pakai skirt
lisptick
bertumit tinggi
sarung dress
skirt bunga-bunga
pakai scarf di kepala
anting-anting
calit pemerah pipi
lukis kelopak mata dengan aye liner
tapi apa yang keluar dari mulut dia ialah "aku tak akan"
aku tak akan buat
aku tak akan dapat
aku tak akan cuba
aku tak akan lakukan
aku tak akan boleh
aku tak akan mahu
aku tak akan mampu
aku tak akan, aku takkan, aku takkan, aku tak akan.
Bila melihat orang lain berskirt pendek, dia cemburu
bila melihat orang lain sarung dress, dia mencebik 'ah poyo la lu'
bila melihat orang lain pakai lipstik, dia sungguh-sungguh mengata
bila melihat orang lain pakai tumit tinggi, dia jeling dengan ekor mata
Dia tetap kata 'tak akan'
tapi sebenarnya tertekan
mulut berbuih kata 'tak akan'
dalam hati macam hujan
Dia kata;
aku sudah selesa begini
jangan persoalkan itu ini
tak mahu berubah walau seinci
tak rela hidup dalam hipokrasi
Jadi dia simpan sahaja perasaan teringin-nya
orang lain pakai, dia cuma mampu jeling sahaja
baginya percubaan tidak membawa makna apa-apa
dia mahu degil begitu sampai bila-bila
Dia boleh tipu orang lain
hati dia macam mana?

**Teringat tentang seorang yang pernah jadi rakan, beritahu mati-matian dia tak akan kahwin. Tapi aku tahu dia teringin. :P Chill babe!
ada bnd yg kita kata tak mahu tp dlm hati mcm gunung berapi mahu keluar. haha
ReplyDeletep/s-heels dgn perempuan mcm tak boleh pisah kan? tp sy tak pandai..heh
:)
saya rasa ini macam ada dalam setiap insan,, cuma situasi lain.
ReplyDeletecuma kita je kena berani kalau nak jadi lain. bukan tak akan masalahnya, cuma belum berani mungkin.
goodluck in heels :D
2 unsur yang bertentang akan selalu bergelut dalam naluri manusia, namun kdang2 mahu x mahu diikutkan juga..eemm hidup siapa yang tak pernah menirukan??
ReplyDelete