Saturday, January 1, 2011

Hello 2011

Selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang - Siti di alam fantasi

Saya jarang nak ada azam menjelang tahun baru. Selalunya azam datang tak kira masa. Suddenly saya rasa saya mahu lebih rajin, tengah-tengah cuci toilet saya rasa mahu kuruskan badan, sedang tengok hindustan saya rasa mahu kurangkan sifat buat kerja last minute. Tahun lepas antara tahun yang wonderful dalam sejarah perjalanan hidup saya. Saya pentaskan skrip saya sendiri Pra-Perkahwinan iaitu di Anugerah teater merdeka DBP dengan kawan-kawan baik saya. Mungkin tahun depan saya boleh try tulis skrip teater panjang pula. Saya berlakon dalam Mutopia arahan dan tulisan Bin Filem yang saya secara personally merasakan ia antara skrip short film paling baik pernah saya baca. Oh ya, saya juga terlibat dalam 2 lagi short film arahan Bin Filem tahun 2010 yang progresif membikin filem iaitu Perempuan, hantu dan Skandal serta yang paling cute ialah short filem Apabila Cinta Sudah Melekat, tahi Kucing rasa coklat. Saya harap tahun depan saya boleh berlakon dalam feature film dia pula. Berangan. :P

Selain itu tahun lepas saya berlakon smeula dengan kumpulan teater rimba UKM yang mula-mula mengajar saya teater secara keseluruhan. Saya bertuah dipanggil semula oleh Bung Kancil guru saya, untuk pementasan khas teater Usang yang rata-ratanya adik-adik yang tak pernah saya kenal. Maklumlah sudah banyak tahun saya tinggalkan UKM dan kemudian perlu menjejak semula panggung seni. Perasaannya bercampur-baur. Saya dengar khabar, teater Usang akan dipentaskan semula di Matic tahun ini. Saya doakan baik-baik sahaja untuk teater rimba dan Bung Kancil. Tahun lepas juga saya bertuah dapat menjadi emcee ketika Band Efek Rumah Kaca dari Indonesia datang membuat tour mereka. Terima kasih geng frinjan kerana beri peluang, kerana saya rasa ia merupakan antara press conference paling brilliant pernah saya kendalikan. Peluang bercakap dengan mereka, seperti bercakap dengan tokoh sosialis. Moga perjuangan mereka dalam dunia muzik berterusan.

Saya sudah pun merasa bertanding untuk peringkat kebangsaan atas tiket kemasukkan kumpulan kirana dengan teater Detik dari negeri Pahang untuk Festival Teater Kebangsaan 2010. Sebagai peserta import (dipelawa untuk berlakon), saya sangat gembira bertemu dengan teman-teman baru dan rata-rata adik-adik dari UMP yang sampai sekarang masih kuat ikatan persahabatannya. Walaupun ia sudah ditukar kepada format manifestasi dan bukannya pertandingan, tetapi perasaan kebersamaan, berkampung di taman budaya, berkongsi perasaan dan emosi adalah nilai yang tak boleh diungkap ketika membuat teater. Rasanya sebab tu sampai sekarang, kalau dah lama tak main teater rasa rindu tu menebal macam rindu pada suami yang pergi out-station 3 hari, sedangkan baru je menikah 2 minggu. Rindu bau pentas tu kuat. Walaupun ada insiden tak best bila berakhirnya pementasan Detik, tapi pengalaman tu akan selalu mematangkan kita. Kalau tak kita tak belajar sesuatu.

Saya start membaca puisi di majlis Rantai tahun 2007. Tahun lepas banyak juga event yang saya pergi untuk berpuisi. Antara yang terpahat ialah ketika saya baca puisi di Akar tentang kisah buang bayi yang mendapat perhatian ramai, sehingga saya dipanggil ke JB untuk perform dan menjadi salah seorang contributor untuk buku pembuangan bayi. Itu juga pertama kali saya membaca di Akar. Saya juga membuat persembahan dengan So-sound dan bereksperimen dengan mereka di Selangor Young Award Talent. Saya harap saya ada peluang membuat persembahan dengan mereka lagi. Di majlis anjuran Frinjan juga acapkali saya membaca sebab Zulhabri partner bergosip sejati saya selalu sahaja meminta saya perform. Cuma lately, saya bisik pada dia : Zul, biarlah bagi yang lain pula. Adik-adik kita ramai yang berbakat. I nak kena rehat, dah tua. Heh. Antara saya ingat ialah saya membuat persembahan pertama kali di Map KL, Solaris Duta Mas dengan dibantu Fasyali. Nampaknya ke-spontanan aksi di pentas sekali-sekala memberi kesan yang mendalam. Dengan Syali juga saya teringin berkolaborasi. Saya geram-geram dengan rebab dia, akhirnya di satu event anjuran geng UITM Shah Alam, puisi saya dilagukan bersama gesekan rebab Syali. Termakbul impian. Antara event terbesar tahun lepas ialah Malam Puisi Riong yang dibantu oleh adik saya Alis. Rasanya malam tu antara malam menggeletar saya paling dashat sebab senarai performernya memang nama-nama besar.

