Tuesday, February 8, 2011

Laut sering sahaja mampu mengekspresi rasa





Perlu-Mahu

Dia mahu isteri semulia siti khadijah
sedang diri tak pernah bentang sejadah

Dia mahu isteri setia umpama Siti Aishah
sedang iman tak pernah berasah

Dia mahu isteri banyak bersabar
tapi dia hanya tahu berselimut dalam gebar

Dia mahu isteri yang tidak cemburu buta
tapi dia sendiri main kayu tiga, kadang-kadang kayu lima

Dia mahu isteri yang menjaga makan minum
tapi dia sendiri lebih rela ke Restoran Ali Maju setiap malam

Dia mahu isteri yang pandai bergaya
tapi dia sendiri ketiak bau cuka

Dia mahu isteri yang penuh ilmu
tapi dia sendiri pun malas baca buku

Dia mahu isteri yang berdikari
tapi dia sendiri pun masih bergantung dengan famili

Dia mahu isteri secantik bidadari
diri sendiri pun wajah macam tapak kaki

Dia mahu isteri yang selalu tersenyum manja
tapi dia sendiri pun 24 jam ketat muka

Dia mahu isteri yang penyayang
tapi dia sendiri sepak terajang

Dia mahu isteri hebat di kamar beradu
tapi dia sendiri lembik kaku

Dia sebenarnya tak tahu apa dia mahu
dia tak tahu apa dia perlu

*Aku bacakan ini semasa di Plore tempohari. Untuk ingatan pada diri sendiri. Kita takkan selalu dapat apa yang kita mahu. Tapi kita akan selalu boleh berusaha untuk memenuhi apa yang kita perlu. Dalam konteks puisi di atas, kita selalu sahaja berteriak tentang kemahuan dan keperluan yang mesti dipenuhi dan adakalanya meminta orang lain mendukung bersama mahu-perlu kita itu. Tapi adakah kita sedar dan peka kemahuan dan keperluan orang-orang tersayang yang berada di sekeliling kita?



Sekarang fokus untuk ini pula. Kawan-kawan ku, jangan lupa tonton ya!

9 comments:

  1. sedap ni! kau buat? terbaiks!

    ReplyDelete
  2. ...adakalanya meminta orang lain mendukung bersama mahu-perlu kita itu.

    terkesan dengan ayat awak, kakak.
    mungkin sebenarnya, kita patut mulakan dengan diri sendiri.
    sebelum minta, tanya dulu apa kontribusi kita pada yang lain.

    ily. :)

    ReplyDelete
  3. makcik setuju ngan kata -kata tu.terbaek.Memang tak semua yang kita hajati terlaksana, tapi kita masih boleh usaha.

    ReplyDelete
  4. oni,
    ye encik. :)

    al,
    :)

    nisha,
    i love u more!

    cik ina,
    usaha selalu saja ada. nak taknak aja.

    ReplyDelete
  5. selamat aku tak pernah mahu apa apa...
    kerana aku tahu aku sendiri tak pernah punya apa apa...

    nice lah faz, nak nyanyi arr kat maskara nanti...

    ReplyDelete
  6. ajin,
    touching siut! :)

    haa..buatlah melodi, nyanyikan plis!

    ReplyDelete
  7. saya berkayuh ke Teluk Cempedak hari itu dengan tiada sbrg pengetahuan mengenai apa itu PLORE. kemudian balik semula ke KL dgn rasa jatuh cinta pandang pertama terhadap aktiviti ini dan para penggiatnya. moga dpt diteruskan program sebegini, saya akan terus menyokong kalian semua ...

    ReplyDelete
  8. azizan,
    saya pula adore dgn mereka yg dtg berkayuh ke plore. sungguh hebat! meh kita saling menyokong. :)

    ReplyDelete