mata, bibir. Itu trademark dia bila memandang aku.

Waktu segmen diam tu dalam otak aku ligat berputar. Dia baru jejak kaki ke kolej. Aku ada hanya 20 tahun lagi untuk rasa duit pencen. Dia pula pencen ada 30 tahun lagi kalau tambah advance mungkin 40 tahun.  Aku dah tukar office 8 kali. Dia baru putus cinta 4-5 kali sepanjang hidup. Hati aku ni dah di gigit berdarah , gigit lagi-berdarah entah beratus kali.

Tapi kami dua-dua suka Led Zeplin. Pink Floyd, Suka Pearl Jam. Suka Beatles. Kami penggila Jack Kerouac. Buku On the road yang ditulis sebelum kami dua-dua lahir seolah bible dia. Kami berdua mengecop diri sendiri sebagai satu geng dengan team Beat generation. Bila aku lagukan puisi Allen Ginsberg dia akan cari melodi dengan guitar. Masa umur aku baya dia, aku hanya tahu tampal poster Back Street Boy kat bilik. Dan khatam buku Ahadiat Akashah entah berpuluh kali. Lagu Imagine Lennon pun aku dengar dah masuk zaman U. Ye! Aku lambat mencintai hidup. Dan secure dengan perkara-perkara disekeliling aku sahaja. Bila sedar yang aku hanya membuang masa dengan hidup, barulah aku belajar untuk belek luar dan dalam kehidupan. Dan baru aku sedar yang menjelajah hidup bukan perlu travel, semuanya ada depan mata. Nak atau tak nak sahaja. Abah cakap, never too late for searching and exploring life, darling. It’s always never too late.

“Hey.” Kata dia bila tengok aku mengelamun. “You ok?” – Tanya dia. Aku pandang dia dan senyum. Dia tarik tangan aku. Tengok kuku aku. Pusing-pusingkan cincin silver aku. Kemudian genggam. Kuat.

“Sayang…cerita!”

Dia memang comel dengan ayat tu. Seperti biasa, aku ambil 30 sec untuk diam. Dan start membancuh content sebagai ubat untuk menjadi penglipur lara malam tu. Sebelum start, aku pandang dia lama. Dia memang terror bab-bab pandang ni. Memang aku kalah. Aku pegang bahu dia. Aku pandang tepat muka dia. Senyum. “Napa sayang?” Aku senyum lagi. “Takde apa-apa.” Aku sengih-sengih.

Aku bangun. Berdiri di depan dia. Dia betulkan punggung duduk atas palang. Aku berdiri tegak. Dia mula excited.

“Tajuk cerita saya pada malam ini ialah….” Dia dah start senyum lebar.

Aku tarik nafas dalam. Dan sebut;

“Aku bukan Demi Moore dan kau bukan Ashton Kutcher.”

Aku buat muka ala serius. Kemudian kami sama-sama ketawa.  Lesung pipit bulan makin jelas. Langit kaler hitam bertukar metallic. Berkilat. Angin sapa dengan penuh mellow. Dia menongkat dagu dan pandang aku tepat. Seperti biasa, dia masih seorang penonton dan pendengar yang hebat.

Dia 18 tahun, dan itu tetap satu hakikat.


17 comments:

  1. Angah,

    Sila buat skrip cerita ini. Saya suka. Kita shoot. tq.

    ReplyDelete
  2. please go to anak muda at : www.azriabuhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. sweet. tapi cemburu. tapi sweet.

    ReplyDelete
  4. The canvas of life is 'Beautiful'


    only if

    it's been appreciated...

    from afar.



    :) GA

    ReplyDelete
  5. 18 thn?!!!
    shiitt!!!

    aku tak dpt terima sebab
    1;umur aku 23 kot.kenapa umur dia 18?!
    2;aku kena panggil dia 'abang ipar.pttnya aku paggl dia adik!!!
    3;kenapa kau dapat umur 18thn?kau dah tua.kenapa dia tak suka aku yang 24 tahun ni??!
    4;aku rasa aku dah tak hot!!!!!!!!!!!!!

    aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!
    sedihnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Malaysia kena ada 'Beat Generation' sendiri...

    Hehehe.

    ReplyDelete
  7. azri,
    citer ni takleh di shorties kan. hanya sesuai utk karya tulisan.

    *kalau awak nak jugak, nanti kita discuss. heh

    tok,
    jgn cemburu. org muda suka faz, tapi faz suka yg matang. haha

    abg,
    apreciated. :)

    ajune,
    jgn berangan. citer tu aku mimpi malam semalam. huh.

    anon.
    the sweetest things. :)

    jay,
    jom tubuhkan. :)

    ReplyDelete
  8. Jom, bole tulis cerita exotic :)

    ReplyDelete
  9. Suka baca cerita ini. Walaupun hanya mimpi, saya tetap jeles. cemburu ni

    ReplyDelete
  10. yana,
    jeles tu emosi yg bagus. :)

    ReplyDelete
  11. i dunno wehther it is real story or not..but my tears rolled down as i read this story...may be bcoz i have almost the same experience with "aku"...and the same thought with "aku" regarding the age..the pencen and everything...for some people it may seem ridiculuos to in love with 18 yrs old BOY...but to those who experienced it or still experiencing it...we might say this kind of live is ....CINTA TERLARANG....sweet..tapi jiwa kacau sebab kena fikir bnyak faktor sekeliling...
    ...and i am still crying....it is very stupid to cry and be girly girly....cehh.30 years old woman manja2 dgn 18 years old boy..can u imagine..
    ..i am crying..coz
    1)cant be with the boy
    2)why i meet him at this age?
    3)why i read this story??and the story about me n him flies in my head again...

    sayang dia...aucak!

    ReplyDelete
  12. cik anon,
    dont cry. kalau dia milik u, dia akan ttp jd milik u. :)

    age itu nombor aje.

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...