Thursday, June 11, 2009

Interpretation of Dreams








Malam itu dia bawa aku ke Bukit Ampang. Aku dengar nama Bukit Ampang sejak zaman conteng kain di sekolah menengah lagi. Budak perempuan yang  ngetop kat sekolah kata, kalau tak pernah jejak Bukit Ampang, namanya takkan termaktub sebagai Queen of Disaster (QOD). Sebab kat sekolah aku, kalau pangkat QOD ni memang tertinggi, kalah pengawas. Nama siap terpahat kat dinding mural sekolah. Kalau setakat nama terpampang dalam buku laporan disiplin sekolah, belum diikhtiraf sebagai dashyat lagi. Makanya gelaran dahsyat itu perlu digenggam supaya para juniors akan kenangi kita pada setiap helai nafas mereka. Alaa….takkan tak kenal? Kakak senior yang cool gile tu.

Hakikatnya aku masih belum jejak Bukit Ampang. Dan malam itu dia bawa aku ke sana. Kerana Steven kaggwa pernah bisik kat aku - "Try and fail, but dont fail to try". Akibat curiosity yang tinggi, aku pergi juga. Walaupun aku ada expectation yang agak melangit. Kata geng-geng queen of disaster dulu, Bukit Ampang macam pergi club. Tak perlu nak pergi Hard Rock. Bazir duit aje. Bukit Ampang masuk free. Semuanya ada. Muzik, minuman, lampu, seat, balaks, aweks. Kat sana ada banyak aktiviti boleh dibuat. Tengok alam, bersembang, cite pasal masa depan, hiruk pikuk dengan kawan-kawan, minum-minum, makan-makan, romen-romen. Tambah lagi dengan ambience alam yang harmoni dan aman damai. Betul la tu. Tiba aja aku di Bukit Ampang, lampu menerangi sepanjang jalan. Tambah dengan aksesori lampu dari bahagian bawah bukit. Ada KLCC, rumah-rumah yang menerangi, lampu jalan. Lip lap lip lap. Semua orang ada seat masing-masing disepanjang bukit. Tak payah nak berdiri. Bunyi alam bersambung-sambung dengan bunyi radio lagu-lagu hip-hop dan sekali sekala ada juga sesat lagu Rihanna satu dua. Lagu kumpulan Olan dan Visa pun aku ada.  Kiri aku budak-budak punk rock tengah melayang-layang mungkin dah nampak setelit. Bising-hingar-bingar. Happening.

Kami bawa keluar mc’d yang tak habis di makan masa masuk drive thru kat Wangsa Maju. Duduk di celah-celah antara 3 couples di keliling kami. Couple pertama duduk atas motor. Awek dia pakai baju kurung dengan tudung terlitup versi Waheeda. Tak turun-turun atas motor. Risau aku stand motor dia patah. Couple kedua, duduk atas kereta. Balak dia duduk celah kelangkang awek dia. Kami hanya dengar suara balak dia aje bercakap. Tak henti-henti. Awek dia cuma main rambut balak dia sambil pandang view kat depan. Couple ketiga berkongsi duduk atas seat penumpang bahagian depan kereta. Sikit-sikit adjust lampu kereta. Sikit-sikit adjust seat. Kejap si laki riba yang si pompuan. Kejap-kejap si pompuan riba si laki. Dan si pompuan itu juga memakai baju kurung dan tudung. Kali ini versi tudung Siti Nurhaliza. Ada jambul di depan. Bila dia tengok, si pompuan buat-buat betulkan tudung. Lepas tu tukar seat balik. Begitulah seterusnya. Its repeating babeh.

Di depan aku ada satu batang pokok yang dah bogel. Tinggi batang pokok tu sama tinggi dengan level mata kami. Ada seokor binatang tertenggek di hujung batang paling atas. Kami teka binatang tu monyet. Rupanya burung hantu. Besar. Kami sedar bila dia terbang dengan tikus di mulutnya. Agak tragis kejadian tu. Kat Bukit Ampang dah macam loji pembungan sampah. Penuh sampah. Plastic, botol, kertas balut nasi lemak, sisa-sisa makan, seluar pendek, kotak kondom. Statistik kehadiran di situ juga agak memberangsangkan. Setiap malam penuh katanya. Ada juga gerai-gerai menjual air, buah dan makan-makan. Mungkin boleh di naik taraf sebagai salah satu tempat recreation di negeri Selangor.  Tourist pun boleh melawat nanti. Ekonomi Negara pun meningkat.

Dia memulakan perbualan kami dengan bertanya pendapat aku tentang Freud dan Jung. Kata dia, yang mana satu aku kagumi. Aku geleng dan tegaskan aku bukan pengamal Freud dan Jung. Mereka terlalu idealis. Dalam darah aku hanya ada Adler. Pengamal teori realiti yang agung. Percikan method William Glasser pun ada dalam otak aku. Kerana kedua-duanya percaya bahawa minda manusia sebagai sistem kawalan kepada semua tingkahlaku yang ditonjolkan. Adler menekankan bahawa – usaha selalu ada untuk kita teroka dan manusia itu kreatif dan tidak pasif. Bukan hanya bergantung kepada nasib (deterministic) semata-mata seperti mana yang di pegang oleh Freud. Sepanjang aku jadi penerapi manusia dulu, aku hanya guna metod Realiti. Konsepnya jelas. Aku hanya mahu mereka yang anggap aku yang konon-konon sebagai ‘angel’ agar move on. Dan jangan pernah beku dan bernafas dengan kisah-kisah lampau.

