Thursday, August 13, 2009

Apabila Syali jejak KLpac


Minggu ini rasanya minggu paling berseni bagi aku. Hampir setiap malam keluar untuk tonton teater. Penuh aktiviti teater mungkin nak habiskan sebelum puasa menjelang. Semalam aku tonton Teater Kompilasi volume 2 oleh geng-geng Rumah Anak Teater (RAT) di stor DBP dan malam ini (12ogos) ke KLPAC untuk Sweet and Short Festival. Festival ini adalah 10 minit persembahan teater dan tarian. Ramai yang ingat tayangan short filem, jadi bacalah infonya baik-baik. Semuakan dihujung jari aje. Tarian sudah selesai, minggu ini untuk teater pula.

Ini komen ringkas aku. Short & Sweet Festival itu sangat dashat, meletop dan menghiburkan. (harus dilebih-lebihkan, inikan promosi) Korang boleh dapat 1001 mesej kalau korang nak dalam ke-11 play yang dipersembahkan. Dan korang juga akan dapat 1001 emosi di dalamnya. Kesemua 11 play itu punya dinamika yang berbeza. Silalah datang sebelum korang menyesal. Belum tentu lagi tahun depan ada tau. KLPac bukan untuk golongan elit atau yang tak pandai bahasa Inggeris. Semua orang pun boleh tengok. Kalau tak faham, belajar-belajarlah untuk faham. Semua play tak menggunakan bahasa english sepenuhya. Semua mix. Kata 1 Malaysia. 

Teater kompilasi RAT tu aku rasa biasa-biasa aje. Atau mungkin aku kurang suka dengan temanya. Jadi aku tak nak komen banyak-banyak. Nanti fared ayam mengamuk dia terajang muka aku pulak. Haha. Apa pun teater ini masih berjalan hingga ahad nanti. Untuk sweet and short masih ada sampai sabtu. Pergilah kalau korang free. Dan cubalah free-free kan lah diri.

Itu belum lagi dengan teater sempena merdeka hujung minggu ini. Satu di panggung bandaraya (kak lenny and the gang plus artis budaya DBKL) 15-17hb dan satu lagi di stor untuk 10 minit teater merdeka-19-21hb. Tengok poster, Mamat Khalid dan Wan Azli pun hantar team. Mesti menarik. Sekarang ni semua nak buat 10 minit. Orang dah malas tengok citer panjang-panjang. Dragging nok! 

Untuk Syali yang terlibat dalam Short and Sweet Festival, awak patut bangga. Ramai yang takut untuk cuba bersaing dengan geng-geng teater english atau merasakan KLpac hanya untuk golongan elit, tapi awak telah memecahkan persepsi itu. Itu begitu membanggakan. Siapa kata harus fluent english untuk masuk KLpac? Kalau punya script yang baik, pelakon yang bagus dan determination awak sebagai director, nak pentaskan kat luar negara pun boleh yang! :) All the best! 

5 comments:

  1. tq atas promosi.. hehehe. huhuhu. hohoho

    ReplyDelete
  2. hebat!hebat! dan juga cool. tQ 4 the info n promo...such a great promo u did. insya Allah,akn ku free kan diri ini utk jenguk teater2 anak Mlesia...

    ReplyDelete
  3. kompilasi vol 1 kau tengok tak?
    sori, just asking.. =)

    ReplyDelete
  4. xoxo,
    saya tonton. saya suka yg pertama. :)

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...