Pernah berada pada satu keadaan dimana --- segala-galanya kelihatan sempurna, tetapi kau tak rasa happy? Makan pakai cukup, duit ada, boleh pergi mana kau nak pergi, masa flexible dan kau tak sakit atau desperate. Kau juga dikelilingi bersama orang-orang yang kau sayang. Tapi kau tetap tak happy. Kau happylah, tapi happy yang dibuat-buat.
Sejak dua menjak ni saya rasa begitu. Bangun pagi pandang syiling, termenung lama kemudian mengeluh. Tengok handphone, update apa yang patut, baca apa yang perlu, kemudian termenung lagi. Bangun mandi, layan kucing, masak, makan, buat kerja-kerja yang tak selesai, tonton wayang atau dvd dan kemudian waktu malam minum bersama kawan, atau tengok tv di rumah saja. Masa banyak terisi dengan main handphone nampaknya. Entah apa hantu teknologi yang dah masuk dalam minda manusia kini. Handphone seperti melekat dengan tangan. Kebergantungan yang maha hebat.
Macam-macam perasaan yang muncul. Mix feeling. Saya rasa buntu, lesu, cepat marah, stress dan serba tak kena. Saya jenis orang yang tak boleh terlalu lama berada dalam satu situasi tertentu, tanpa berbuat apa-apa perkara baru. Saya perlu cari perkara-perkara atau aktiviti yang berbeza agar hidup saya lebih bermakna. Istilah 'hidup' bagi saya adalah melakukan banyak perkara dari duduk saja. Saya selalu cuba create dan cari benda-benda baru yang boleh saya buat, agar jiwa rasa hidup dan happy.
Sampai satu tahap, keselesaan akan membunuhmu. Membunuh saya, dan membunuh orang-orang yang rapat dengan saya. Rutin membuatkan kita rasa selesa dan tidak mahu mencabar diri kita untuk explore hidup. Kehidupan kita jadi statik. Tiada naik turun. Kita tak melihat perspektif yang baru setiap hari. Kita hanya mempertahankannya, tetapi tidak menambahbaik kualitinya.
Jadi saya seboleh-bolehnya cuba mengubah rutin saya. Kami bangun seawal pagi, breakfast di luar, pergi pasar pagi beli ikan segar, jogging di waktu petang, tukar kedudukan perabot dalam kamar tidur, kemas rumah bersama, mandikan kucing kami bersama, melakukan pekerjaan (menulis kebiasaannya) di cafe atau di mana-mana tempat yang menarik, mencuba tempat makanan baru, memasak makanan yang tak pernah dicuba, plan percutian dan berusaha mencari kebaikan-kebaikan kecil yang boleh diberi kepada makhluk, binatang atau apa saja setiap hari. Ye setiap hari.
Saya dapat merasakan yang adrenalin saya kembali mendesah. Senyum sudah mula terpakai kembali di wajah. Cinta saya semakin besar dan merah.
Saya bersyukur kerana punya pasangan hidup dan orang tersayang yang faham dan mahu bersama saya dalam misi membunuh rutin yang melesukan. Kami berdua belum lagi di anugerahkan oleh Allah SWT cahayamata, ini juga mungkin menambah kelesuan rutin yang ada, namun itu juga bukanlah alasan. Allah SWT tidak membiarkan kita mengeluh dan mengaduh tentang impian yang belum kesampaian. Namun Dia minta kita berusaha, bukan sekadar redha dan terima.
Hidup perlu diraikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Dia kata; Hijau bukan warnanya Sebab dia perlu maju ke hadapan itu dia tidak setuju Kuning juga bukan pilihan kerna dia harus bersedia unt...
semuanya benar dan jelas..hidup perlu sentiasa diraikan.
ReplyDelete