Monday, August 23, 2010

Bekas teman lelaki yang super caring

Tak bagitau pun dah ada bf. ): (icon muka masam) Congrats!

Aku terima sms dari bekas kekasih aku baru-baru ni. Tahun lepas dia sudah pun berkahwin. Dengan wanita idaman dia; i guess. Tapi ada la sesekali dia text aku, time harijadi, time new year, time puasa dan hari raya.

Aku balas - Hahaha. Amboi kalah CNN reporter yang u upah ni ye! ): (icon sengih)

Dia balas balik.

U happy?

Aku balas - Happy! :) :) (aku buat dua icon sengih, double happiness)

Dia balas balik.

I hope he will take care of u. Kalau dia buat apa-apa tak baik dengan u, I cari dia sampai lubang cacing.

Aku balas - Wow! Don't worry. Kalau dia tak boleh jaga I, I boleh jaga diri I sendiri. Anyway, thanks dude.

Aku ingat dah habis sms tu. Rupanya ada lagi.

By the way, boyfriend u tu good looking ke?

Aku dah malas nak balas. Dia bukan concern sangat pun. Nak buat perbandingan dengan rupa dia aje. Dan dengan harapan aku akan balas - Taklah, biasa-biasa aje. U lagi kacak, smart, bergaya, wangi. Heh

Patutlah aku tinggalkan dia dulu.

6 comments: