Friday, April 15, 2011

Sejuta Impian III



Video ini aku buat sempena pitching kali kedua di TV3 selepas video promo untuk Sejuta Impian telah menarik hati panel TV3. Sebelum ini promo video Sufian Abas yang buatkan. Ramai yang suka video tu sebab mood dia memang ala-ala pop art. TV3 very impressed. Tapi Sufian Abas sedang busy shooting untuk Filem Indie Kontradiksi arahan Vovin dan Aloy Paradoks. Jadi aku tak mahu mengganggu dia, biar dia fokus menjadi DOP. Sebab aku pun mahu melihat kejayaan filem Kontradiksi berjalan dengan baik. Sebab aku pun terlibat sebagai salah seorang pelakon dalam filem itu. Tentang Kontradiksi nanti aku cerita lain kali. Kita sama-sama doakan filem itu berjalan seperti yang dirancang. Insyaallah.

Jadi selepas diberitahu yang aku harus buat second pitching di TV3 dengan masa tak sampai 5 hari, aku terus dapatkan adik aku Epul yang selalu tolong aku menjadi DOP dan editor. Nasib baik dia pun tak berapa nak busy. Aku pinjam camera abah dan ajak Faliq (kawan ajun) untuk tolong jaga audio. Alhamdulilah, mereka dua orang ni selalu susah nak tolak permintaan aku. Kami pun shoot sedikit sedutan ketika penggambaran filem Kontradiksi di set mereka di wangsa Maju. Kebetulan aku pun ada scene hari tu. Aku pun bergegas jumpa abang Ryo yang akan selalu ada untuk brainstrom tentang creative dan konsep keseluruhan. Aku duduk dengan dia untuk bincang treatment dan dia janji akan buatkan logo untuk program tu nanti. Bertuah betul rasanya. Ada orang yang berada di sekeliling untuk tolong. Dan inilah orang-orang yang akan menjadi tulang belakang jika impian ini berjaya direalisasikan nanti. Sehari sebelum pitching kami siapkan editing dan abah tolong aku kemaskan slide presentation untuk dibawa ke TV3 beberapa jam sebelum ke sana. Kekasih ada kerja di Litar Sepang, dan aku ditemani angle-ku Cik Byezura ke sesi pitching itu. Semua orite. Geng-geng TV3 siap kata : Nampak awak betul-betul nak ni! Mestilah. Aku sebenarnya pernah pitching idea ni 2 tahun lepas kat RTM, tapi tak dilayan. heh. Kali ni aku harap ianya betul-betul jadi kenyataan.

Hujung minggu ni, ahad 17hb (ahad) aku kena present video dan proposal depan panel-panel berwajib salah seorangnya Norman KRU. Aku kena datang dengan team. Kawan-kawan yang ada area Shah Alam, bolehlah datang Studio NTV7, Glenmarie jam 12tengahari untuk memberikan sokongan. Ini untuk tv recording. Tanda sokongan dari anda semua sangatlah dihargai. Seperti kata Zulhabri :- You la satu-satunya wakil perjuangan kita di Sejuta Impian Faz. :)

8 comments:

  1. gudlak2. nmpaknya lagu2 primary bakal menggegar. huhu..

    ceh pipi nk jugak intrframe. haha.

    ReplyDelete
  2. kakak!!!!
    im sooo pround of you!

    all the best! :D

    ReplyDelete
  3. orang lidi,
    lagu2 diorang mmg best pun. :)

    gunx,
    thanks. :)

    anith,
    tq very much yang. :)

    ReplyDelete
  4. Good luck Faz... At least biar TV3 tahu seniman kecilan juga punya impian yang bbbbeeeessssssaaaarrrrrr!

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...