Monday, July 4, 2016

Goda by Fazleena : Sebuah eksperimen yang tiada penghujung.

Menjadi seorang peniaga-nita tidak pernah menjadi sebahagian dari senarai impian aku. Aku cukup faham tentang diri aku yang amatlah tak pandai berdagang. Jual-beli, promosi, pengiklanan, masuk-keluar duit, aku sesungguhnya gagal. Aku pernah cuba-cuba meniaga ikut kawan-kawan dan abah buat MLM, tapi sekerat jalan. Awal-awal saja semangat, lepas tu lingkup. Kerajinan aku tak konsisten. Bila aku kaji semula, aku buat semua tu sebab orang suruh. Sebab nak jaga hati orang. Aku tak betul-betul minat pun nak meniaga semua tu. Aku cuma mahu cuba-cuba. Kesimpulannya kalau kita sekadar mahu cuba-cuba dalam meniaga, hentikanlah. Kita akan buang banyak masa kita dan menyusahkan orang lain. Segala benda yang kita nak buat mesti ada passion, mesti. 

Goda by Fazleena sudah didaftarkan sebagai sebuah syarikat enterprise pada bulan Ogos tahun lepas. Aku sendiri pun tak sangka. Akhirnya aku setuju untuk membina sebuah perniagaan kecil-kecilan bersama Amar. Aku fikir perniagaan batik paling secocok denganku. Aku bukanlah penggemar batik sejak dari kecil. Sudah dewasa baru minat pada batik bercambah. Ia secara tiba-tiba saja. Bila aku membuat persembahan pentas, aku suka menggunakan eleman batik sebagai aksesori di badan aku. Aku percaya ia mengalir secara semulajadi pada jiwa aku, juga muzik dan melodi kugiran kami Fazleena & The Lasykar. Ia seolah gabungan yang serasi. Apatah lagi latarbelakang ahli lasykar semua terlibat dengan seni dan budaya. Pengaruh batik secara taklangsung memberikan kami kesatuan dan semangat ketika berpentas. Setiap kali aku menyarungkan pakaian batik yang aku reka sendiri dengan kain yang aku beli di mana-mana saja aku travel, pasti ada yang akan bertanya. Beli kat mana skirt tu? Cantik design baju batik you, ada jual tak? Pertanyaan ini sebenarnya menyumbang banyak saranan kepada aku untuk berkongsi perkara yang aku suka kepada mereka yang berminat. Akhirnya setelah berbincang dengan Amar, kami akhirnya mengambil keputusan untuk mengeluarkan produk batik kami sendiri dengan nama Goda by Fazleena. 

Aku selalu melihat setiap perkara dengan permasalahan-permasalahan yang melingkarinya. Aku percaya dengan melihat masalah, kita akan berusaha mencari solusi atau sekurang-kurangnya berusaha menanganinya dengan pelbagai cara. Aku sendiri belum berjaya, masih merangkak dan banyak lagi harus belajar. Entry ni aku tulis untuk ingatkan diri aku sendiri. Di sini aku kongsikan, bagaimana Goda by Fazleena tercetus, kenapa batik menjadi pilihan dan bagaimana aku belajar menguruskannya.

