Thursday, April 29, 2010

Puisi Riong



Antara sasterawan-sasterawan yang akan melontarkan kata pada malam tersebut adalah, Sasterawan Negara (SN), Datuk (Dr) A Samad Said; SN Dr Anwar Ridhwan dan penerima Anugerah Penulisan Sea 2005, Abdul Ghafar Ibrahim (Agi).

program anjuran bersama Berita Harian dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Komuniti Akar turut menampilkan penulis muda Faisal Tehrani, Zaen Kasturi, Ahmad Shukri Abdullah.

Malam Puisi Riong - Shah Alam, Selangor bertema Wasilah Cinta Pencipta dan Manusia itu, penggiat muda seperti Fynn Jamal, Mohd Zulfahmee, Ashraf Ishak, Mohd Suffian, Mohd Hatta Mohd Yatim, Fareha, Fazleena Hishamudin dan Noor Azah, turut diberi peluang untuk beraksi di pentas puisi.

malam itu akan turut dimeriahkan dengan persembahan lagu puisi oleh artis tempatan seperti Aishah, Rizu Bintang Realiti (One 1 Million) dan Rini (Akademi Fantasia 7) selain memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan bacaan puisi oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mzalan Mat Nor.

Kenyataan di cilok dari facebook Malam Puisi Riong.

Wednesday, April 28, 2010

I'd rather be the king of kids, than the prince of fools - Jack Black

Dulu aku pernah berkongsi dengan seorang sahabat, tentang impian barangkali. Kalaulah boleh setiap pagi, aku bangun tidur aku tahu yang aku akan memulakan hari aku dengan melakukan pekerjaan yang aku suka dan pekerjaan itu akan membuat orang tersenyum. Aku pasti akan jadi manusia paling gembira. Ia adalah pakej paling dashat.

Alhamdulilah. Aku boleh claim yang aku dah dapat menyenaraikan itu dalam kamus hidup aku. Bangun pagi, berlakon dan buat 700 ke 1000 orang tersenyum setiap hari. Macam kerja kat pejabat atau kilang, kau buat perkara yang sama setiap hari, aku pun buat sketsa yang sama setiap hari tetapi dengan nilai tambah improvisasi, dengan khalayak yang berbeza, perasaan dan emosi yang lahir juga akan beri sesuatu yang baru setiap hari.

Dengan beg berat, buku teks macam batu bata, uniform seragam, rules yang mencekik, conformity pada kata guru dan orang tua, makanan kantin yang ala kadar (makanan guru best pulak, jauh benar bezanya), syllabus yang macam haram - at least diorang dapat juga buang tekanan dan stress jadi pelajar yang masih di sekolah rendah dengan sebuah persembahan. Terasa macam zaman takde TV dulu, orang penat balik dari bendang malam hari dihiburkan dengan bangsawan.

Kemungkinan aku akan tour sampai june nanti. Next week ke Penang kemudian JB. Macam-macam insiden sepanjang aku tour ni. Ada sekali tu, lepas aje aku buat play, ada sorang budak datang jumpa aku. Dia tanya aku - kenal tak Zafrina? Aku macam familiar nama tu. Aku pun terus tanya dia - Ni anak Zafrina ke? Dia senyum-senyum salam tangan aku. Ceh, aku tak kenal anak sedara aku sendiri. Bagus betul punya makcik. Bukan apa, ramai sangat anak sedara dah. heh. Selain itu, adegan mem-fewit2 kakak, tanya kakak dah ada boyfriend ke belum?, nak jadi adik angkat, minta autograf, tanya - bila nak datang sini lagi, tanya - nak join drama macam mana dan banyak lagi perkara-perkara interesting yang jadi sepanjang tour ni.

Oh dalam sketsa ni aku jadi doktor dan cikgu dalam masa 15 minit. Aku cuma sarung lab coat bila time jadi doctor. Masa aku nak sarung tu, budak-budak akan jerit - haaaaaaa....cikgu tu dah transform jadi doctor la. Waahhhh!!

Diorang memang cute, okay! Sangat.



Tuesday, April 27, 2010

Puisi 3 lelaki




Berpeluang membaca 3 puisi yang dinominasi dalam Selangor Republic Youth Award 2010 begitu mengujakan. Puisi yang terpiih adalah daripada kalangan kawan-rakan. Iaitu puisi Fared Ayam, Ledisorde dan Zhafer. Paling menarik bila mana puisi tulisan lelaki-lelaki ini, dilagukan oleh aku. Ya, seorang perempuan. Best kan? Aku baca ikut rasa dan interpretasi aku. Tak sempat pula berjumpa 3 lelaki ini untuk ditanya apa maksud puisi mereka. Persembahan malam itu pula dengan semua lelaki-lelaki ganteng dari So-sound. So-sound rasa-rata adalah dikalangan pelukis muda yang dashat-dashat. Koloborasi dengan mereka mereka antara sejarah yang mahu aku ulang-ulang. Malam itu kami spontan aje. Tanpa rehersal dan panduan teknikal (majlis protokal seperti itu)kami belasah aje. Seni ikut prosedur memang hancur beb! Anyway, Zhafer menang malam itu. Memang aku jangka. Sebab ini satu-satunya puisi yang aku ingat sampai sekarang. Simple tapi mencengkam. Bila kau nak belanja satey ni Zhafer oii.

Kreationistas
oleh Zhafir

Bumi ini berada di atas cangkerang seekor kura
kura ini berada di atas seekor gajah
gajah ini berada di atas seekor anjing kurap
anjing kurap ini berada di atas seekor babi
babi ini berada di atas dosa
dosa ini sekarang
berada di atas seorang gadis paling cantik di setiap pelusuk kosmos

gadis paling cantik di setiap pelusuk kosmos ini pula
berada di atas aku.

Wednesday, April 21, 2010

Mimpi Filem




Kotak Hitam ni antara venue paling best di Malaysia aku kira. Air-cond, seat lembut, cozy, intimate dan gelap. Sesuai untuk acara-acara yang dekat dengan audience. Kali ini, geng-geng Paradoks berkoloborasi dengan Frinjan untuk menayangkan short-short terpilih. Untuk keterangan lanjut, boleh dapati di sini.

Let's jom!

Friday, April 16, 2010

The theatre is a spiritual and social X-ray of its time - Stella Adler






Teater satu ruang mengerat persaudaraan, bukan majlis perpecahan. Ini bukan sidang perbicaraan. Mencari kesilapan dan kebenaran. Ia sepatutnya hadir dengan kedinginan. Sejuk dan mendamaikan. Bukan duduk di tanah gersang yang kepanasan. Dahaga dan kelaparan.

To all kirana's member (still or not still yet). Keep on fighting. Love is all around.

Wednesday, April 14, 2010

Saturday, April 10, 2010

Mata Kamu Coklat





Masa sampai di Solaris Duta-Mas, ajune dan amar kata : Wow, elitnya tempat ni. Masa masuk dalam black box (tempat persembahan) aku rasa lutut ketar-ketar. Tempatnya begitu ekslusif. Crowdnya juga bercampur-campur. Berbagai bangsa.

Aku baca sebuah puisi dan minta Mr Jayzuan iringi aku dengan guitarnya. Spontan sahaja permintaan itu. Jay memang sporting habis. Oh thanks kekasih elektrik.

Aku ajak Fasyali untuk sama-sama hilangkan ketar aku di sini. At least separuh ketakutan tu hilang bila ada partner. Fasyali cadangkan satu game dalam seni acting. Aku pun tak tahu apa nama game ni. Cuma Syali pesan, game ni guna 'sense'. Apa yang partner tuturkan, dijawab dengan kefahaman kita tentang rasa kita sendiri. Aku tak pernah belajar teater secara formal. Jadinya ini satu yang baru. Dan aku rasa menarik untuk dicuba. Alhamdulilah, persembahan spontan itu berjaya aku kira. At least aku faham bagaimana untuk jujur dalam mengekspresi perasaan serta kefahaman aku tentang sense partner dan aku sendiri. Lepas main game ini di Black Box, ramai yang jumpa aku (ada kawan-kawan baru) dan kata : Hey, mata kamu coklat.

Thanks Syali. To make it happen.

Thursday, April 8, 2010

Akar-Umbi




Yang namanya Mama


Mama
kalau aku asalnya dari rasa cinta
mengapa di situ aku di letakkan.

Berteman
lalat
ulat
lipas
semut
sampah
tahi


Mama
Kalau aku ini asalnya dari nafas cinta
mengapa di situ aku di campak.

Bersama
Busuk
kotor
hanyir
kepam
jijik
loya


Mama
kalaulah aku ini namanya cinta
mengapa di situ aku di buang.

Bawah jambatan
longkang
tong sampah
lubang tandas
semak samun
tepi jalan

Mama, Mama, Mama
aku mahu punya nama
aku mahu punya cita-cita
aku mahu ada nyawa
aku mahu ada rasa
aku mahu ada cinta

Kalau kau beri aku sedikit ruang
sedikit peluang
aku akan bangkit berjuang
aku akan pergi berperang
aku akan tendang terajang
kepada sesiapa pun yang menentang
kepada sesiapa pun yang melarang
kepada sesiapa pun yang hanya tahu memandang

Tapi Ma,
kau tidak beri aku itu
kau tidak beri aku waktu
waktu

Jangan risau Mama
aku ada bersama Dia
yang terima aku kurang-lebih nya
yang menjaga aku di syurga
yang beritahu aku apa makna cinta

Buat Mama-mama
berhentilah menjaja cinta
berhentilah menjadi pendosa.



Baru sempat meng-update blog sebab sibuk bermanifestasi teater minggu lepas. Aku memang suka update pesal aktiviti yang aku buat diblog supaya aku tak lupa event apa yang pernah aku terlibat. Tiada diary, organiser book untuk simpan semua aktiviti. Jadinya kalau aku terlupa, aku boleh tengok balik blog dan review apa benda yang pernah aku buat. Bulan 3 memang banyak agenda menarik yang aku involved. Nanti aku akan update perlahan-lahan. Tengok pada stamina dan mood.

Ini cerita mengenai persembahan di Akar. Ini kali pertama aku di Akar yang di-invite oleh Cici orang kuat Akar. Akar antara event indie yang berkualiti aku kira. Jadi keterujaan untuk berada di situ amatlah besar. Ini sekitar laungan kata aku di akar bersama adik kesayangan - Alis. Aku selalu rasa warm dan happy bila yang back up aku dikalangan ahli keluarga atau orang-orang yang selalu faham kehendak dan emosi aku. Dengan alis aku dah berkolaborasi beberapa kali. Begitu juga dengan Azrai. Dia antara orang yang best gila dan tidak menghampakan kalau bekerjasama.

Versi yang aku baca diakar versi yang aku karang semula setelah PC terbakar dan file aku tidak boleh dibuka pada hari show waktu aku mahu mem-print tulisan itu. Tapi content-nya tidak lari terlalu banyak sebab aku ada beberapa kali practise dengan alis sebelum PC terbabom. Video persembahan aku di akar boleh dilayan di FB hamba. Kalau nak layan la.

Terima kasih kamuniti akar. Jangan serik jemput saya lagi.

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...