Monday, October 12, 2009

Kalut The Movie



Selesai sudah penggambaran Kalut (features film) final project student uitm. Tak sure sem dan batch ke berapa. Kalut adaptasi daripada karya Ray Cooney yang tajuknya Run for your wife. Telah diadaptasi oleh lecturer UITM iaitu Mazli Abd Rahman. Telah di pentaskan beberapa kali. Atas dorongan lecturer juga naskah ini diambil untuk dijadikan filem panjang sebagai tugasan untuk dinilai pelajar-pelajar degree filem. Seperti 3 budak Melayu - skrip Hatta yang hangat dulu, Kalut adalah kesinambungan usaha ahli akedemik UITM untuk memberikan pengalaman dan pembelajaran pada student degree untuk berani membikin filem panjang. Tapi lebih cantik kalau skrip datangnya dari student filem itu sendiri. Mereka juga belajar penulisan skrip. Jadi mengapa masih tidak percaya dengan skrip daripada student? Lecturer takut kena bambu kalau skripnya nanti kena hentam ke? 3 Budak Melayu yang dari lecturer tu pun bukannya bagus sangat pun. At least bagi la peluang budak-budak come out dengan idea dan story line sendiri. Kalau kena hentam pun, at least takdelah mereka akan kata - nak buat macam mana, dah skripnya daripada raja-raja. Kami hamba ni, ikut ajelah. Heh.

Kalut masuk post prod minggu ini. Akhir bulan ini akan ditayangkan. Sesuai dengan title-nya, filem ini paling kalut yang pernah aku terlibat. Dari awal cik ajune merangkap Production Manager dan epul selaku cameraman warning aku katanya - kau kena banyak sabar dengan production ni Ngah. Sungguh bagai dikata, minggu pertama aku terlibat dah berlaku kekalutan yang amat mengesankan. Schedule shooting berterabur. Aku datang jam 1tengahari, shooting start pukul 1pagi. Muka dah basi. Tidur bangun, tidur balik. Lebih baik takde schedule macam tu. Setiap crew tak tahu peranan masing-masing. Bukan main ramai lagi ada kat lokasi. Tapi, boleh dikira berapa ramai aje yang buat kerja. Yang paling best, time aku nak keluar rumah baru nak inform kena bawa baju apa, aksesori apa. Pengarah sendiri yang bagitahu call time jam berapa. Habis yang lain-lain tu, buat apa? Ajune diserang sesak nafas beberapa kali. Aku tengok dialah yang buat air, siapkan makanan, jaga talent, bawa talent pergi toilet, uruskan props. Yang lain-lain kena herdik baru nak jalan. Alasannya mereka ini daripada student STPM yang terus masuk buat degree filem kemudian tak tahu apa-apa tentang produksi dan pengurusannya. Jadi disini berlaku ketidakfahaman tentang peranan masing-masing. Menurut Asha, post moterm tiap-tiap minggu. Dan tiap-tiap minggu jugalah semua meluahkan perasaan. Tapi tak pernah dianggap setiap teguran untuk membaik pulih. Jadi ada yang letak usaha sampai 150% dan ada pula yang hanya letak 30%. Ini beza sangat dengan produksi indie yang tak pernah tahu pasal teori buat filem. Semua buat kerja tak pernah nak bezakan peranan. Kadang-kadang, director pun angkat pasang lampu. Tapi sebab passion mahu bikin filem, jadi semuanya ada satu misi. Mahu filem itu diselesaikan dengan lancar dan baik. Jadi tak timbul soal kau patut buat itu, kau patut buat ini.

Aku enjoy sepanjang shooting Kalut, cuma dari segi pengurusannya saja memang buat sesak nafas. Kesian tengok geng produksi ini. Dengan budget yang sangat minima, dengan crew yang tahu kenapa mereka berada kat situ, dengan kekangan masa untuk deliver product, dengan pengarah yang perfectionist (hehe,jgn marah Faliq), dengan segala macam kerenah birokrasi. Sekurang-kurangnya ia tetap satu pengalaman. Membikin filem panjang bukan perkara senang.

Rambut ini sangat gatai dan panas. Ia juga mencengkam kulit kepala. Masa ni rasa menyesal potong rambut.

9 comments:

  1. Skrip filem kena ambil masa utk develop. Setakat skrip tugasan satu sem tu X cukup. Sangat setuju jika pakai skrip yg dah established.

    Terpikir macam mana lecturer bagi markah? Group? Individual?

    ReplyDelete
  2. oit, oittt..asl mnyesal lak ni tetibe?? Adehhhhh...

    ReplyDelete
  3. bila screening???ini untuk tontonan terbuka ke tertutup????

    ReplyDelete
  4. tok rimau,
    markah tu kena tanya lecturer. melainkan lecturer turun tgk budak2 buat kerja. :)

    bye,
    u kena cuba pakai wig tu yang..fuh! menyeramkan. menyesal time shooting je. hehe

    ruhi-hayat,
    bulan oktober. open screning. nanti akan di inform. :)

    ReplyDelete
  5. sy juga ada dengar keluhan dari rakan2 anda yang lain... tapi nak ckp ape...

    kalau dah yang bertanggungjawab pada departmentnya tu, tak tau tapi buat2 pandai...

    *peace, love & respect*

    ReplyDelete
  6. is,
    hehe. awak patut dtg tgk ari tu. baru feels. :)

    ReplyDelete
  7. salam...

    Tahniah kerana membantu generasi baru walaupun kalut seketika...

    seperkara yang sepatutnya difikirkan utk projek plajar akan datang, bagus juga kau tulis benda ni, jadi diorang tahu apa nak buat next project...

    seperkara, kau mmg sesuai berambut panjang...
    nak melamar kau utk watak SORAYA utk digital short aku yang terbaru iaitu "carijodoh.com"...

    sudi ke?

    ReplyDelete
  8. rozinor,
    carijodoh.com? hehe. semua aku berlakon citer pasal kahwin2..mcm2 tahu je kan.. :)

    p/s : boleh aje. bila nak shoot tu?

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...