1) Pilihlah perniagaan yang unik dan tersendiri. Terlalu banyak perniagaan online. Terlalu banyak sehingga kau kena bersaing untuk menjadi yang terbaik. Paling tidak, ia harus berbeza dengan segerombolan yang ada. Kau wajib mencari satu perniagaan yang mempunyai identiti tersendiri. Aku lihat trend perniagaan online ini diambil ringan oleh peniaga. Ini kerana wujud banyak pusat barangan pukal seperti Kenanga Whole Sale yang menawarkan barangan yang boleh dibeli pukal dengan harga murah. Di KL saja entah berapa ramai peniaga yang ambil barang di Kenanga. Itu tak termasuk membeli di Times Square, Sungai Wang yang juga menawarkan corak niaga yang sama. Aku pernah pergi ke beberapa kedai yang beroperasi secara online yang aku tahu di instagram, juga menjual barangan yang sama. Paling tidak mereka akan oter sana sini, kemudian claim baju itu dengan label mereka. Tadaaaaa. Siap! Dan dijual dengan harga yang mungkin 2-3 kali ganda dengan yang dijual di Kenanga. Aku dulu ada beli baju-baju ni, tapi sorry to say, kualitinya teruk. Sekali pakai, lepas tu berbulu la kiri kanan. Jadi aku fikir, memiliki perniagaan yang begini bukanlah jiwa aku. Aku takkan berdagang sesuatu yang aku sendiri tak suka. Itu prinsip. Perusahaan batik di Malaysia baik dan berkembang. Cuma apabila aku kaji balik, pakaian batik di Malaysia hanya menjadi alat perlancongan dan dipakai oleh minoriti. Ia tidak berakar umbi kepada setiap generasinya. Pemakai batik rata-rata para elitas, bapak menteri dan orang tua. Batik tak dilihat cool oleh anak-anak muda. Mungkin ada banyak faktor. Antaranya ialah –harganya yang mahal, dipakai hanya ketika hari khamis untuk pekerja gomen, atau sesekali ke kenduri kahwin. Aku kaji juga, tak banyak online shopping yang mengambil risiko menjual batik secara meluas. Jadi inilah antara penyuluh yang membawa aku ke kancah dunia batik pada awalnya. Aku yakin, dengan segala permasalahan di atas, aku perlu menyediakan platform untuk batik mula dihargai. Dan yakin bahawa batiklah destiny aku. Gittew.

2) Melakukan brainstorming. Takde yang senang untuk senang. Perniagaan adalah perlaburan jangka masa panjang. Kalau buat untuk sehari dua saja, berhentilah. Itu yang aku selalu fikirkan sebelum betul-betul menubuhkan Goda. Kami berbincang berbulan-bulan, memikirkan nama saja siap bergaduh laki bini. haha. Segalanya harus ada pro dan kontranya. Segalanya perlu ada makna. Kami berbincang dengan rakan-rakan. Minta pendapat mereka. Aku percaya brainstorming adalah sangat-sangat penting untuk setiap perkara dalam hidup ini. Kau takkan boleh hidup dengan pemikiran sendiri saja. Aku duduk dengan kawan-kawan yang sudah sukses dalam perniagaan mereka. Di kiri kanan kita ada saja kawan yang boleh kita cedok ilmu mereka. Jangan bodoh sombong. Bertanya dan mintalah resepi kejayaan mereka. Sebelum kami buat laman sosial; instagram, facebook, kami daftarkan Goda di SSM dulu. Bila dah daftar, kau tahu yang kau perlu serius. Itu penting untuk menunjukkan bahawa kau menumpahkan komitmen kau di situ. Kemudian kami buat logo, ke Jogja membeli kain, mencari tailor (ini memang sukar sekali), mengadakan photoshoot (ya, ini juga penting) dan mengadakan promosi. Semuanya perlu dilakukan dengan perbincangan. Juga dengan bantuan kawan-kawan. Tanpa kawan-kawan semua aku tentu takkan boleh membina perniagaan ini. Kawan-kawan yang selalu ada seperti Thom dan Hilmiwee (designer), Sufian Abas (jurufoto rasmi), Epul (perunding/penasihat), Leman (tugas-tugas khas) dan teman-teman yang selalu volunteer nak jadi model. Aku dan Amar bersyukur mempunyai barisan sahabat yang selalu ada menyokong kami. Semoga Allah saja yang bisa membalasnya.

