Wednesday, January 26, 2011

Dana


Nampaknya feedback yang sangat umphhh dari geng-geng seantero tentang filem indie kami -Kuala Lumpur, aku okay! Seribu hits di youtube untuk satu hari dan sudah hampir 500 orang yang jadi fan di facebook dalam masa 3 hari. Sangat-sangat menggalakkan. Kami lebih-lebih lagi. Excited, melompat-lompat, sengih-sengih sorang-sorang, semua ada. Diharap usaha bersama ini akan menghasilkan sesuatu yang boleh dikenang. Bukan tujuan bertanding di mana-mana majlis anugerah, atau cari glamer, atau menjual, atau mahu jadi kaya apatah lagi. Kami mahu bikin filem sahaja. Mahu ia menjadi sebahagian memori yang boleh dikenang nanti. Mahu cipta memori manis bersama. Murni kan impian tu? :)

Untuk mengumpul dana filem ini, satu projek lagi menyusul iaitu himpunan tulisan-tulisan miserable dari kami-kami yang terlibat. Penulis-penulisnya ialah Mohd Jayzuan (penyanyi indie terkenal), Aidil (band couple), Razaisyam Rashid (pengarah My Rock Indie Darling), Sufian Abas (penulis buku dan penerbit Sang Freud) dan Fazleena Hishamuddin (perempuan kecil yang cinta seni)hehe. Aku harap dengan terbitnya buku ini nanti, bolehlah kami bikin filem untuk menyewa equipment, membeli nasi bungkus dan air mineral, menyewa van, menyewa location (jika perlu), beli props, kerja-kerja suntingan dan sebagainya yang perlukan duit. Yang lain-lain, mana yang boleh recycle atau guna tenaga sendiri, kami tidak akan mengada-ngada kuarkan duit. Nama pun indie film kan. Kepada siapa-siapa yang sudi membantu, menaja nasi bungkus atau apa sahaja tenaga yang dirasakan mampu diberikan, boleh email saya (fazleenz@gmail.com). Nanti semua nama-nama anda akan dicreditkan dan kita sama-sama boleh beritahu : Ini filem kita bersama!

Projek buku ini nanti akan diterbitkan bulan February. Penerbit buku yang baik hati itu ialah Luca DK yang berjiwa murni menerbitkannya secara percuma. Nampak tu tuan puan semua? Baiknya hati semua-semua orang.

Nanti aku war-warkan pada semua jika sudah siap dan boleh dibeli. Terima kasih banyak-banyak sebab menyokong. I sayang you alls semua!!

13 comments:

  1. himpunan tulisan miserable komuniti indie? tak sabar nk baca! haha

    ReplyDelete
  2. Kak Faz,
    masukkan nama saya sebagai pembeli nnt tau :)

    ReplyDelete
  3. alif,
    tungguuuuuuuuuuuuu. :)

    along,
    awak selalu sokong saya. tq yang! :)

    ReplyDelete
  4. tak sabar nak tunggu buku, tak sabar nak tunggu filem ni kluar...
    boleh tolong sumbang tenaga ke?

    ReplyDelete
  5. kampong boy,
    of coz bolehhhhhhhhh. :)

    ReplyDelete
  6. kakak, nisha booking satu buku.
    dan nanti kalau buat filem, nak jadi tukang angkat air dgn nasi bungkus tu. boleh? :D

    good luck! ly. :)

    ReplyDelete
  7. nisha,
    tq so much yang!! :)

    awak tolong duduk sebelah kasi semangat je dah cukup. :)

    ReplyDelete
  8. kalau boleh sumbang tenaga..saya sukarela...
    sambil2 tu boleh la blaja...
    nanti di emailkan butir2 lanjut.. :D

    ReplyDelete
  9. lara hani,
    yeayy!!!!

    kampong boy,
    bolehhhhh. :)

    ReplyDelete
  10. gua mau menyumbang! ape2 yg lu rase gua boleh sumbang gua sumbang. gua bukan sape2 dalam industri tapi gua nak tgk filem ni jadi. kot2 lagu2 band gua sesuai masuk, lu amik la. ;) gua tade hal.

    ReplyDelete
  11. patutkah gua kecik ati bilamana nama gua langsung tak disebut?

    cuba teka siapa gua?

    ReplyDelete
  12. oni,
    u are almost welcome. :)

    anon,
    gua rasa luca. sowyyyyyyyy. aku tulis sekarangg. :P

    ReplyDelete