Friday, February 26, 2010

DW

Ramai yang tanya saya, apa yang seronok sangat terlibat sebagai actor dalam filem?

Saya jawab sama macam Denzel Washington jawab :

One good thing about acting in film is that it's good therapy.

Filem ni "macam ginih" (thumbs up)

Wednesday, February 24, 2010

Angin






Nama projek : Projek Tidak Bertajuk
Sutradara : Ridhwan Saidi
Cast : Nin, Ayam, Meerul and Fazleena Hishamuddin as air, tanah, api & angin

Akan datang menemui anda tidak lama lagi.

Tuesday, February 23, 2010

Pink




Selesai menonton filem ini, saya membuat persepsi saya. Bagaimana suksesnya seorang wanita dan sejauh mana tingginya profesi yang dia miliki, akhirnya dia cuma mahu jadi orang biasa, menjalani kehidupan yang minimalis dan punya teman hidup yang selalu beritahu yang "saya selalu ada untuk awak". Kalaulah mimpi kita tidak serupa sekalipun, tapi kita selalu mahu bersama untuk setiap mimpi-mimpi itu.

Oh, hati saya dah jadi warna Pink sekarang ini.

Monday, February 22, 2010

Sos-Pol Band



Memang payahlah kita nak namakan band kat Malaysia yang memperjuangkan dan potretkan wajah sosial dan budaya sendiri. Bukan takde, cuma jumlahnya teramatlah sedikit. Hujung minggu ni ada band dari Jakarta yang memaparkan lirik-lirik sosio-politik ala-ala pop dan enak di dengar. Juga menyempurnakan event ini ada bersama band-band Malaysia yang menyokong band ini. Beli awal dengan harga rm25 sahaja, kalau beli dimuka pintu harganya RM35. Ha, rugikan. So, belilah awal. Beli dari wakil-wakil yang ada di poster atau dari saya dan cik arjuna saya juga boleh. Marilah beramai-ramai. Saya ada dok menyibuk kat sana. Jom.


Lagu untuk sing along nanti.

Ideal Combination

Friday, February 19, 2010

Awkward Moment


Balik kampung untuk Chinese New Year tahun ini, dengan dua mobil. Aku kali ni malas gila nak drive, makanya aku naik dengan adik aku. Boboy. Kami selang-seli drive. Boboy adik yang keluar selepas beberapa tahun aku dilahirkan. Jarak kami agak jauh. Dia selalu dijadikan jolokan anak manja, lebih manja dari ajune (my only beloved sister in family) walaupun cik ajune adalah yang bungsu. Dari sejarah dan report-report kejadian yang lepas, memang terserlah kemanjaan Boboy. He must get what he wants. Kalau tak dapat, dia mengamuk.

Dalam manja-manja Boboy, dia paling mudah express rasa dan cinta dia pada adik-beradik dan family. Dia tak malu untuk cium, dakap, beritahu through mouth to mouth conversation, telefon, sms atau apa sahaja jenis benda/perkara yang boleh menghubungkan. Ada dari sesetangah dari kita merasakan, We are siblings. So we no need to express our feelings. We already know. Always exist. Aku pun begitu juga. Sometimes. Selalu meminta dan berharap orang lain akan faham tanpa beritahu. Buat dan nyatakan. Sepatutnya dia jadi lebih kuat.

Perasan tak, akan ada awkward moment bila kita berdua dalam kereta? Bila kita stuck dalam kubikal seperti kereta, kita akan rasa janggal. Walaupun kita berada bersama orang yang rapat, bertahun-tahun kita kenal, apatah lagi dengan stranger, yang baru nak kenal-kenal. Jadi kita akan cari idea tentang topic perbualan untuk memusnahkan rasa awkward itu.

