Saturday, August 22, 2009

When sorry seems to be the hardest word - Elton John


Jika kemaafan bagimu itu beratnya seperti mengangkat kapal terbang

tidak mengapalah sayang

kerana aku tidak mahu kau terluka atau nyawamu melayang

hanya kerana terpaksa berperang

untuk keluarkan maaf dari sarang



Buat Mahanim Moksir

Bangi - 1 Ramadhan

Dayanie said; Angah awak ni memang risk taker!

Mengemaskini jadual di bulan ramadhan ini :

1) Mengikuti shooting Kalut - Features film (projek akhir student UITM) - Sebagai salah sorang Cast

2) Menyelesaikan terjemahan 3 buah buku Motivasi Indonesia yang akan diterbitkan awal tahun depan

3) Shooting short film baru Dean Sham di sekitar KL - sebagai salah sorang cast

4) Membantu mummy saya menyusun kuih raya untuk customer

5) Menulis skrip Teater Muzikal ketenteraan

6) Membaca skrip teater Detik untuk kelayakan Festival Teater Kebangsaan

7) Cari kerja baru? Ops belum lagi. Mahu rehat-rehat dulu. 

Bos saya cakap : Everybody wants to be rich. Everybody must to be rich.

Saya balas : I dont want to be rich. I want to be happy!

Mungkin jadual kerja dalam ramadhan ini tidak beri saya harta, tapi saya tahu saya akan dapat cinta. 

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan


Seminggu dua ni sesiapa saja yang aku jumpa akan cakap ini : 



"Aku harap puasa kali ni aku boleh kurus!!"




Selamat berpuasa semua.




Ihsan Foto by Mr. Ijal @ Frinjan - Shah Alam



Thursday, August 20, 2009

We are driven by five genetic needs: survival, love and belonging, power, freedom, and fun. - William Glasser

Aku sempat menonton teater 10 minit anugerah merdeka di stor baru-baru ini. Sebelum masuk aku sempat borak-borak dengan Syahrul Fitri. Kata aku, malam ni confirm ada play yang akan ada orang tua berbual-bual dengan budak muda. Yang tua akan menyatakan bagaimana penat jerih dalam mempertahankan kemerdekaan dan yang muda akan dengar dan seolah tak tahu apa-apa pasal erti merdeka. Aku kata kerat jari aku, confirm ada. Malam tu memang jari aku tak dikerat sebab memang ada play yang sebegitu. Aku rasa play sebegitu sudah terlalu tipikal. Sketsa di sekolah rendah pun dah advance. Dioarang tahu bagaimana mahu adapt dengan gaya dan konsep tahun 2009. Aku rasa audience pun dah letih disogokkan benda yang sama. Sesekali berfikir di luar kotak itu kan bagus. Entah kenapa aku terfikir dengan 10 minit itu kau boleh saja ambil isu kecil mungkin, apa-apa sahaja dan tak perlu langsung menyebut perkataan 'merdeka' di dalamnya, masih juga orang boleh faham apa yang diperjuangkan dalam play itu.

Mungkin penganjuran ini harus diteliti semula. Dan kumpulan-kumpulan yang terlibat juga sepatutnya di pilih dengan baik. Tapi aku dan Syahrul tak terlibat sama. Jadi buat apa nak komen banyak-banyak. Syahrul kata - aku harus jaga reputasi aku. haha. Aku yang pada mulanya nak hantar juga penyertaan, tapi membatalkan niat tu. Aku tak bersedia sepenuhnya. Bagi aku bila dah sampai satu tahap kau di nilai untuk mewakili kumpulan kau untuk meraih anugerah, ia harus dipersiapkan dengan baik. Bukan main terjun-terjun aje. Walaupun setiap kumpulan dibayar. Beribu juga aku dengar. Duit bukan soalnya. Naskah yang mahu kau sembahkan itu lebih tinggi nilainya. Apa lagi bila kau berbicara isu yang besar.

*Ini pendapat peribadi aku. Kalau ada pihak yang terasa, aku minta damai aje.

Selamat Hari Kebebasan.


Imunisasi

Semalam dia dah tergolek jatuh
bukan satu, bukan dua, tapi sampai tangga yang ke tujuh

Hari ni dia janji untuk hati-hati
agar tubuh dan jiwa sama-sama tak di sakiti
tapi apa nasibnya, dia jatuh lagi

Esok dia masih mahu cuba
tidaklah dia tahu apa itu putus asa
tapi dia kan cuma manusia, dia jatuh juga

Lusa dia masih mahu mendaki
tak kira jatuhnya seribu kali
dia sudah lali


Shah Alam
19-Ogos-09

Tuesday, August 18, 2009

Tragedi semut merah

Semut merah yang berkeliaran di hujung seliparnya di ketis dengan jari
di tolak-tolak dengan kaki
akibat geram di pijak-pijak sampai mati
sambil mulut mugilnya menyumpah maki

Entah apa salahnya
entah apa dosanya
semut merah cuma bermain mesra
tidak pula gigit dia
paling bodoh pun dia cuma rasa geli saja

Kesian si semut merah
mahu berkawan tapi dia amarah
jadi mati sahaja dan pasrah...

Bangi - 17 ogos 2009

Monday, August 17, 2009

Lewat Terlambat

Kilat sabung menyabung

Kita sama-sama tidak berpayung

Hujan menggesek dondang sayang


Kau rangkul tubuh aku padat

Pandang wajah aku tepat

Kau kata - kenapa kau selalu hadir lewat?



Aku terlewat

Atau kau yang selalu terlambat

Pantai Teluk Cempedak - Ogos 2009



4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...