3) Instagram rasmi. Jangan campur-adukkan instagram yang menguruskan dan mempromosikan perniagaanmu dengan benda-benda lain. Ini aku belajar dari banyak artikel keusahawanan dan saranan kawan-kawan sendiri juga. Jangan instagram bisnes kita serabut dengan benda-benda lain. Asingkan terus. Jangan campur dengan bisnes lain atau perkara personal. Ia sepatutnya hanya menjual, mempromosi dan mengurusi produk itu saja. Segala aktiviti yang tiada sangkut-paut dengan perniagaan janganlah mengada-ngada nak pos. Dan selalulah update instagram itu dengan iklan produk kita. Jangan biarkan dia berkulat. Selalu ada progress. Supaya pelanggan kita tahu yang perniagaan itu aktif. Atas saranan kawan-kawan juga, aku dalam perancangan membuat sebuah website untuk Goda. InshaAllah. Coming soon. Ia akan memudahkan pelanggan untuk melihat produk dan menyemak info. Ya, itu sepatutnya kami buat lebih awal. Cuma kami belum cukup duit untuk buat portal. Namun bila memikirkan keperluannya, kami kena berkorban. Harus. Aku yakin dengan segala macam kebaikannya akan banyak membantu kami nanti.

4) Jangan malu mempromosi. Ha ni memang masalah aku. Aku segan sebenarnya nak promo orang beli benda aku jual. Tapi bila sudah berkecimpung dalam bisnes, malu kena letak tepi. Ada banyak cara aku perhatikan orang melakukan promosi. Kita kena cari cara yang terbaik. Kelebihan menjual clothing ialah kita boleh menggayakannya sendiri. Aku sentiasa pakai produk aku sendiri ke mana saja. Membuat persembahan, pergi forum, lepak kedai mamak pun aku pakai cardigan aku sendiri. haha. Promosi secara taklangsung ni perlu ada kemahiran. Supaya kita tak nampak malu dan nampak terdesak menjual sangat. Jadi kita pakai sendiri semua produk kita. Amar pun pakai juga setiap kali ada keramaian atau event seni. Kami selalu tampil berbatik bersama. Jadi perlahan-lahan, kita branding diri kita sendiri dengan clothing line kita. InshaAllah, dengan cara itu orang akan bertanya dan mencari apa lagi produk yang kita jual. Pokoknya, jangan malu dan perlu konsisten melakukan promosi. Kalau hari ni promo, lepas tu 3 bulan kemudian baru nak promo lagi, selamat tinggallah. Manusia senang terlupa. Jadi kena selalu kasi ingat. Selain pakai sendiri, ada macam-macam cara lagi. Buat video yang menarik, kalau ada kawan-kawan media, minta tolong promo di mana-mana saluran, dan bagilah pada rakan-rakan selebriti untuk pakai. Jangan kedekut.

5) Sentiasa menambah-baik perkhidmatan dan produk. Aku dan Amar bermula dengan perlaburan yang sangat kecil. Jujur, kami sendiri tiada begitu banyak duit untuk membuat sebuah production yang besar untuk perniagaan ini. Setelah melihat perkembangan dan sambutan yang baik terhadap produk batik ini, maka kami tambah sikit nilai production. Setiap kali, begitulah. Sampai sekarang kami belum betul-betul boleh berlapang dada. Maksudnya masih belum stabil. Keluar masuk wang masih belum ada keuntungan yang sepatutnya. Tapi kami happy dengan perkembangan perniagaan ini. Alhamdulillah cukup apa adanya. Namun perniagaan harus grow. Itu yang kawan-kawan kami yang sudah sukses selalu bisikkan. Jadi perlu pastikan produk itu kekal berkualiti dan baik sebelum dijual. Kami juga sentiasa memikirkan cara terbaik untuk mengurusi kain yang di ambil di Indonesia. Pos, penghantaran dan kewangan. Segalanya. Disamping itu kami juga perlu tahu trend dan fesyen terkini untuk terus melakukan inovasi dalam produk-produk kami. Itu penting sekali. Aku ni bukannya belajar fesyen. Tapi kami berdua perlu tahu taste dan trend anak muda sekarang. Cuba menggabungkan gaya kontemporari dan klasik pada satu masa yang sama. Sukar, tapi ia mencabar. Cabaran tu seronok. Akan datang aku perlu dan wajib mencari designer tetap, untuk berkreativiti bersama aku. Sebelum-sebelum ini aku reka sendiri saja. Tapi untuk grow, aku perlu berkongsi dan menyerahkan pada mereka yang lebih arif. Hidup ini bukan tentang kita saja. 