Macam aku dengan Boboy, kami tune ke radio Sinar. Duk mendengar celoteh Salih Yaakub. Kemudian gelak sakan. Kemudian kami sembang hal-hal keluarga dan kehidupan masing-masing. Kerja dan sebagainya. Masing-masing akan cari topic untuk sama-sama tidak rasa pelik dan janggal berada lama dalam kereta. Aku selalu percaya yang kejanggalan atau rasa pelik untuk bersama dengan individu selalu boleh di selesaikan. Kita dengan human being. Bukan dengan hantu atau binatang.

p/s : Teringat masa dating pertama dengan kekasih. Bila kami senyap tiba-tiba, mencari-cari idea apa nak sembang, aku akan cakap - haa....awkward moment..awkward moment. Kami ketawa. Dan sekarang dia akan cakap - Awkward moment kita dah hilang kan sayang? Aku selalu senyum aje. Tak angguk dan tak geleng. Sebab aku selalu rasa awkward moment tu akan selalu ada. Manis. Tapi kau takkan boleh beritahu rasa manisnya bagaimana.

Saturday, February 13, 2010

Valentine's Day


Cik Alina berkahwin pada hari kasih sayang. Awwww. Sweet.

Congrats darling. Tak dapat nak ke Kelantan, tapi resepsi di Rumah Frinjan confirm ada.

A long marriage is two people trying to dance a duet and two solos at the same time. ~Anne Taylor Fleming

p/s : ramai sangat dah tanya bila giliran saya pula, saya anggap semua tu doa. Sapa yang tak nak kahwin oiii.

Friday, February 12, 2010

Attention Seeker

Lepas satu-satu musibah yang jadi. Kematian, keguguran, kehilangan, kesedihan. Tapi dia beritahu aku dengan penuh ketenangan - Semua yang berlaku ada hikmahnya. Saya tak kuat, tapi saya harus tabah.

Dan aku disini juga hanya boleh beritahu perkara yang sama pada dia. Tuhan selalu ada untuk orang-orang yang sabar. Walaupun kesakitan dihatinya tidak boleh aku rasa bagaimana. Airmatanya tak mampu aku kesat sebab aku tak punya sapu tangan sakti yang mampu membuatkan dia lupa tentang kesedihan dan dugaan yang menimpa. Aku hanya mampu jadi kawan yang beritahu dia "everything will be ok dear."

Aku hairan pada mereka yang rasa hidup mempermainkan mereka dan memilih untuk merungut serta mengugut untuk 'give up' dengan hidup. Berapa ramai yang menadah tangan meminta Tuhan agar berikan mereka nyawa dan kehidupan? Dan ramai pula yang senang-senang fed up dengan hidupnya dan mahu mati. Boleh bernafas dengan selesa, punya cinta di sekelilingnya, punya duit di kocek, boleh makan dengan aman, masih boleh minum teh tarik dan makan tandori. Tapi hanya kerana hatinya yang sedikit melecet, dia sudah bosan untuk teruskan kehidupan. Menyalahkan yang bukan-bukan. Mempersoalkan 'kenapa semuanya harus jadi sebegitu?'.

Teman di Facebook. Baru sahaja putus cinta. Kerana yakin dan percaya cintanya sampai syurga, dia tak boleh terima apabila kekasihnya tinggalkan dia. Setiap sejam sekali dia update status dia di facebook menyatakan rasa tidak puas hati, bengang, putus harapan, sakit hati, marah, kecewa dan mahu mati. Berapa besar agaknya assumption yang dia buat dalam hidupnya sehari-hari? Sebab tu hidup tidak boleh diramal, supaya kita tak belajar buat assumption yang bukan-bukan. Supaya hidup tidak penuh pengharapan. Risiko selalu ada di depan. Yang penting, be prepared. Untuk sebarang kemungkinan.

Kalau betul-betul runsing, depress dan mahu mati kenapa masih sempat menulis status di facebook? Terjun lombong atau pergi mandi kat PD boleh kena gigit dengan buaya. Kan senang.

Ohh Attention seeker mungkin.

