6 filem pendek yang berdiri sendiri. Tiada hubungan antara
satu sama lain. Kecuali temanya. Tentang bagaimana dendam menguasai manusia.
Bagaimana seseorang individu melepaskan kemarahan dan kekecewaannya dan
bagaimana pula mereka mengawalnya.
Cerita dibuka sebagai intro atau iklan seolah memberitahu
bahawa kita akan berhadapan dengan filem yang intense dan menekan. Seorang
wanita menaiki pesawat dan di dalamnya ia berbual dengan seseorang yang duduk
di sebelahnya, yang mengenali bekas kekasih yang pernah ditinggalkan. Hampir
semua orang dalam kapal terbang itu mengenali bekas kekasihnya bernama
Pasternak. Pasternak menjadi mangsa dalam kisah setiap dari mereka. Tiba-tiba
mereka semua menyedari bahawa tiket kapalterbang yang mereka naiki itu
diberikan oleh seseorang secara percuma. Kebetulan. Tiba-tiba enjin
kapalterbang bermasalah. Dalam kekalutan ia menjunam ke bumi.
Intro pun dah gila kan? Okay kisah pertama tentang seorang
pelayan di sebuah restoran yang didatangi seorang lelaki yang merupakan mimpi
ngerinya. Lelaki tersebut pernah menyebabkan kematian keluarganya sewaktu dia
kecil. Dengan gaya yang kurang ajar dan sombong lelaki itu mahu pelayan
menghormati dan melayannya dengan baik. Pelayan itu buntu dan bercerita dengan
seorang teman atau tukang masak di dapur. Perempuan tua tukang masak itu dengan
selamba, meminta pelayan itu letakkan racun tikus ke dalam makanan si gangster
tadi. Inilah masanya. Pelayan itu tak buat begitu walaupun di desak oleh wanita
tukang masak. Akhirnya tanpa pengetahuan pelayan wanita itu, tukang masak
masukkan juga racun tikus ke dalam makanan lelaki gangster tadi. Pelayan wanita
itu cuba menghalang dan terkejut, namun nampaknya tidak terjadi apa-apa yang
buruk. Lelaki itu makan dengan tenang. Mereka sedar bahawa racun tikus itu
mungkin sudah expired. Kemudian anak lelaki gansgter itu datang join bapanya
makan. Dia tiba-tiba rasa sedikit tidak selesa pada perut dan tekaknya. Wanita
pelayan itu rasa tidak adil jika anak gangster itu yang mati, dia pergi
hentikan dan terbalikkan meja makan. Lelaki gangster marah dan memukul wanita
pelayan. Tiba-tiba datang tukang masak dan menghunus parang ke dada lelaki
gangster. Beliau mati. Darah memenuhi restoran. Polis menangkap tukang masak.
Pelayan dan anak si gangster buntu dan sedih.
Kisah kedua boleh kita relate dengan cerita kita dan
masyarakat ketika di jalanraya. Seorang lelaki korporat bergaya memandu kereta
mewah di sebuah kawasan gunung-ganang. Yang tak banyak kereta lalu lalang.
Dalam perjalanan dia dihalangi oleh sebuah kereta marhein yang buruk dan
berkarat seolah-olah mempermainkannya. Bila dia mahu memotong ke kanan, mamat
kereta buruk melencong ke kanan. Bila nak ke kiri, dia juga ke kiri. Lelaki
korporat merasa marah dan kemudian setelah berjaya memintas lelaki marhein, dia
sempat tunjuk fuck dan memaki mamat tu. Muka mamat tu selamba saja senyum
sinis. Benda nak jadi, tiba-tiba tayar belakang kereta lelaki korporat pancit.
Dia berhenti betul-betul di tepi sebuah jambatan. Dia call tow truck sebab buntu
nak menukar tayarnya sebab kereta itu baru saja dibeli. Sambil menunggu dia
menukar juga tayar itu sendiri. Ketika nak masukkan skru terakhir mengetatkan
tayar, kereta mamat marhein tiba. Dia yang kalut terus masuk ke dalam kereta.
Mamat itu marah dan kata dia pengecut. Tanpa disangka, mamat itu ambil spanar
dan ketuk cermin depan keretanya. Tapi sebab kereta mahal, tak pecah. Dia juga
buka seluarnya, berdiri atas depan kereta mahal lelaki korporat dan berak
atasnya. Eyew, disgusting gila. Dia tambah lagi dengan kencing. Lelaki korporat
hanya mampu menjerit-jerit dalam kereta, tapi sedikitpun tak dipedulikan. Mamat
marhein terus masuk dalam keretanya. Tapi belum sempat keretanya bergerak,
lelaki korporat start enjin keretanya dan menolak kereta mamat marhein yang ada
di depannya jatuh ke bawah jambatan. Hampir masuk ke dalam air. Lelaki korporat
boleh saja terus pergi meninggalkan mamat marhein yang sudah cedera parah di
bawah jambatan, namun rasa dendam terus mengusainya. Ketika mamat marhein cuba
naik dari bawah jambatan ke atas, dia mahu mengejar lelaki korporat, lelaki itu
meusingkan keretanya dan cuba melanggar mamat marhein. Ketika dia cuba membelok
untuk melanggar mamat marhein, keretanya dengan tayar yang tidak stabil
tersasar. Dia terus masuk ke bawah jambatan tempat yang sama kereta mamat
marhein berada. Mereka bergelut sehingga akhirnya kereta mereka berdua
terbakar. Ketika tow truck sampai, mayat mereka hangus berpelukan.
Cerita ketiga tentang seorang engineer perobohan yang
terlepas harijadi anak perempuannya kerana terpaksa membayar saman dan
keretanya di tarik kerana berada di petak kuning. Walaupun sebenarnya kereta
beliau tidak salah dan tak berada di petak kuning. Beliau dipaksa bayar saman
walaupun tidak bersalah, dia mengamuk di kaunter pembayaran dan ini mendapat
liputan media meluas. Ia mengakibatkan dia hilang pekerjaan, hubungan dengan
isteri berantakan dan seperti dirundung malang yang berpanjangan. Setelah
beberapa minggu beliau menggunakan kepakarannya dalam hal-hal perobohan dengan
menggunakan bom dinamit untuk menyedarkan birokrasi saman yang tak menentu di
daerahnya. Dia dipenjarakan, namun masyarakat mengangkatnya menjadi hero.
Kisah seterusnya mengenai seorang hartawan dikejutkan oleh
anak lelaki remajanya yang telah melanggar lari seorang perempuan hamil. Dia
dan isteri mahu menyorokkan perbuatan anak lelaki itu dengan mengupah
pekerjanya untuk mengaku melakukan kesalahan itu dengan menawarkan sejumlah
wang yang besar. Seorang peguam yang sudah berkhidmat bertahun-tahun
membantunya menyelesaikan masalah itu dengan merasuah polis yang hadir dan tahu
bahawa anak lelakinya itu yang melanggar lari bukan pekerja yang diupah dan tidak
bersalah itu. Keadaan semakin genting apabila peguam dan polis itu meminta
bahagian yang lebih besar untuk bersubahat. Pergaduhan terjadi, dan hartawan
itu merasa tidak adil dan mahu berkompromi sejumlah wang yang terlalu besar
untuk diberikan sekadar menutup mulut dan anaknya tidak dipenjarakan. Sehingga
akhirnya isteri hartawan cube mententeramkan keadaan dengan berbincang agar
wang pertaruhan dikurangkan dan setiap orang mendapat hak sama-rata. Ketika
dibawa keluar dari pintu rumah hartawan, media, polis dan orang awam sudah
ramai berkumpul untuk mengetahui siapakah yang menyebabkan kematian wanita
hamil yang tidak bersalah. Sejurus gate di buka, kita nampak watak pekerja yang
diupah untuk menyembunyikan kisah sebenar dan mengaku bersalah melakukan kesalahan
melanggar lari itu digari. Cerita dihabiskan dengan suami kepada wanita yang
mati itu menghampiri watak yang digari dan memukulnya dengan benda keras.
Di malam resepsi perkahwinan sepasang pengantin baru
diraikan di majlis yang penuh gilang-gemilang. Kisah penutup dari keseluruhan
filem ini. Pengantin wanita itu paling gembira dan asyik ketawa sepanjang
majlis sehinggalah dia dapat tahu sendiri bahawa skandal atau mungkin bekas
teman wanita suaminya itu ada dalam majlis itu. Paling menyakitkan bila dia
cuba bertanya pada sang suami, adakah dia pernah tidur dengan wanita itu, dia
seolah-olah mengangguk iya. Wanita itu kecewa dan naik ke atas bumbung hotel
tempat mereka diraikan. Menangis hiba. Seorang lelaki yang merupakan tukang
masak secara kebetulan sedang merokok di atas bumbung cuba menenangkan dan
menyakinkan bahawa, segala-galanya akan ok. Dia cuma perlu move on. Wanita yang
sangat kecewa itu, terus memeluk lelaki itu seolah seorang malaikai diturunkan
kepadanya untuk memberikan motivasi. Ketika sang pengantin lelaki tiba di atas
bumbung, dia ternampak isterinya sedang berasmara dengan tukang masak yang
entah siapa-siapa itu. Sebelum dia marah, isterinya itu terus memaki hamun
dengan agresif seperti mendapat kekuatan dalaman yang luarbiasa. Kemarahan,
sikap agresif dan hyper itu di bawa sehingga ke bawah. Dia turun semula ke
majlis itu dan cuba berlagak seolah tiada apa yang terjadi dengan menari-nari
tak berhenti, memasang lagu, meminta kawan-kawan turut sama menari bersamanya.
Suaminya pelik dan keliru serta buntu dengan kejadian di atas bumbung tapi
terpaksa melayan kerenah isterinya itu. Majlis menjadi kucar kacir apabila
pengantin perempuan yang sedang disampuk hantu itu menarik skandal suaminya dan
meminta dia menari bersama. Dia kemudian melepaskan perempuan itu ke dinding
kaca dan wanita itu cedera parah. Walaupun keadaan di majlis itu sudah seperti
acara pergaduhan yang hebat, namun tetamu tidak berganjak. Akhirnya sang suami
seperti memujuk kembali isterinya dengan menangis dan menari bersama. Mereka
turut melakukan sex di saksikan tetamu yang hadir.
Pengalaman menonton filem ini memang sentiasa dalam keadaan
berdebar-debar. Tertekan gila. Pengarahnya Damian Szifron mengambil analogi
haiwan dan manusia dalam filem ini. Beza haiwan dengan manusia ialah–manusia
boleh mengawal kemarahannya. Binatang tidak. Apabila manusia itu tak boleh
mengawal lagi, dia mungkin bertindak seperti binatang. Dendam selalunya
berakhir dengan tragedi. Sebab itu kemaafan sangat bernilai di tengah
kecelaruan manusia zaman ini. Segala-galanya pantas dan menyesakkan. Semua
orang selfish. Semua pun mahu jadi juara. Semua mahu ambil kesempatan. Cinta
tak lagi menyelamatkan. Kasih sayang datang dari rasa kasihan. Penderitaan
menyala-nyala dalam jiwa setiap insan. Kegembiraan hanya lakonan.
Jantung aku berdenyut laju menonton filem ini dari awal
sampai akhir. Aku boleh relate dengan setiap jalan ceritanya walaupun aku
takpernah berhadapan dengan situasi dalam setiap kisahnya. Tapi aku boleh
connect dengan emosi dari setiap watak dan pemainnya. Aku cuba letakkan diri
aku dalam keadaan mereka. Kalau satu hari nanti aku perlu menyelamatkan
siapa-siapa saudara atau adik kandung aku, atau insan-insan kesayanganku yang
telah melakukan kesalahan. Apakah aku sanggup melakukan jenayah atau paling
tidak menyembunyikan kesilapan mereka sehingga menggadaikan kemanusiaanku? Atau
satu hari aku diberi kuasa untuk membalas dendam pada sesiapa saja musuh atau
orang yang aku benci dan melihat mereka merana suatu kegembiraan buatku? Kita
semua manusia-manusia terdesak yang mahu mencapai secebis kebahagiaan dunia,
tapi adakah kita sanggup menanggung derita dari setiap tragedi hidup yang
menduga kita? Wallahualam.
Kerana itu Allah memberitahu kita agar jangan marah dan
sentiasa sabar ketika menghadapi dugaan hidup. Memberi hukuman bukanlah tugas
kita sebagai manusia. Pembalasan dan dendam tinggalkan pada Tuhan menentukan.
No comments:
Post a Comment