Kalau aku boleh mencium nostalgia, antara yang paling aku rindukan adalah sewaktu kehidupan aku dan keluargaku di sebuah pangsapuri kos rendah di Bandar Baru Bangi. Abah ditukarkan kerja dari pejabatnya di Petaling Jaya ke Bangi. Sebelum kami tinggal di rumah flat yang abah beli tu, kami tinggal di perumahan murah di Segambut. Orang panggil setinggan. Aku ingat lagi rumah tu. Kecil sekali. Hanya ada satu bilik. Dindingnya masih kayu. Tapaknya saja batu-bata. Seingat aku dari aku lahir hingga masuk tadika, kami sekeluarga tinggal di situ. Bila kami perlu berpindah ke Bangi, aku perlu meninggalkan teman-teman sepermainan dan jiran-jiran yang baik hati sekitar situ. Aku juga tinggalkan kekasih kecilku yang bernama Helmi. Satu-satunya kawan lelaki yang paling rapat dengan aku. Melindungi aku kalau ada teman lain yang mengejek atau menghina (Aku masa kecil kulit gelap, rambut kerinting, dan comot sekali. Insecure gila aku masa kecil). Helmi satu-satunya yang sayang aku. Kami makan sama-sama, main sama-sama. Hermm, entah mana Helmi sekarang agaknya. Aku ingat lagi waktu kami bergerak meninggalkan rumah di Segambut, aku dan Helmi berpelukan dalam hiba. Emak pun menangis melihat kami. Apa agaknya yang ada dalam fikiran kami pada waktu itu agaknya. Budak berusia 5 tahun apa yang mereka tahu? Cinta tak pernah ada penjelasannya. Sampai sekarang aku masih ingat rupa Helmi. Senyuman, mata sepet dan rambut perangnya. Ah! Semoga kau bahagia di mana saja kau berada Mi.
Bermulalah episod kami tinggal di rumah pangsapuri di Bandar Baru Bangi. Masa tu Bangi aman saja. Belum ada pembangunan menyeluruh. Tak sesak macam sekarang. Belum ada fenomena tudung Fareeda. Hehe. Aku pun baru masuk darjah 1. Masa tu adik perempuan bungsu kami baru saja dilahirkan. Sekarang ajun pun dah masuk 30 tahun. Dah kahwin dah pun. Bayangkanlah aku tinggal di rumah flat kami tu dari aku darjah satu hingga ke tingkatan 6. Lepas tingkatan 6 baru aku pindah ke Bangi lama. Naik taraf sikit ke rumah teres setingkat. Punyalah lama. Dari flat tu kami saja yang tinggal, sampailah semua blok penuh. Kiranya famili aku antara penduduk awal flat tu. Rumah flat tu cuma ada 2 bilik. Sewaktu kami kecil, kami tak faham apa erti rumah kecil atau rumah besar. Selagi boleh bersama satu keluarga, sudah cukup dan bahagia. Satu bilik untuk mak dengan abah. Satu bilik lagi kami kongsi tidur adik-beradik ramai-ramai. Bila semakin besar dan masuk sekolah menengah, adik beradik lelaki semua tidur luar. Aku dengan adik perempuanku ajun yang tidur di dalam bilik. Kami cuba faham kondusi abah. Emak tak kerja. Anak-anak masih belum boleh berdikari. Jadi kekangan unutk mendapatkan rumah yang lebih besar itu mungkin payah di saat itu. Sesekali memberontak juga. Bergaduh, tarik rambut, tendang-terajang juga kami adik-beradik dalam rumah kecil tu, tapi sikap garang Emak dan toleransi Abah, buat kami bertahan. Walaupun emak tak kerja, dia gigih bantu abah. Mak bela anak orang. Mereka yang bekerja hantar pada emak untuk jaga. Dapatlah emak sekitar 2-3 ratus sebulan untuk bantu abah menampung kehidupan kami sekeluarga.