Wednesday, February 10, 2010

Pemimpi



Saya menonton sekali lagi The Dreamers. Masih lagi saya katakan kagum pada Eva Green. Kalau inilah lakonan pertama Eva di cinema besar, agaknya bagaimana proses casting dijalankan oleh pengarah-pengarah besar dunia dan bagaimana pula casting dan pemilihan pelakon di Malaysia dilakukan.

For me, acting is like a therapy. I can express myself fully when I am acting and have blood in my veins. Even when I'm not working, I'm always living in my own world, imagining characters. - E.Green

Sunday, February 7, 2010

The End



Ajune berikan saya sejambak bunga semasa berakhirnya pementasan ini. Saya terharu. Menurut angin-angin yang bertiup di sekitar saya, show ini akan di-repeat semula dalam masa terdekat. Semuanya dalam perbincangan. Terima kasih semua kawan-kawan, famili dan kekasih-kekasih saya yang datang. Rasanya perkara paling sweet semasa pementasan ialah ketika curtain call kamu dapat lihat wajah-wajah kesayangan datang menonton. Masa tu kamu tahu yang mereka penyumbang terbesar kepada semangat dan cita-cita kamu.

Friday, February 5, 2010

There

Saya cuak menunggu hari show 6hb bersamaan sabtu ini di UKM. Rasanya karektor kali ini antara paling sukar yang pernah saya bawakan. Emosinya seperti ibu mengandung yang menunggu 12 jam kesakitan akibat bayi tidak mahu lagi keluar. Perasaannya seperti saat-saat jarum dicucuk pada gusi waktu sakit gigi. Setiap kali rehersal saya bertanya pada semua orang, lakonan saya ok ke tak tadi? Sebenarnya saya sendiri boleh rasa saya dah beri habis baik atau belum. Cuma meminta pandangan dari audience dan team amat penting supaya saya tak syok sendiri.

Minggu lepas saya ke Melaka. Ada interview sebagai pensyarah teater di sebuah kolej. Paling menarik trip ke Melaka, ditemani orang tua saya. Terasa macam zaman mendaftar universiti. Cumanya saya tak bawa baldi dan beg besar-besar aje. Menariknya, antara yang pergi ke seisi interview itu adalah rakan-rakan dari KL yang sama-sama involve dengan teater. Jadinya seisi interview itu dah jadi macam gathering pula. Kami siap bagi tips pada satu sama lain. Interviewer ada 3 orang. Sebelum saya keluar dari bilik itu, mereka bertanya saya - ada soalan terakhir? Saya tanya - kat sini boleh pakai jeans tak? Muka mereka berkerut. Kemudian salah seorang dengan laju menjawab - Oh, tak boleh! Saya cakap, saya bergurau je. Kemudian sengih-sengih. Dalam hati saya - seriusnya ahli-ahli akedemik ni. Heh.

Hujung minggu lepas saya rentung akibat shooting short film 'sana' dengan produksi Mana Media. Directornya - Mr. Azrai. Sudah lama kami ingin berkoloborasi. Akhirnya tercapai juga impian untuk berkerjasama. Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa insiden yang mendukacitakan. Salah seorang crew keretanya berlanggar dan remuk sebelum selesai shooting. Monitor buat hal. Masa shooting terlajak sehingga 2 hari (sepatutnya sehari) dan macam-macam hal lagi. Tapi semuanya berakhir dengan baik dan dapat diselesaikan. Tunggu end product nanti macam mana. Terima kasih kepada seluruh produksi dan insyaallah kita akan shoot lagi nanti. Keep in touch!

Ada beberapa projek khas lagi akan dibuat sebelum saya sibuk dengan urusan perkahwinan (orang sibuk nak kahwin, saya pun nak jugak!) Jadinya sebelum saya sibuk dengan urusan kad undangan, baju kaler apa nak pakai, flower girls berapa ramai, eloklah saya isi hidup saya dengan buat benda-benda yang saya suka.



4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...