Friday, February 5, 2010

There

Saya cuak menunggu hari show 6hb bersamaan sabtu ini di UKM. Rasanya karektor kali ini antara paling sukar yang pernah saya bawakan. Emosinya seperti ibu mengandung yang menunggu 12 jam kesakitan akibat bayi tidak mahu lagi keluar. Perasaannya seperti saat-saat jarum dicucuk pada gusi waktu sakit gigi. Setiap kali rehersal saya bertanya pada semua orang, lakonan saya ok ke tak tadi? Sebenarnya saya sendiri boleh rasa saya dah beri habis baik atau belum. Cuma meminta pandangan dari audience dan team amat penting supaya saya tak syok sendiri.

Minggu lepas saya ke Melaka. Ada interview sebagai pensyarah teater di sebuah kolej. Paling menarik trip ke Melaka, ditemani orang tua saya. Terasa macam zaman mendaftar universiti. Cumanya saya tak bawa baldi dan beg besar-besar aje. Menariknya, antara yang pergi ke seisi interview itu adalah rakan-rakan dari KL yang sama-sama involve dengan teater. Jadinya seisi interview itu dah jadi macam gathering pula. Kami siap bagi tips pada satu sama lain. Interviewer ada 3 orang. Sebelum saya keluar dari bilik itu, mereka bertanya saya - ada soalan terakhir? Saya tanya - kat sini boleh pakai jeans tak? Muka mereka berkerut. Kemudian salah seorang dengan laju menjawab - Oh, tak boleh! Saya cakap, saya bergurau je. Kemudian sengih-sengih. Dalam hati saya - seriusnya ahli-ahli akedemik ni. Heh.

Hujung minggu lepas saya rentung akibat shooting short film 'sana' dengan produksi Mana Media. Directornya - Mr. Azrai. Sudah lama kami ingin berkoloborasi. Akhirnya tercapai juga impian untuk berkerjasama. Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa insiden yang mendukacitakan. Salah seorang crew keretanya berlanggar dan remuk sebelum selesai shooting. Monitor buat hal. Masa shooting terlajak sehingga 2 hari (sepatutnya sehari) dan macam-macam hal lagi. Tapi semuanya berakhir dengan baik dan dapat diselesaikan. Tunggu end product nanti macam mana. Terima kasih kepada seluruh produksi dan insyaallah kita akan shoot lagi nanti. Keep in touch!

Ada beberapa projek khas lagi akan dibuat sebelum saya sibuk dengan urusan perkahwinan (orang sibuk nak kahwin, saya pun nak jugak!) Jadinya sebelum saya sibuk dengan urusan kad undangan, baju kaler apa nak pakai, flower girls berapa ramai, eloklah saya isi hidup saya dengan buat benda-benda yang saya suka.



6 comments:

  1. kakdek.. goodluck show nnti..


    p/s: Pak guard UPM dah rindu kat kakdek.. haha

    ReplyDelete
  2. Akak nak kawin dah?
    Seriously???
    Alhamdulillah...

    Wahhhh...tak sabar nak tengok nanti.
    Jgn lupa jemput sy.
    Ngeee~

    ReplyDelete
  3. midot,
    thanks yang. :)

    ckp pak guard tu, i miss u MORE. hehe

    tiffany,
    ok. kad paling besar utk awak. ahaks.

    ReplyDelete
  4. jiran saya nak kawin ye? when? jangan clash dengan majlis saya sudah :D

    ReplyDelete
  5. hahahahaha uish best jugak. besar-besaran lah ni.

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...