Tahun lepas juga saya terlibat dengan tour Fumakilla sebagai pelakon untuk memberikan awareness kepada adik-adik sekolah rendah tentang pentingnya menjaga kebersihan dan kesihatan. Saya jadi pelakon selama hampir 2 bulan dan menjelajah seluruh Malaysia. Watak saya masa tour ni ialah doktor dan cikgu. Seronoknya ialah setiap hari saya tahu yang saya perlu tarik perhatian adik-adik ni untuk faham dan terhibur dengan apa yang kami buat. Tahun lepas juga saya berlakon dalam 2 tvc iaitu untuk Kementerian Pertanian dan iklan Program Transformasi Kerajaan. Dalam tvc kementerian pertanian saya jadi surirumah dengan main castnya Nadia Mustafa. Aku juga produced satu tvc untuk kementerian perdagangan yang suck. Heh. Selain itu tahun lepas juga saya jadi speaker untuk event tour sunsilk dan tropicana twister di sekolah-sekolah. Yang paling best ialah, dapat shampoo free dan air tropicana percuma setiap kali buat talk. Kerja agak memenatkan tapi bayarannya bagus. Lagipun buat di depan adik-adik sekolah rendah dan menengah, memang fun. Sampai sekarang, adik-adik ni panggil saya : Kakak Tropika twister. Pheww.

Paling diingati sepanjang tahun lepas ialah pementasan Hegemoni yang saya sertai bersama-sama geng Paradoks. Pementasan yang paling memberi banyak pengalaman pada saya dari segala aspek. Disini saya belajar tentang bagaimana menyesuaikan keadaan, mengenal sifat dan personaliti, menimbangkan priority, dan macam-macam lagi. Sampai sekarang kalau jumpa paradoks, saya masih ada perasaan malu-malu dan segan. Mungkin sebab sayang kot. hehe. Saya anggap paradoks macam adik beradik saya. Saya harap ada banyak perkara lagi yang boleh kami lakukan bersama di masa akan datang. Saya nak ada banyak lagi memori indah dengan mereka. Oh ye, saya juga membuat performance di art installation di aswara atas jemputan Imran Yusoff. Pertama kali membuat art installation dan pertama kali di aswara yang khalayaknya rata-rata saya tidak kenal. Saya harap ada banyak lagi performance seperti ini di Malaysia. Ia satu pengalaman yang bernilai. Tahun 2010 juga saya ada direct satu karya english untuk ditonton di hadapan adik-adik sekolah rendah tentang kesedaran membasuh tangan. Play 15 minit tu buat saya bersemangat nak direct kanak-kanak kalau diberi peluang. Alhamdulilah, dapat juga saya buat semua tu bila saya diminta iring Encik Ishak Hamzah dalam persembahan beliau dalam melagukan puisi kanak-kanak. Masuk ini dah 3 kali saya direct kanak-kanak untuk play 10-15minit. Wah, perasaanya seperti tak sabar-sabar nak marah anak sendiri. :P

