Monday, August 10, 2009

Anak Sulung Samad






Ini kawan se'ofis saya
yang kami panggil dengan samad sahaja
orangnya sangat cool dan relak-relaks aja
kalau bosan yang amat dia akan main guitar dan saya akan menyanyi gembira

Ini pameran pertamanya
dia dah berhempas bulan bertahun-tahun lamanya
akhirnya lukisan dia sudah dapat di kongsi bersama
ini semua atas passion dan usaha
saya lihat Samad senyum sampai ke telinga
dia teruja, dia terharu, dia berjaya
saya rasa sangat bangga

Samad kata dia gembira tapi sunyi
tiada girlfriend di sisi
dia sudah letih mencari
juga penat belajar memahami
tak pernah menjelma bidadari
saya cuma kata 'cintailah diri sendiri'
kerana dia punya harta yang lebih tinggi
bidadari pasti akan muncul satu hari nanti...

** Jemputlah datang menyaksikan lukisan Samad di galeri Threesixty di waterfront@Parkcity, Desa Park City KL. Masih banyak hari lagi. 

2 comments:

  1. betol samad. cintai diri sendiri. kemudian, akan datang seorang bidadari memberi cintanya pada kamu setulus hatinya. percayalah, pari.pari.melayu sendiri alami momen manis itu.

    ReplyDelete
  2. si pari2 melayu,
    nanti saya bisik kat samad kata2 kamu nih. :)

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...