6) Treat pelanggan dengan kasih sayang. Apabila aku bersetuju untuk membina empayar perniagaan ini, aku tahu aku harus memberikan sepenuh kasih sayang dan kesungguhan terhadapnya. Begitu juga dengan cara melayan pelanggan. Aku sayang dan kasihkan pelanggan yang membeli produk Goda dengan sepenuh hatiku. Aku tahu mereka membeli kerana suka dan percaya produk itu akan memberi sesuatu yang bermanfaat dan berbaloi untuk mereka miliki. Aku sendiri menghantar COD terus kepada pelanggan aku. Beramah-mesra dengan mereka. Tak pernah berkira untuk menuliskan ucapan-ucapan, jika mereka perlukan sebelum dihantar. Ia perasaan yang indah dan peribadi. Aku happy bila mereka sanggup membeli produk aku berkali-kali. Rasanya sungguh istimewa. Kita berurusan dengan manusia. Treatlah mereka seperti mana kita suka dihargai. Perniagaan ini merapatkan silaturrahim aku dengan insan-insan yang tidak aku kenali secara peribadi. Aku harap dengan cara ini, aku secara tidak langsung memberi dan berkongsi atas nama kemanusiaan. InsahAllah. Keuntungan jatuh no dua, yang penting produk itu memberi nilai yang jauh lebih besar dari sekadar wang. Persaudaraan, persahabatan dan tentunya kemanusian. 

7) Bermain dengan serius. Aku beruntung kerana Amar ada untuk menyokong segalanya dari awal. Aku kadang-kadang kalut dan mudah tertekan. Tapi Amar lebih suka bermain-main. Kadang-kadang kita lupa bahawa, hidup ini sementara saja. Segala yang diberikan pada kita semuanya pinjaman. Kalau kita hanya terdesak memikirkan keuntungan dan mahu segala-galanya tampil sempurna, kita terlupa untuk bergembira. Amar selalu menjadi sisi 'main-main' yang kadang-kadang annoying juga. Dia ingatkan aku supaya berniagalah dengan gembira. Have fun! Jangan tertekan. Jadi kami menjadikan perniagaan ini tidak terlalu proper (bersyarat bagai), ia lebih friendly dan dekat di hati. Gittew. Dari kecil kita disekat oleh banyak perkara, bila dewasa kita dibeban dengan tanggungjawab yang besar untuk dipikul, tapi bila kita ada perniagaan kita sendiri, jadilah bos yang kita mahu jadi. Be fun dan bermainlah dengan serius. 

8) Jangan mudah give-up. Sudahkan apa yang kita mulakan. Titik. 

Aku sebenarnya ingin mengucapkan berbanyak terimakasih kepada sekian ramai yang telah menyokong dan membantu kami membina perniagaan ini. Aku terkejut dan terasa begitu rendah hati kerana editor daily seni sudi menulis tentang Goda di website mereka. Sebuah kejutan yang amat bermakna. Penulisnya Derick, seolah menterjermahkan segala isi hati aku. Segala prinsip, teori dan kenapa aku mengambil inisiatif menubuhkan Goda by Fazleena ditulis dengan begitu sempurna dan tepat. Aku bersyukur ada insan lain yang dapat melihatnya. Penulisnya tak call atau mengatur temubual dengan aku. Dia cuma membaca segala review dan membuat kajiannya di instagram kami dan menulis dengan interpretasi sendiri. Terimakasih. Aku begitu menghargainya. Di sini aku turunkan artikelnya :

THERE’S something that speaks volumes about the visuals conjured by boutique fashion line Goda. Showcasing batik prints across women and men’s clothing, Goda brings us back to the good old days long before Arabisation hit Malaysia like a disease; the days when delicate, ancient motifs of flora and fauna adorn the fabric protecting one’s body.

