Saya jatuh cinta pertama kali pada Wazir sejak menonton Peristiwa Di Zoo di Matic semasa penilaian akhir beliau untuk dapatkan segulung ijazah di UM. Saya rasa Wazir memang dilahirkan untuk jadi pelakon. Sejak itu saya mencari peluang untuk berkawan dengan dia, atau sekurang-kurangnya boleh ada komunikasi. Akhirnya saya dapat menyunting Wazir membintangi filem pendek saya yang bertajuk Lost Communication. Saya rasa kalau tiada Wazir di dalam filem itu, mungkin filem itu tidak diikhtiraf di Anugerah Karyawan Muda. Sehingga kini, Wazir termasuk dalam carta salah seorang kekasih saya yang paling baik hati. Cantik kan perjalanan yang Tuhan sudah aturkan buat kami.
Kini Peristiwa Di Zoo akan dipentaskan sekali lagi sempena Festival Teater KL. 10hb jumaat ini 8.30malam di Taman Budaya. Saya ke Johor weekend ini untuk Mighty Mind dan biasanya jika keluar dari KL, kami akan travel bermula dari Jumaat ke ahad. Sedangkan 10hb show Wazir di Taman Budaya. Saya rasa Wazir tentu mengharapkan kehadiran saya. Nanti dia pasti mencari kelibat saya. Saya tidak mahu mood dia terganggu. Jadi saya akan berkorban untuk dia. Saya akan ke Johor Jumaat malam menaiki bas selepas habis show Wazir. Sementelah crew semua akan gerak lebih awal dan mereka akan tunggu saya di JB. Dengan pengorbanan ini saya hanya mahu Wazir buat yang terbaik dan memastikan Johan tahun ini milik Mekar Budaya.
Pengarahnya, Kak Lenny (saya adore dengan spirit dia dan karya-karya dia) selalu berikan kejutan. Saya dengar-dengar, set akan digubah ala-ala zoo negara. Itu sangat-sangatlah mengujakan. Saya harap ramai-ramailah datang menonton pementasan ini.
***Psstt Kak Lenny, cukup best tak promosi saya? :)
Kami di Pekan Frinjan 02.
sy xtau apa2 ttg teater.mmg zero la..
ReplyDeletekamu buat sy trtarik utk tahu..
kt mana nak beli tiket and cmne nk tahu ttg teater apa yg dityangkn.
:),
ReplyDeletehttp://mekarbudaya.blogspot.com/ silalah layari ini.
masuk free.
Angah nk ikot????????huk huk hukkk
ReplyDelete:) celakamu terbaik..
bye darl,
ReplyDeletejom sayang. jumpa awak sana. :)
cik fazleena,kalau gi tgk teater pkaian formal ke kasual?
ReplyDelete:),
ReplyDeletebogel je tak boleh. :)
hahahaha..eh,srius ni..cmne?
ReplyDeletei xde exprnce lngsung ok.
:),
ReplyDeletetaman budaya takde rules. pakai je asal selesa. Istana budaya kena formal.
ok..
ReplyDeleteif free sure dtg..
u dtg?
angah awak tetap idola sy..dan mungkin abg wazer akan menjadi idola sy jugak..sy pernah menonton dia di tv..walaupn pernah jumpe dan dpt mengenalinye hanye sekejap...baru sy thu siapa dia sebenar ketika ini...abg wazer...sy cinnta kamu...
ReplyDeleteperistiwa di zoo?
ReplyDeletetajuk dia saja dah buat org ter pk,lainlah kalau peristiwa di jalanan or setinggan,org da boleh agak cerita dia mcm mana :)
happy travelling then....
mamat ni memang kelakar wpun semasa ceritakan kemalangan ngeri yang dialaminya...
ReplyDeletemogajaya!
salam fazleena, kak lenny baru terbaca promosi dan show dah pun selesai. Terima kasih untuk promosi, memang meletop hehehehe dan terima kasih kerana datang. Itulah dia seadanya.
ReplyDeleteAssalamuaLaikum...
ReplyDeleteHai Faz...lamerrr giler tak singgah blog ni...
huhu.....u promosi ni pun baru i tahu...(selepas selesai pdz..teruk kan i..heheh) nyway...tanx sangat2 sebab promosi ni...n tanx sangatx1000000....sebab sanggup korban masa utk support i...hope persembahan malam tu..dapt beri kepuasan pada u...tanx a lot...
know wut u jugak salah sorang teman i yg banyak beri tunjuk ajar n nasihat pada i yg lembab ni...tanx ma dear...n pada semua yg support teater peristWa Di Zoo...saya Ucapkan Jutaan terima Kasih......
_joe Pdz_
fyra,
ReplyDeletehey abg wazir tu single lagi..nak try? hehe
freedy,
next time boleh dtg sendiri dan rasa. :)
amer zaman,
dia bukan saja pelakon hebat, pelawak juga. hehe
kak len,
no prob sis. mekar budaya johan tahun nih. *doa faz. :)
wazir,
u tak teruk, u make me proud. :)