Wednesday, February 16, 2011

Rumah Kita



Kita cuba bina rumah di tengah lautan
Malam hari kita indah berteman bulan
Ombak tak pernah jadi halangan atau rintangan
Untuk kita rasa nikmat kebahagiaan
Tapi akhirnya kita tak sanggup dengan ganasnya sang taufan
yang meranap dan menghapus cinta kita perlahan-lahan

Kita cuba bina rumah atas gunung
Angin dan kesejukan malam menambah kasih sayang
Rumah tinggi kita seolah boleh gapai bintang
Tapi ada kalanya kita takut dengan cerun genting
Yang buat dada kita selalu bergetar panjang

Kita cuba bina rumah di dalam hutan
Jauh dari pembangunan dan kebisingan
Alam jadi pentas berdansa dan pesta keramaian
Meraikan cinta dan kemesraan
Tapi ada kalanya kita getar dengan suara binatang yang berselerakkan
Dan kita tidak sanggup selalu hidup dalam ketakutan

Sebenarnya kita tak pernah kisah apa-apa
Kita boleh berumah di mana-mana
Asalkan kita selalu bersama

13 comments:

  1. kakak,
    saya mahu rumah yang ounya dapur penuh cinta
    bilik tidur punya lengan dia sebagai bantal
    lantai tempat kami sujud bersama

    indahnya puisi kamu kakak.

    dan akak kuat bebel! heheh

    -aishah nur hakim-

    ReplyDelete
  2. aishah,
    tahan la telinga awak nanti jadi adik ipar saya. :)

    thx aishah!

    suraya,
    thx :)

    ReplyDelete
  3. awak comel sis. chomellllllll. :)

    ReplyDelete
  4. saya suka suka,, sajak awak buat saya rasa nak kawin...

    ReplyDelete
  5. fazleena : jom? hahahahahahaha.. awak dah ada calon,, tapi saya belum lagi..

    ReplyDelete
  6. Aku rasa mcm jatuh cinta dgn kau sekali lagi.

    ReplyDelete
  7. saya baru tengok.

    Jom buat video lagu ni? Pelakon dua orang budak tepi pantai.

    pasal calon...aaaa....

    ReplyDelete
  8. vovins,
    haaa.....i mmg ada plan nak buat clip video lagu ni. u direct? nakk? :)

    ReplyDelete