Kemudian kita berdua senyap. Bunyi suara balak sebelah yang duduk celah kangkang aweknya aje menjadi latar belakang audio kami. Aweknya masih main rambut dan lempar pandang kosong. Ataupun mengira dalam hati berapa lampu terpasang bawah Bukit Ampang tu. Bosan dengar balak membebel. Point mengatakan lelaki tidak banyak bercakap tu, tak boleh pakailah. Kemudian dia pandang ke sisi. Tengok tu. Dia muncung ke sisi. Aku toleh. Awek bertudung dalam kereta yang beribaan dengan balaknya dalam kereta kancil dah terhimpap dan menghempap. Seat dah jatuh. Tapi tudung masih maintain. Aku senyum aje. Kami cuba tak pasang telinga pada perbualan awek dengan balak atas motor tak turun-turun tu, tapi terdengar juga. Cite pasal pengalaman kat kampung masa hari raya. Balak ketawa terkukik-kukik dengar aweknya bercerita pasal tok wan dan nek wan nya yang tak boleh makan lemang. Gigi tersangkut di lemang. Akhirnya lemang itu di rebus kasi lembik macam bubur. Cicah dengan kuah rendang aje. Daging tak boleh gigit. Liat. Kukuk-kukik lagi balak dia. Awek makin ligat cerita. Tapi masih maintain atas motor. Tahan betul stand motor dia. Bukan made of Malaysia kot.

Dia pandang aku yang makan fries. Tak habis-habis fries tu. Aku makan slow and steady. Kemudian dia tiba-tiba bersuara. I percaya Freud. Sebab dia penyumbang terbesar kepada ‘unconscious behavior’. I tanya satu soalan. Bila u cintakan seseorang, dia sebenarnya satu perasaan sedar atau tidak sedar? Aku senyum aje. Sedar! – jawab aku.  Dia senyum. Kemudian betulkan rambut aku yang sesekali melekat kat fries yang aku masukkan ke mulut. Rambut dan fries sama-sama suka masuk mulut aku. Kemudian dia sambung - You memang anak Adler dan Glasser! Dia senyum. Aku ketawa.

Aku tengok jam. Dah pukul 3 babe. Jom! – kata aku. Kami tinggalkan kombinasi couples yang unik tadi. Yang mungkin juga dalam fikiran mereka : apa sahajalah 2 ekor mangkuk ni merepek. Kan bagus cite pasal burung terbang ke, pasal ayam berlaga ke. Paling cool kalau cite pasal persiapan menyambut raya. Yelah rayapun tak lama lagi.

Masa dia memandu pulang meninggalkan Bukit Ampang, kami tak pasang air-cond. Sejuk. Angin malam buat rambut dia berserabut. Dia yang tidak memakai gel atau brylcreem kelihatan cute berserabai begitu. Mata gedik aku ada kalanya main hide and seek. Lagu Sigur Ros buat mood kami melayang. Malam seolah ada 1000 bintang yang boleh disentuh. Pertanyaan-diskusi tadi singgah. Aku pengamal realiti, dan dia peneroka mimpi. Manakan bisa bersatu?

Bukit Ampang perlahan-lahan hilang di celah kabus pagi. 

13 comments:

  1. First!

    Kah kah kah. First time gua buat benda tak senonoh ni.

    ReplyDelete
  2. Second.
    Second time gua buat benda tak senonoh.

    ReplyDelete
  3. urrhhgghh..
    nice entry!

    p/s:sila balik rumah dan bawak emak anda berjalan2!semua orang dah tanya anda, bila mau balik? saya sudah tidak larat mahu menjawab lagi.fullstop.

    ReplyDelete
  4. pipi,
    gue bangga penulis tersohor 1st time buat benda camni kat blog gue. hehe

    tok rimau,
    ni semua naga la ajar kan.

    ajune,
    saya balik this week. wpun kejap. tunggu.

    ReplyDelete
  5. oh darl, adakah kamu berkontradiksi dengan diri?

    atau adakah tajuk blog ini bukan satu representasi, atau cuma sinikal realiti?

    ReplyDelete
  6. alina darl,
    utk kamu, saya beri kamu pilih sendiri. :)

    ReplyDelete
  7. hmm, melayu hanya memikirkan nak raya aja dh nk dekat. Bagaimana pula bulan ramadhan? Puasa dh ganti? Aku pun belum ganti hahaha. Tertarik ada ayat menyentuh raya, ada mencelah skit dr entry ini. (cuba baca dengan gaya ala2 ustaz versi Akhil Hai)

    Angah,
    you are still searching! Go! Tak akan habis beb. I think you cari water, you ni api... nak tahu? Jumpa i.

    tq.

    ReplyDelete
  8. sape kate x ley bersatu? nice combination :)

    ReplyDelete
  9. abdullah jones,
    senyum.

    azri,
    saya pun blum ganti. hahaha

    api ke? mana ada. saya tanah la. menyerap dan di serap. hehe.

    *beb, nz la. sembang2.

    AL,
    kena cuba! :)

    ReplyDelete
  10. What is around you
    doesnt determined
    or change
    who you are...



    "When you live your days...
    and so you craft your life..."



    Always is
    and always will be...
    a dreamer.

    :) GA

    ReplyDelete
  11. abg ryo,
    u dreamer jugak kan. :)

    ReplyDelete
  12. Lovely. Very Adler in your economic use of words. Lagu Sigur Ros mana buat your mood melayang?

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...