Saya sampai ke Kluang jadi emcee untuk satu majlis indie. Dapat lepak kat railway station dan makan roti asli Kluang. Dapat juga jadi moderator untuk sembang santai bersama Hishamuddin Rais. Abah minat dia gila-gila. Happy abah bila tahu aku akan ada satu event dengan dia. Juga antara yang diingati ialah butik online Bohemian Dreamy yang menjual dress vintage yang comel dan menawan. Hobi ni dikongsi dengan adik kesayangan, Cik Ajune saya. Oleh sebab kegilaan kami terhadap dress-dress vintage ini, maka eloklah ia dikongsikan. Semua orang pun boleh cantik. Tahun baru lalu ditutup dengan job script dari Chilli Peper yang sepatutnya esok adalah hari deadlinenya. heh. Sempat lagi mencuri menitipkan agenda 2010 disini. Sejak menulis skrip untuk program ini, rasa makin pandai pula untuk hal-hal berkaitan pertanian kat Malaysia. Kalau tak menulis untuk program ni, memanglah tak ambil port. Next week dah ada beberapa location yang aku perlu turut serta. Kerja travelling ini memang menggembirakan. Dapat travel free, dapat ber-shooting, dapat tengok tempat orang. Well, nak apa lagi? Insyaallah program ini boleh ditonton episod pertamanya pada pertengahan Januari.

Abah belikan saya net book yang dah lama sangat saya impikan. Katanya sempena hari jadi saya yang lepas. Saya terfikir, mungkin sebab saya belikan abah buku Tapai karya Hishamuddin Rais kot pada dia bulan lepas. Sekarang ni mood nak buat kerja memang betul-betul menjadi. Saya terfikir, kalaulah saya menghadiahkan abah perkara yang lebih besar seperti sebuah perkahwinan contohnya, apa agaknya yang akan saya dapat? hehe. I love you tervery much abah dearie. Yes, tahun ini juga dapat menyertai 48hours film project bersama-sama team Pelita Bambu dan dapat bermesra dengan adik-adik baru dan juga lepak lebih lama dengan Tok Rimau. It was a great experience.

Semalam di malam tahun baru dengan beberapa kawan, kami makan ikan bakar di Bagan Lalang. Kemudian lepak di tepi pantai makan kuaci dan berbual tentang macam-macam. Vovin tiba-tiba kata : Lagi 5 tahun, scene ni memang takkan ada. Scene lepak-lepak tepi pantai, makan kuaci, sembang-sembang tentang hidup. Hiba pula rasanya. Masa tu saya fikir kalaulah saya sudah berkahwin, punya anak-anak comel, saya masih lagi mahu buat perkara-perkara itu. Mungkin dengan situasi, fizikal, persekitaran yang lain tetapi dengan rasa yang sama. Insyaallah.

Begitu juga dengan perkara-perkara yang saya buat di atas. Semuanya boleh berlaku pada tahun ini. Dengan semua cara dan situasi yang baru, tetapi rasanya mungkin sama, mungkin lebih best. Mak, abah, adik-beradik, sedara-mara, teman-teman yang selalu mengkritik. Sebab saya percaya kritikan lebih baik dari pujian. Kritikan - akan pukul kita dan kita merasa sakit, tapi kita akan cepat sedar. Dan untuk kekasih yang selalu ada untuk jatuh bangun saya sepanjang 2010. Yang tak pernah melatah dengan emosinal-emosional saya, yang senyum sahaja bila saya marah, yang selalu beritahu saya : Keep on fighting sayang!, yang perlahan-lahan cuba mengadaptasi kehidupan saya, yang tak pernah jemu menemani kesibukan saya, yang tak pernah sakit telinga mendengar keluh kesah saya, yang jadi ubat untuk depresi saya, yang sayang saya lebih dari yang saya tahu. Thank you so much kekasih. Moga 2011 penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Terima kasih Tuhan untuk semua-semua ini. Hello 2011.

12 comments:

  1. soooooo sweeetttttttt. :)

    ReplyDelete
  2. amir,
    :)

    aloy,
    layak berlakon dlm fil kau ke tak? :P

    nisha,
    u too darling. :)

    ReplyDelete
  3. Aku yang tak layak nak direct dia,, skrip pun tak leh nak putuskan... kita jalan teater dulu...

    ReplyDelete
  4. wow, high profile utk indie scene. chayok2 faz!

    ReplyDelete
  5. aloy,
    oh, tak sabar. :)

    mira,
    biasa2 aje darling. profile ni utk anak2 tgk esok. mak dia membesar kat jalanan. :)

    ReplyDelete
  6. mcm membaca sebuah novel pencinta seni..chaiyok k.dik

    ReplyDelete
  7. i akan join kelab 3 siri tahun ni

    ReplyDelete
  8. zul,
    tapi u nampak muda. mcm 25. :)

    ReplyDelete
  9. faz,
    terima kasih Tuhan atas kurniaannya, hehe :)

    ReplyDelete