Sekarang ni bila difikirkan kembali, aku tak nafikan ada sifat keras dan rebel dalam diri anak-anak yang tinggal di kawasan perumahan murah. Perkara ini aku relate dengan diriku sendiri. Kami semua rebel kerana kami faham yang ibu bapa kami tak mampu menyediakan rumah yang lebih besar. Pergi sekolah jalan kaki, duit belanja aku ingat masa sekolah rendah Emak hanya bagi 50sen. Naik sekolah menengah dapatlah satu ringgit. Cemburu dengan rakan-rakan yang boleh belanja sesuka-hati. Boleh beli jajan setiap kali balik sekolah. Tukar kasut dan beg setiap tahun. Memberontak terhadap sesuatu yang kita tak berupaya mendapatkannya. Naluri anak-anak. Naluri remaja. Masa muda masa yang berapi-api, kata Rhoma Irama. Aku masa zaman sekolah agak naif dan introvert. Malu dan tak pandai bersosial. Bila masuk sekolah menengah aku ikut satu kelompok geng yang popular kat sekolah. Popular dengan agenda kenakalannya. Aku ikut geng ni lompat pagar untuk ponteng sekolah, hisap rokok, hisap gam (bodo gila aku, haha), mencuri, bercinta dengan mat rempit mana entah, toreh kereta cikgu yang bajet bagus, menipu mak abah cakap pergi tuishen tapi pegi tengok wayang dengan boyfriend. Ish. Budak remaja baru nak up katanya.
Geng-geng ni terdiri dari latar yang berbeza. Ada anak orang kaya tinggal rumah banglo, ada yang dari kampung sekitar Bangi, seperti di Sungai Buah dan Sungai Ramal, juga di Kampung Abu Bakar Baginda, dan juga yang tinggal di kawasan rumah pangsa, macam aku. Jiwa remaja yang rebel bukan kau boleh dapat hanya di rumah pangsa atau kawasan terpinggir, tapi di mana-mana sekalipun. Karina, paling hot dan paling kaya antara kami. Masa sekolah rendah, dia belajar di Amerika. Tinggal di rumah banglo dengan 3 orang gaji. Hari-hari driver hantar ke sekolah. Beg sekolahnya bertukar setiap hari. Kaya gila. Karina seolah macam ketua di kalangan kami. Aku adore gila dengan dia. Cantik, pandai & kaya. Karina selamba je bercium dalam kelas dengan budak lelaki waktu cikgu mengajar kat depan. Panjat pagar sekolah waktu perhimpunan. Pakai walkman masa exam. Pakai kasut warna-warni dengan kain singkat. Karina sengaja mencari pasal. Semacam satu keseronokkan pada dia melanggar disiplin. Dia suka cikgu marah dan rotan dia. Tapi result dia selalu gempak. Aku pun tak faham. Pernah sekali dia bawa kami semua pergi rumah dia. Ya Allah macam istana. Dia keluarkan semua permainan dan dress dia. Kami semua berangan satu hari jadi princess. Jadi bila aku lihat Karina dengan status kehidupan dia, aku mulai faham–jiwa memberontak remaja bukan kerana persekitaran dan ekonomi keluarga semata-mata. Tapi kerana jiwa mereka sendiri yang sedang keliru dan mencari hala tuju. Dan perkara itu normal. Sikap terbentuk melalui persekitaran. Tapi persekitaran tidak pernah memaksa menurutinya. Menjadi baik atau jahat adalah tentang pilihan.
Di kawasan rumah flat kami, ada macam-macam jenis manusia. Keluarga yang punya anak kecil berderet-deret, ibu tunggal dengan anak-anaknya, buruh-buruh indonesia, pelajar, makwe-makwe bujang, lelaki bujang. Aku ingat lagi, di atas rumah kami tinggal satu keluarga cina dengan 2 orang anak kecilnya. Rapat sekali hubungan kami. Anak kecilnya selalu aku bawa keluar bermain. Jadi rutin kami bila tiba hari raya akan menjamu mereka makan lemang dan ketupat, begitu juga bila perayaan tahun baru cina. Bertukar juadah, main mercun sama-sama dan saling berkunjung. Bila aku balik kampung, rumah kami akan dijaga oleh Uncle Chong dan isterinya, begitu juga sebaliknya. Keluarganya dan keluarga aku saling melindungi satu sama lain. Di sebelah rumah keluarga cina itu ada seorang kakak yang sudah berusia hampir 40 tahun dan tidak berkahwin. Orang flat situ panggil dia andartu kaya. Aku selalu diajak jadi teman bila hari minggu. Rumah dia cozy gila, kami selalu masak dan tengok dvd bersama. Seorang lecturer, ada duit banyak tapi mungkin sedikit sunyi. Dia selalu kata lelaki takut nak kahwin dengan dia. Kakak Bibi aku panggil dia. Menemani Kak Bibi sesuatu yang menyeronokkan bagi aku. Kepadatan dalam rumah aku membuatkan aku rasa lebih bebas di rumah Kak Bibi.
Ada seorang ibu tunggal dengan 2 anak perempuannya tinggal di tingkat 4 rumah flat kami. Aku tak pasti apa masalah makcik ni, tapi dia seolah macam tak suka Emak. Padahal Emak selalu menyapa dan ajak berkawan. Secara tak langsung, anak-anaknya pun memberikan respond yang sama pada aku dan adik-beradik aku. Mereka kasar dan kurang ajar. Selalu ludah merata-rata sehingga beberapa kali kena motor abah. Buang air cuci ayam/ikan selamba je kat dapur belakang rumah, sampai terpercik ke dapur rumah kami. Emak pula yang kena membersihkan sampah dia. Pernah satu kejadian, entah apa yang dia tak puas hati, anak perempuannya yang sebaya aku menjerit kat depan muka emak dan cakap Makcik Babi. Makcik Babi! Aku apa lagi, bergusti la dengan dia. Sampai berdarah dan luka-luka juga. Sampai kami pindah dari situ, perang antara kami tak pernah habis. Dari kisah tu, aku belajar satu perkara. Kebencian ini boleh terhasil tanpa alasan. Manusia boleh saja benci pada orang lain tanpa perlu orang itu melakukan sesuatu yang menyakitkan hati dia. Kebencian adalah pilihan.
Jadi bila aku menonton filem Pekak, ingatan tentang kediaman flat yang menjadi habitat aku bertahun-tahun lamanya, merembes dengan laju memenuhi fikiran. Apabila filem itu cuba mengambil realiti penduduk dan watak-watak di perumahan PPRT, aku sedikit terkesan. Persekitaran kediaman itu penting untuk mewujudkan watak-watak dalam keseluruhan filem itu. Sejauhmana Dara dan Melor berkawan, dan berapa lama mereka tinggal di kawasan flat itu? Melor yang berlakon depan bapak Dara kononnya memakai tudung, sopan, tapi selamba saja merokok dan buang rokok di depan pintu rumah Dara. Apa jiran-jiran di situ tak pernah nampak perbuatan Melor dan tak beritahu pada bapa Dara? Kenaifan Dara cuba diperah-perah oleh pengarah dan penulis skrip filem ini. Kenaifan Dara tak real. Terlalu dibuat-buat. Remaja memang mempunyai sifat dan perasaan ingin tahu. Tapi watak Dara dilukis seolah terlalu bodoh dan menurut. Ada babak dia hisap rokok, tapi ada babak dia tak selesa dengan asap rokok. Apa tu? Bila kita ada keinginan untuk melakukan sesuatu, dan mahu mencuba, kita jarang menolaknya, dan paling penting kita cuba adapt. Problem paling besar ialah mereka mahu merakam kehidupan anak-anak remaja miskin dan terpinggir, tapi tidak merakam persekitarannya. Itu problem bai!
Siapa Melor ni? Apa yang menyebabkan dia pilih hidup rebel begitu? Apa yang persekitaran buat pada dia sehingga dia rela diri dia dirosakkan? Azman Picasso ni siapa? Asyik hisap dadah je, banyak sangat ke duit dia? Takkan sepupu dia si Iedil tu asyik sponsor dia saja? Kalau dia pelukis atau seniman pun aku fikir watak itu lebih ok. At least kita faham kenapa dia letak namanya 'picasso' dan hisap dadah macam orang gila. Yelah kononnya nak buat masterpiece katanya. Walaupun arca kat rumah ada seketul aje. Haha. Ni tak tahu apa yang dia buat dalam hidup dia, kecuali hisap dadah dan main dengan Melor. Watak Iedil aku taknak ulas. Sebab menyampah dengan watak tu. Entah siapa dia ni, apa dia buat, semua tak jelas. Yang tahu dia cuma nak main dengan Dara je. Tak habis-habis ON. Tak habis-habis man-man. Sekurangnya pengarah dan penulis kena bagitau kenapa dia nak sangat kat Dara ni sedangkan dia mungkin boleh main dengan siapa saja yang dia nak. Mesti ada keistimewaan Dara yang betul-betul membuatkan hati dia tertarik.
