Wednesday, August 18, 2010

Kaunselor

Sementara menunggu waktu berbuka yang aku pun dah lupa hari yang ke berapa, aku duduk bersembang dengan makcik saudara aku yang sama-sama datang berbuka. Entah apa topik yang kami bualkan pun aku dah lupa. Entah kenapa ada banyak benda yang aku terlupa lately, samaada aku sudah menghampiri sindrom nyanyuk atau malas memenuhkan tangki otak dengan benda-benda yang tak penting untuk diingati. Mungkin aku patut tulis diari semula, atau update blog setiap kali ada conversation dengan orang. Mungkin.

Tiba-tiba terpacul soalan dari makcik saudara aku - Awak kaunselor, jadi awak expert dalam hal menangani masalah orang. Sepatutnya masalah awak sendiri pun macam kacang goreng je awak boleh settlekan.

Entah mana datangnya hantu dalam badan aku bulan-bulan puasa ni, selalunya aku jarang nak cakap atau balas balik apa-apa yang dilemparkan pada aku. Better to remain silent and be thought a fool than to speak out and remove all doubt, kan Lincon dah cakap. Konsep hormat orang tua pun satu lagilah tambah-tambah bulan puasa.

Aku cakap - Kita semua adalah kaunselor terbaik untuk diri masing-masing. Kaunselor pun orang juga. Bukan angel. Dan kecil besar masalah bukanlah seperti 'kacang goreng'.

Makcik saudara aku sengih-sengih. Barangkali dia suka dengan quote tu, barangkali dia tak tahu nak jawab apa, barangkali dia setuju serba sedikit, barangkali dia bengang sikit dengan aku, barangkali dia baru sedar yang anak saudaranya itu pun manusia biasa dan boleh depress serta bukanlah spesis kebal. Barangkali.

Tapi kami tetap makan dengan lahap ayam golek yang dibeli di Pasar Ramadhan sambil bergosip pasal kes Norman dengan Memey bila dah azan maghrib.

4 comments: