Wednesday, June 24, 2009

Pecinta Rahsia

Waktu aku sampai dari Sabah, aku terus ke kereta. Masukkan barang-barang yang aku beli untuk budak office dan untuk Mummy ke dalam kereta. Malas nak bawa naik rumah. Masa tu Epul salah seorang adik praktikal di office aku ada bersama. Dia tolong angkatkan barang. Masa proses pemindahan barang-barang tu, aku ternampak satu bungkusan warna putih tersangkut kat pintu kereta. Bila aku bukak, ada kebab di dalamnya. Aku tanya Epul - Cuba awak tengok ni. Ada orang sangkut makanan! Sambil menyuakan pada Epul bungkusan tu. Epul sambut - Ala..ada la tu orang mana-mana, dia lalu kat tepi kereta angah ni, pastu dia tersangkut kot makanan dia! 

Sambil berjalan naik ke rumah aku meneliti bungkusan tu. Aku bau kebab tu. Dah basi. Mungkin dah beberapa hari. Ada tong sampah besar sebelum aku naik ke rumah. Aku campakkan terus kebab ke dalam tong tu. Tapi dalam hati aku bertanya-tanya, mana boleh makanan tu tersangkut kat tepi pembuka pintu kereta aku. Sebab kalau tersangkut pun, mesti jatuh. Ini aku terpaksa keluarkan dari handle pintu. Aku ada juga terfikir tentu ada orang yang sangkutkan. Entah-entah secret admirer kot. Aku senyum-senyum aje naik ke atas rumah. Esoknya aku cerita dengan budak-budak production aku. Epul pun sama bercerita. Kami ala-ala brainstorming. Diorang pun bagilah beberapa assumption yang diorang rasa berasas :

a) Ada mamak NZ yang suka pada aku telah menyangkutkan makanan tu sebab dia tak boleh bagi tahu secara direct dia suka kat aku
b) Ada seorang mamat ni nak bagi surprise kat awek dia dengan meletakkan kebab di pintu kereta awek dia, tapi rupanya tersilap kereta dan kereta aku menjadi mangsa. 
c) Bekas-bekas boyfriend aku yang tahu aku suka kebab telah meletakkannya sebagai tanda mengingati aku
d) Guard kat rumah aku yang nak buat baik dengan aku sebab selalunya setiap kali aku jerit salam, diorang buat muka ketat. Mungkin rasa bersalah.
e) Cleaner kat kawasan rumah aku duduk makan-makan dan sembang-sembang sampai terlupa dia telah menyangkutkan makanan dia di kereta aku. Pastu terlupa nak ambik balik.

Akhirnya kami tinggalkan aje cerita kebab tu dan menjalani rutin office dan hidup macam biasa sebab merasakan 70% kebab itu hanya tersangkut aje. Bukan di hantar oleh peminat atau lelaki yang menyukai aku secara rahsia. 

Rupanya cerita misteri itu tak berakhir di situ. Pagi tadi aku masuk kerja lambat. Tidur lewat. Aku sampai ke kereta dalam jam 11am. Masa nak bukak pintu belakang kereta, ada bungkusan merah. Aku dah rasa pelik dan berdebar. Aku belek-belek. Bungkusan nasi lemak pulak. Aku start enjin kereta dan memandang sekeliling. Kejap tengok nasi lemak, kejap pandang depan, Kejap pandang kiri kanan. Aku sampai office. Aku cerita pada Denny. Denny kata - ada la tu mat bangla mana suka kat u. Akhirnya aku tak makan nasi lemak tu. Bukan sebab alasan dengar apa yang Denny assume kan, tapi sebab aku tak pasti makanan tu ok ke tak. Jadinya aku buang aje. 

Untuk pecinta misteri - 

Usaha kamu saya kagumi
tapi, saya mencari orang yang berani. 

p/s : Sangkutlah Nandos pulak. Fast Food fave' saya. 

15 comments:

  1. Baiklah. Nanti gua sangkut lemang 3 batang..

    ReplyDelete
  2. Tok sangkutkan hati tok kat tayar. Ada lagi tak? Entah2 dah terlenyek. :-(

    ReplyDelete
  3. bukan ke hati Tok dah kena koyak dengan Naga masa dalam LRT di Maskara haritu?

    ReplyDelete
  4. faz,
    nanti saya cuba sangkut hati pula kat kereta u...amacam?

    ReplyDelete
  5. kakdek..
    take care ye... org skrg pelik2... hmmm...
    mungkin jugak dia bg signal sruh kakdek berteman??...

    ReplyDelete
  6. pipi,
    ngan rendang plizzz..

    tok,
    tak, faz dah angkat letak kat seat depan hati u. :)

    naz,
    naga koyokkan? wow!

    edolah,
    try la. jgn tak try.

    dot,
    signal? saya dah kaji. ini pasal makanan. dia nak suruh saya bertambah 'solid' kots. haha

    ReplyDelete
  7. yerla..nanti i tunggu bagi terus..
    mmg igt nk bg terus tp lmbt sgt g keje.peluh ketiak duk tunggu kat kete.
    hahaha

    ReplyDelete
  8. hani,
    extra hot peri2. :)

    daud,
    oh kamu ke? cube berani sikit. kat jusco wangsa maju ada nandos la. hahaha

    ReplyDelete
  9. lagi bagus klu kita terus jumpa kt sana je.
    ptg ni yer..kol 5.

    ReplyDelete
  10. daud,
    thanks. next time le ye.

    kamu ni sapa ni? stalker ek? ehehe

    ReplyDelete
  11. hahaha..esok sy sangkutkan ketupat!
    malam raya kita mkn sama2..

    hahaha..

    nk ngorat main sangkut2 plak ek.
    berkesan ke darl?
    haih..

    ReplyDelete
  12. ijoy,
    berkesan ke tak berkesan kita tgk dia sangkut apa pulak..hehe

    hey, mana kamu? sgt rindu!

    ReplyDelete
  13. hahah best lah hari hari makan orang support

    ReplyDelete