Formed last August, Goda is the brainchild of young artist Fazleena Hishamuddin, who’s been building a name for herself in Malay theatre. Summarising the collection as depicting “Pesona Nusantara” (“Nusantara Charm”), Fazleena too injects her own flair for storytelling into the project.
Her designs aren’t mere cuts and patterns; they’re characters from the landscape which gave rise to Southeast Asian heritage and traditions. The simple yet elegant Skirt Mahadewi for example boasts the mythical figure of Arjuna as its defining motif.

Arjuna is a crucial figure in shadow puppetry, often depicted as a quietly contemplative wanderer with a heart of gold. His defining characteristic however is his soft, easygoing nature, and his aversion to force — the very traits which Goda aims to extoll through the skirt.

On top of original creations, Goda once also sold pre-loved clothes sourced from Indonesia. Their limited edition Goda Klasik range put back a curated selection of used apparel on the market. From kebayas to shirts and skirts, Goda Klasik aimed to bring their new owners back in time, so they may connect with the past through  nostalgia and appreciation for good, lasting design. Because guys, imagine what a colourful, mysterious world this could be if batik were the new black!
One brilliant thing about Goda is its accessible prices. The Goda Klasik line rarely exceeds RM40 per item, while men’s shirts and one-piece Indonesian flair dresses called dasters go for RM70.

Also worthy of a mention is the Adiratna Clutch, which is a mere RM40 and comes in a plethora of designs. Purse first? But know you can also celebrate Raya in style with Goda Lebaran, the latest range in conjunction with raya season! The latest series, launched yesterday, comprises kebayas, tunics and palazzos for a contemporary take on nusantara fashion.

Their Tun Fatimah ensemble which comprises a peplum and palazzo, was inspired by Tun Dr. Fatimah Hashim — an important female figure who fought for women’s rights in Malaysia particularly with respect to their education and careers.


There’s plenty to seek out from Goda, and we’ll leave it to you to find out from their Instagram and Facebook. In the meantime, have a look at some pictures we sourced from the collection. Stay tuned for more Syawal Slayage as we go through local indie fashion to pick out what else you could be wearing this raya! Got suggestions? Leave them in the comments section!

Hari ini aku bertemu Vivy Yusof. Inspirasi setiap peniaga-nita seluruh dunia. Jauh sangat Fashionvalet nak dibandingkan dengan Goda by Fazleena. Jauh macam langit dengan bumi. Tapi aku percaya inspirasi tak pernah jauh. Aku takkan mungkin menjadi seperti Vivy. Tapi aku mahu mencuri semangat dan jiwanya. Sosok yang positif, berkerja keras, cantik, funny, humble, mengimbangi keluarga dan kerjaya dengan sangat baik, bijak dan sentiasa bermotivasi. Segala sifat dan personaliti yang sangat sangat sangat penting untuk menjadi wanita yang berjaya. Entah berapa besar masalah Vivy–dengan kerenah customer dari seluruh pelusok dunia, masalah pekerjanya yang ramai, kesibukannya, masalah peribadi mungkin, namun Vivy takpernah berkeluh kesah dalam media sosial. Tiada kata-kata kesal dan depress. Tidak mengheret orang lain dalam aura negativiti. Hari ini bila aku jumpa dia di bangsar, aku segan gila dan tak tentu arah. Dia sendiri yang memeluk pinggang aku bila aku minta untuk bergambar. Aku sempat bisik pada dia - U so beautiful. Spontan saja keluar dari mulut aku. Dia cakap sambil tersenyum – Subhanallah, Thankyou. Sambil mengusap bahu aku. Macam manalah orang yang begitu kaya raya, cantik, ada hampir segalanya, namun masih merendah diri dan melayan manusia lain penuh dengan kebaikan. Aku terpana. Terimakasih Vivy untuk momen ini. Akan ku simpan dan genggam ke dasar hati paling dalam. Kini tiada masa untuk kesedihan dan merasa serba tak cukup. Segalanya sudah terbentang luas untuk kita teroka. Dengan izin Allah, dengan niat ikhlas, aku akan teruskan perjuangan Goda by Fazleena sehingga ke akarnya. 



No comments:

Post a Comment

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...