Thursday, January 27, 2011

Maskara & Monolog


Kena datang Maskara. Sebab ada Aloy. Nampak tak nama aloy warna merah. Sebab apa? Sebab dia dominan. Nama dia aje sudah ada aura. Belum lagi bertemu dengan orangnya Sebenarnya dalam diam ramai yang suka pada aloy, tapi ramai yang pilih untuk diam-diam aje. Kau ramai secret admirer dowh! Masa mula-mula aku jumpa Aloy, aku rasa segan dan takut nak bertegur. Entahlah. Dia ada pandangan yang menikam kalbu. heh. Sampai sekarang, bila dah kenal pun aku masih ada rasa segan dan hormat kat dia. Tapi alhamdulilah, perhubungan kami direstui Tuhan dan hingga hari ini masih boleh bekerjasama dan berkongsi. Ada banyak lagi ilmu yang mahu aku curi dari kau, bos!

Untuk pentas maskara ini, Aloy akan membawakan monolog dari Fasyali Fazli iaitu 'Tangan kiri ayah'. Aku pernah tengok dua kali Syali bawa monolog ini. Dua kali jugalah aku menangis. Aku kira ini karya paling jujur yang diambil dari true event kehidupan Fasyali. Aku rasa ianya memang masterpiece Fasyali. Di event Maskara yang diadakan di rumah pena, ruang pentasnya lebih intimate dan close dengan audience. Mungkin akan lebih membantu penghayatan dan interaction antara pelakon dan penonton. Sebab tu aku suka stor DBP. Kecil dan cozy. Very intimate dan seolah-olah boleh menggapai sama perasaan penonton. Aku harap aloy akan buat the very-very best untuk malam itu. Seperti yang selalu dia tulis di status Facebook-nya "Azam 2011 - Kacak, Kaya dan berbakat", aku harap dia boleh pecah masuk pintu mainstream tetapi masih mengekalkan apa yang dia perjuangkan. Amin.

*Ada seorang lagi kawan kami iaitu Adieka Zainal yang juga akan ber-monolog. Seronok tengok event-event sekarang sudah mengangkat dan memasukkan theatre performance di event mereka. Letih juga asyik tengok band nyanyi dan baca puisi. Hidup Maskara. Yeay!

3 comments: