Dia seorang penulis. Ada sebuah buku bestseller.
Karya yang dia tulis di dalam sebuah blog untuk kekasihnya, dibukukan dan
kemudian meletup-letup di pasaran. Ke mana saja dia pergi, semua orang
mengenalinya sebagai penulis yang empati. Tulisannya kena tepat ke dahi. Begitu
realiti. Menyentuh hati dan penuh dengan motivasi. Perempuan-perempuan
memanggilnya bidadari. Wahai penulis bidadari, terimakasih kerana menciptakan
mimpi dan memusnahkan fantasi. Itu yang mereka kata. Dia tak tahu nak respon
apa. Dia selalu terngadah dan senyum saja. Dia takpernah sangka. Puisi-puisi
yang dia tulis untuk kekasihnya itu memberi rasa pada sesiapa. Tetapi tidak
kepada kekasihnya sendiri. Lelaki itu tidak pernah membaca apa-apa. Tidak
membalas rasanya. Dan tidak pun tahu kewujudan tulisan-tulisannya. Kekasihnya itu vokalis Cold Play, Chris Martin. Yang hanya tahu membisikkan
padanya;
"Life will guide you home
Light ignite your bones
and I will try to fix you."
Dan setiap kali dia gagal atau patah hati, dia
tahu bagaimana cara untuk memulihkannya.
No comments:
Post a Comment