Minggu lepas saya ke Melaka. Ada interview sebagai pensyarah teater di sebuah kolej. Paling menarik trip ke Melaka, ditemani orang tua saya. Terasa macam zaman mendaftar universiti. Cumanya saya tak bawa baldi dan beg besar-besar aje. Menariknya, antara yang pergi ke seisi interview itu adalah rakan-rakan dari KL yang sama-sama involve dengan teater. Jadinya seisi interview itu dah jadi macam gathering pula. Kami siap bagi tips pada satu sama lain. Interviewer ada 3 orang. Sebelum saya keluar dari bilik itu, mereka bertanya saya - ada soalan terakhir? Saya tanya - kat sini boleh pakai jeans tak? Muka mereka berkerut. Kemudian salah seorang dengan laju menjawab - Oh, tak boleh! Saya cakap, saya bergurau je. Kemudian sengih-sengih. Dalam hati saya - seriusnya ahli-ahli akedemik ni. Heh.
Hujung minggu lepas saya rentung akibat shooting short film 'sana' dengan produksi Mana Media. Directornya - Mr. Azrai. Sudah lama kami ingin berkoloborasi. Akhirnya tercapai juga impian untuk berkerjasama. Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa insiden yang mendukacitakan. Salah seorang crew keretanya berlanggar dan remuk sebelum selesai shooting. Monitor buat hal. Masa shooting terlajak sehingga 2 hari (sepatutnya sehari) dan macam-macam hal lagi. Tapi semuanya berakhir dengan baik dan dapat diselesaikan. Tunggu end product nanti macam mana. Terima kasih kepada seluruh produksi dan insyaallah kita akan shoot lagi nanti. Keep in touch!
Ada beberapa projek khas lagi akan dibuat sebelum saya sibuk dengan urusan perkahwinan (orang sibuk nak kahwin, saya pun nak jugak!) Jadinya sebelum saya sibuk dengan urusan kad undangan, baju kaler apa nak pakai, flower girls berapa ramai, eloklah saya isi hidup saya dengan buat benda-benda yang saya suka.



kakdek.. goodluck show nnti..
ReplyDeletep/s: Pak guard UPM dah rindu kat kakdek.. haha
Akak nak kawin dah?
ReplyDeleteSeriously???
Alhamdulillah...
Wahhhh...tak sabar nak tengok nanti.
Jgn lupa jemput sy.
Ngeee~
midot,
ReplyDeletethanks yang. :)
ckp pak guard tu, i miss u MORE. hehe
tiffany,
ok. kad paling besar utk awak. ahaks.
jiran saya nak kawin ye? when? jangan clash dengan majlis saya sudah :D
ReplyDeleteili,
ReplyDeletejom sambung khemah nak? :)
hahahahaha uish best jugak. besar-besaran lah ni.
ReplyDelete