Dari awal sampai ke akhirnya aku tak percaya langsung pada lakonan Iedil. Apatah lagi nak percaya pada motif dia dalam keseluruhan cerita ini. Atau sebenarnya Iedil sendiri pun tak yakin malah tak faham dengan karektornya. Terlalu lemah. Terlalu. Tengok sajalah sewaktu watak Azman Picasso dah rembat Dara dia, dia masih duduk berteluku di situ sambil meratap hiba. Such a loser. Aduh. Last sekali, aku fikir cerita ini akan mengembangkan kisah Uda itu sendiri. Uda dengan perjuangan hidupnya. Apakah sebenarnya mision Uda ada kena mengena dengan orang tuanya yang meninggalkan dia kerana tahu yang dia pekak? Aku mahu ikut kisah Uda menjalani hari-harinya dalam menemukan kisah masyarakat di sekelilingnya. Bukannya sub plot watak Kamil yang tak habis-habis nak main dengan watak Dara. Dan perjuangan Azman dan Melor yang mahu membuat mission Kamil menjadi nyata. WTH! Aku terganggu dengan sub plot yang merampas kisah sepatutnya. Kenapa tidak fokus kisah Uda, dan kembangkan dengan sub plot lain yang membantu. Kenapa?? Hurm.
Watak perwatakkan penting gila. Watak perlu menyakinkan. Apatah lagi yang cuba diangkat ialah realiti kehidupan masyarakat. Turunlah ke flat PPRT, buatlah research, observe-lah masyarakat dengan mata kepala sendiri, kemudian barulah menulis dan bikin filem. Janganlah main agak-agak je. Kenapa Dara marah pada bapak dia kononnya bapak dia tak mendengar dia? Ada tak dalam cerita ini kita nampak bapak dia dera, rogol atau semua benda yang jahat pada watak bapak dia. Yang kita nampak, bapak dia kerja untuk menanggung keluarga, menjaga budi pekertinya, suruh mengaji dan selalu nak yang terbaik untuk dia. Apa lagi yang dia nak bapak dia dengarkan? Apa? Memberi kebebasan, pakai baju ketat, keluar dengan jantan dan hisap dadah banyak-banyak sampai mampus? Gitu?
Tak payah cerita pasal moral. Obviously kita faham dan tahu yang produksi dan tenaga kreatif dalam filem ini mahu beritahu pada khalayak tentang bahaya dadah. Audience tak bodoh. Kita semua membaca suratkhabar, mendengar berita, intim dengan sosial media. Pengkarya harus selalu anggap khalayak itu pandai dan tahu. Jangan underestimate. Kerja pengkarya ialah berkarya. Buatlah filem yang awak mahu, bukan buat filem sebab nak insafkan manusia dan beri mesej. Jika kita interested mahu mengetahui dunia PPRT dan dadah, buatlah research. Jangan malas. Jangan buat pekak.
Selain tahi lalat manis Zahiril Adzim, tak ada yang mampu menyelamatkan filem ini. Sorry.
Aku sebenarnya berharap ada forum untuk membincangkan filem Pekak untuk mendapatkan banyak pandangan. Positif-negatif. Melaluinya kita akan dapat hasilkan pembikin filem yang lebih peka, prihatin dan bersifat rasional. Tapi kat Malaysia, perbincangan seperti itu tak berlaku. Aku tak faham kenapa kita harus terus bersikap berdiam diri dan bercakap belakang. Diskusi akan selalu menghasilkan idea dan pemikiran. Pujian selamanya takkan membawa apa-apa perubahan.
Okay. Sudahlah tu. Sekarang ni aku dah rindu rumah flat aku. ):

No comments:
Post a Comment